Portfolio Pendidikan dan Dakwah di Kelantan masih kabur

Mampukah Dato`Nik Amar menerajui Portfolio Dakwah dan Pendidkan di Kelantan?

Mampukah Dato`Nik Amar menerajui Portfolio Pendidikan dan Dakwah di Kelantan?

Malam kelmarin saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon yang menyatakan tentang berita kereta Waja Pak Sheikh Kickdefella yang diparking di hadapan pejabat Global Media Channel (GMC) telah dicuri. Semasa Kickdefella hadir di balai polis Kota Bharu dan Pengkalan Chepa untuk membuat laporan tentang kehilangan kenderaannya, dia dimaklumkan oleh salah seorang pegawai polis yang bertugas bahawa pada hari ini (iaitu hari yang sama keretanya dicuri) sudah 50 buah motorsikal berbagai jenis juga turut dicuri dan masih belum ditemui. Minggu lepas seorang ibu hamil maut di Melor, Kelantan setelah jadi mangsa ragut. Sungguh dahsyat!!! Kejadian ini sebenarnya ekoran daripada  tindakan jiwa-jiwa manusia yang kosong tanpa sebarang pengisian dan didikan rohani  serta moral yang mantap. Lantaran kekosongan ini, Iblis dan syaitan terus mengambil peluang meragut jiwa-jiwa ini agar sentiasa jauh dan jauh daripada Allah Subhanahu wa Taala.  Ramai yang beranggapan tugas membenteras jenayah adalah tugas pihak polis dan tidak perlu dicampuri oleh mana-mana pihak sekalipun. Namun bagi pihak polis, tugas membenteras jenayah adalah merupakan tanggungjawab bersama. Oleh itu bagi saya, organisasi yang paling layak dan wajar berseiringan dengan polis untuk tugasan ini ialah organisasi dakwah dan pendidikan. Malah dalam usaha merealisasikan kebajikan, organisasi ini perlu seiringan dengan mana-mana badan yang cenderung dengan perlaksanaannya.

Saya masih ingat lagi ketika mana pada awal pemerintahan PAS di Kelantan sekitar tahun 1990-1999 didapati statistic kejadian jenayah di Kelantan adalah amat menurun sekali jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional. Ada yang beranggapan penurunan kadar jenayah yang mendadak ini disebabkan oleh doa dan sifat ikhlas Tok Guru Nik Aziz dalam menerajui pentadbiran kerajaan Kelantan. Anggapan ini bagi saya ada benarnya. Namun jika diamati secara lebih mendalam dari aspek syarak dan adat, sudah tentu doa dan juga keikhlasan tanpa usaha atau ikhtiar yang berterusan, keamanan dalam sesebuah negeri tidak akan kekal lama. Lantaran ini, usaha sebaik-baiknya untuk terus mengekal keamanan dalam situasi PAS yang masih belum mampu melulus dan melaksanakan enakmen hukuman hudud adalah melalui proses dakwah dan juga pendidikan. Allahamdulillah …….memang PAS sudah lama mewujudkan portfolio pendidikan dan dakwah tapi sayang sekali portfolio ini hanya ditumpukan kepada para pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan sahaja (YIK). Sungguh menghairankan kenapa penumpuan skop portfolio dakwah dan pendidikan ini terlalu kecil??? Adakah memadai dengan skop dakwah dikalangan pelajar-pelajar sekolah YIK dengan mengajak mereka untuk sentiasa berQiyamul-lail di masjid semata-mata?? Ataupun dengan hanya menyamakan peranan pendidikan dengan aktiviti mengajar semata-mata untuk mendapat sijil yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam setiap peperiksaan sahaja?? Bukankah dakwah dan pendidikan merupakan dua bidang yang amat luas bagaikan langit yang terbentang luas??? Sejauh manakah peranan portfolio ini dalam mengemaskinikan MPKB BRI???

Lantaran ketiadaan proses dakwah dan pendidikan yang mencangkupi segenap aspek, sebahagian jiwa rakyat yang kosong mulai terbuka untuk Iblis dan syaitan memanipulasikan mereka dengan aktiviti-aktivit jenayah seperti curi kenderaan, ragut, bunuh dan juga rogol. Kalau semua kes-kes jenayah ini berlarutan di negeri-negeri yang ditadbir oleh Kerajaan Barisan Nasional, memang saya tidak ambil kisah sangat sebab memang dasar kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengundang jenayah dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Namun jika semua kes jenayah ini berlaku dengan pesat sekali di negeri Kelantan, saya mulai rasa gusar terhadap peranan portfolio pendidikan dan dakwah  ini dan pastinya ada sesuatu yang tidak kena yang perlu diperbetulkan. Yang paling asas sekali ialah; perlu dijelaskan kepada rakyat tentang definisi serta konsep amar maaruf dan nahi mungkar mengikut tahap kemampuan berasaskan bidang kuasa yang dimiliki dan juga penjelasan tentang perbezaan antara maksiat dan mungkar. Kemudian, methodologi (kaedah) dakwah perlulah berasaskan hikmat ataupun psikologi. Apa yang penting, perubahan moral di kalangan masyarakat majmuk perlu diutamakan dan ia bukan hanya melalui majlis-majlis menadah kitab sahaja tetapi juga melalui pendekatan-pendekatan lain yang tidak bercanggah dengan tuntutan syarak.  Penampilan seseorang pendakwah atau dai`e  haruslah bersesuaian dengan situasi yang didiami serta dialami dengan syarat ia tidak melanggar etika berpakaian yang dibenarkan oleh syarak. Tidak semestinya semua pendakwah perlu memakai jubah, berserban, berbaju Melayu, berkopiah, bersongkok atau berjanggut dalam merealisasikan tugasan masing-masing. Dakwah dan pendidikan wajar seiringan dalam proses mendekati jiwa-jiwa yang terbiar agar sentiasa terpelihara daripada bisikan Iblis dan syaitan yang sentiasa mendorong mereka melakukan maksiat dan perkara-perkara mungkar. Perlu difahami, motif utama peranan dakwah dan pendidikan ialah untuk memulihkan akhlak masyarakat majmuk bagi menarik jiwa mereka agar sentiasa cenderung untuk mendekatkan diri mereka kepada ajaran Islam yang sejati.

One response to this post.

  1. قوله الرسول صلى الله وسلم “انما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: