Virus H1 N1

Babi@khinzir haiwan pengotor

Babi@khinzir haiwan pengotor

Sudah hampir seminggu lebih dunia dikejutkan dengan wabak selsema babi yang menular secara begitu kronik di Mexico. Sehubungan ini, Dato` Johari Baharum menegaskan pendirian Malaysia untuk tidak mengimport babi dari luar negara kerana bimbangkan penularan wabak tersebut. Malam ini (16/05/09) Berita TV 3 jam 8:00 malam menyiarkan tentang kes pertama pengidap selsema babi yang dikesan di Malaysia ialah melalui seorang penuntut Malaysia yang baru pulang dari Amerika Syarikat. Persoalannya; Mengapa urusan mengimport babi dari luar yang ditegah sedangkan sudah begitu banyak sekali babi yang diternak dalam negara ini?  Tidakkah Malaysia ini merupakan salah sebuah negara pengeksport daging babi terbesar di Asia?? Kenapa tidak timbul langsung kebimbangan terhadap kemunculan Virus H1N1 dalam negara ini hasil daripada ternakan babi secara besar-besaran dan dalam masa yang sama kerajaan hanya menimbulkan kerunsingan penularan jangkitan wabak ini dari luar negara sahaja?? 

Seekor babi betina dewasa mampu melahirkan sebanyak 11 ekor anak babi dalam tempoh setahun. Kadar pertambahan ini adalah amat banyak jika dibandingkan kadar pembiakan ternakan-ternakan lain seperti lembu, kerbau kambing dan unta. Cara ternakan babi pun lebih mudah dan senang jika dibandingkan dengan haiwan-haiwan ternakan lain yang perlu dititikberatkan dari segi kebersihan dan juga kesihatan. Adapun babi,  faktor kebersihan dan juga kesihatan tidak diperlukan kerana haiwan ini sememangnya pengotor meskipun ada dikalangan pengusaha ternakan ini yang mendakwa babi-babi mereka berada dalam keadaan bersih. Inilah faktor utama mengapa babi diternak. 

Dr. Muhammad Abdul Khair, dalam bukunya Ijtihad fi al-Tafsir al-Qur’an al-Karim, halaman 112  menyebut beberapa penyakit yang disebabkan oleh daging babi: “Daging babi mengandungi benih-benih cacing pita dan cacing trachenea lolipia. Cacing-cacing ini akan berpindah kepada manusia yang mengkonsumsi daging babi tersebut.  Babi merupakan haiwan yang paling rakus ketika makan. Ia makan semua makanan di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi untuk memuaskan kerakusannya. Babi tidak akan berhenti makan. Bahkan ia juga memakan muntah dan najisnya sendiri.

Dalam sebuah mafhum hadis mutawatir, iaitu; Abu Hurairah r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda “Demi Zat yang jiwaku berada dalam kekuasaanNya, sungguh amat dekat saat kemunculan Isa bin Maryam di kalangan kamu sekalian yang mana dia akan bertindak sebagai seorang hakim yang adil. Dia akan memecahkan semua batang-batang salib, membunuh babi-babi, melenyapkan pajak gadai dan ketika itu harta begitu melimpah ruah hinggakan tidak ada seorang pun yang sanggup menerima sedekah yang dihulurkan kepadanya. Malah satu sujud itu lebih baik daripada kehidupan dunia dan segala apa yang ada padanya”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: