Meli kapak Jangak kaki meracau !

Gejala Rasuah dalam Pas: Ustaz Mohamed Daud Iraqi bukan ngomong kosong

http://www.melikapakjangak.blogspot.com/

SAYA tidak segera memberi respon terhadap gejala rasuah menjelang pemilihan dalam parti Pas kerana saya yakin tidak akan ada yang boleh terima hujah saya.
Dari segi ilmu antara saya dengan Ketua Dewan Ulamak Pas, Dato’ Ustaz Mohamed Daud Iraqi bezanya macam langit dengan bumi. Saya untuk disamakan dengan tahi kuku Dato’ Ustaz Mohamed Daud Iraqi pun tak layak.
Apabila apa yang keluar dari mulut Ustaz Mat Iraq pun boleh dipertikai, termasuk orang seperti Dato’ Ahmad Rosli yang boleh diibaratkan kehadirannya dalam Pas belum lagi luruh pusat, apatah lagi orang macam saya.
Macam mana pun sebagai penyokong Pas sejak pada era kegemilangan Dato’ Haji Muhammed Nasir (Dato’ Biji Sura) dan mula tumpul minat selepas turut bersama dalam ‘gelup keajaan Pas’ selama kira-kira lapan tahun (kini menadi orang berkecuali – atas pagar), saya merasa terpanggil untuk melontarkan pandangan.
Apatah lagi bila teringatkan gemanat Allahyarham Dato’ Muhammad Nasir bahawa sebagai penulis, walaupun pahit kena berkata benar, maka saya cuba ambil bahagian dalam memberi hujah walaupun saya yakin ramai orang Pas akan marah.
Allahyarham yang ditakdirkan jasadnya bersemadi di Malbourn Australia adalah merupakan tokoh yang mengajar saya secara tidak langsung ilmu asas penulisan, politik dan dakwah.
Atas gemanat Allahyarham agar penulis berkata benarlah walaupun pahit, maka saya cuba ambil bahagian agar Pas yang pernah saya turut perjuangjkaan sehingga terdedah kepada ancaman pekkongan buah sentul, tanah kor, lastik berpelurukan anak batu dan buath guroh mata kucing serta ancaman cerutan sadat dan huluran parang bong, maka saya akhirnya turut mengambil bahagian untuk menulis tentang gejala rasuah dalam Pas.
Mungkin orang macam Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi tidak tahu dan tidak diberitahu. Sebenarnya masa pilihanraya pun orang Pas bagi rasuah.
Saya berani meminta supaya orang Pas menafikan bahawa untuk seorang pengundi semasa pilihanraya, ada pengundi diberi RM50. Apakah RM50 itu bukan rasuah namanya.
Di samping itu Pas ada pasukan yang dinamakan gerak-saraf yang mencipta pelbagai isu termasuk mencetak risalah dan surat layang bagi mengelirukan pengundi. Apakah perbuatan sedemikian dihalalkan oleh Islam.
Apakah kemenangan kerana gerak saraf yang tidak dihalalkan oleh Islam merupakan suatu kemenangan yang halal atau sebaliknya. Apakah wakil rakyat yang menang kerananya dan kerajaan yang terbentuk keananya halal dari sudut hukum hakam?
Menanggung kos prepaid untuk menghantar SMS kepada perwakilan supaya mengundi penanggung prepaid dalam pemilihan jawatan parti, menggunakan media milik parti atau media yang diwujudkan khusus untuk memprojek diri agar dilihat hebat dan menjadi pilihan perwakilan bukankah rasuah namanya.
Kalau mewujudkan rangkaian media sendiri, termasuk media dalam talian menggunakan wang parti, apakah bukan rasuah namanya.
Katakanlah rangkaian media diwujudkan gunakan wang sendiri, dari sumber mana wang itu diperolehi?. Kalau tarik wang dari mana-mana kerajaan dan digunakan taktik dan teknik untuk halalkan cara, apakah ianya bukan rasuah namanya?
Atau guna proksi dengan diberikan kawasan balak yang kemudiannya akan diberikan sejumlah wang sebagai tanda terima kasih dan balas budi kerana seseorang itu diberikan kawasan balak, apakah ianya bukan rasuah namanya?
Itu dari segi berkaitan dengan urusan pemilihan pimpinan parti, jumlahnya rasuahnya pastilah hanya kecil dan berbentuk secara tidak langsung sahaja sifatnya dan ianya berlaku kerana pengamal rasuah itu mempunyai banyak wang untuk rasuah.
Rasuah lazimnya berlaku di kalangan mereka yang ada wang, kecuali kaum wanita barangkali boleh rasuahkan bodi sebagai ganti wang.
Dalam aktiviti biasa, cuba dapatkan senarai dari Jabatan Perhutanan. Syarikat milik siapa yang dapat kawasan balak. Apa kaitan pemilik syarikat atau ahli lembaga sesebuah syarikat yang dapat kawasan balak itu dengan tokoh-tokoh tertentu dalam parti.
Apakah penerima kawasan-kawasan balak itu kenal yang mana kayu seraya, meranti, merbau dan sebagainya. Malah ada sesetengahnya tidak tahu pun kawasan mana yang diperolehi.
Tetapi kenapa dapat kawasan balak dan mereka yang dapat balak pula mampu pakai kereta mewah dan menikmati hidup mewah walaupun asalnya nak makan nasi berlaut sekelosong dan teh secawan pun kena masuk buku 555?
Jawabnya kerana kuat parti. Paling ramai yang kuat bodek dan kuat berlakun kononnya kuat parti walhal oranng yang benar-benar kuat parti banyak yang terbiar dan tidak menikmati apa-apa faedah.
Apakah kerana kuat parti, supaya kuat parti dan agar tidak banyak buat songih dalam parti, lantas diberikan kawasan balak, atau diberikan jawatan tanpa yang diberi jawatan itu reti buat kerja yang diamanahkan, bukan rasuah namanya?
Dalam Pas sekarang bukan sahaja wakil rakyat yang sebelum menjadi wakil rakyat pada standard kais pagi makan pagi kais petang makan petang telah bertukar menjadi manusia yang mampu hidup mewah setelah jadi wakil rakyat, tetapi juak-juak wakil rakyat terbabit pun mampu hidup mewah.
Kalau wakil rakyat Pas dulu hanya berkereta Volkswegan (merujuk kepada Allahyarham Ustaz Mawardi Ahmad) dan berjeep Suzuki yang sama dengan yang dignnakan oleh pemungut ‘pot-getah’ di Jeli (merujuk kepada Allahyarham Tok Imam Daud Pasir Tumbuh) sekarang ada wakil rakyat Pas yang berkereta lebih mewah dari wakil rakyat Umno.
Rumah yang dibina pula bernilai ratusan dan jutaan ringgit. Dari mana wang dikumpul untuk itu dan macam mana seseorang itu boleh berani miliki kereta berharga ratusan ribu dan berani pula bina rumah bernilai ratusan hingga jutaan ringgit sedangkan tempoh perkhidmatan cuma tidak lebih dari lima tahun.
Apa jaminan ianya akan jadi wakil rakyat sampai mati?.
Kalau pendapatan wakil rakyat dicampur antara elaun tetap dan elaun tambahan berjumlah RM20,000 sebulan, setahun baru berjumlah RM240,000, bersamaan dengan RM1.2 juta sahaja untuk tempoh lima tahun.
Pendapatan RM1.2 juta itu pula kena ditolak cukai pendapatan, perbelanjaan untuk anak bini dan bini-bini serta lain-lain.
Macam mana boleh miliki kereta mewah dan mampu bina dan beli rumah ratusan hingga juta ringgit nilainya. Berapa ramai wakil-wakil rakyat yang lahir dari keluarga yang sudah kaya raya.
Sebenarnya sama ada seseorang tokoh, pendukung dan penyokong Pas itu terlibat dengan rasuah atau tidak, hanya mereka dan Allah yang lebih tahu.
Kalau dalam aktiviti penambahan pendapatan pun boleh ki buka kitab merah, hijau, biru dan colour-colour lain untuk halalkan cara, apatah lagi dalam kes-kes yang berkaitan dengan urusan untuk menangi jawatan dalam pemilihan parti, ianya sangat tidak mustahil dan apa yang dinyatakan oleh Dato’ Uztaz Mohamed Daud Iraqi bukan omong-omongan sebenarnya.
Kenapa ekarang jawatan jadi rebutan?
Kenapa dulu masing-masing akan menolak untuk diberikan jawatan?
Jawabnya kerana sekarang banyak peluang dan faedah yang diperolehi dengan menjawat jawatan dalam parti.Semakin besar jawatan yang dipegang, semakin banyak peluang akan terbuka dan terkangkang.
Betulkah jawatan direbut kerana mahu memberi khidmat yang lebih baik?
Jawabnya belum tentu.
Kalau mahukan jawapan pasti, cuba buat kajian di kawasan seseorang tokoh itu wakili, apakah orang Pas sendiri atau anak beranak sendiri puas hati?
Kalau ramai yang tidak berpuahati, termasuk anak beranak sendiri, kenapa dan mengapa. Apa puncanyanya? Kerana orang ramai atau anak beranak tidak reti menilai dengan kualiti kepimpinan dan perkhidmatan atau sebaliknya.
Kalau kelompok kecil pun tidak puashati dengan kepimpinan yang diberi, mana mungkin mampu memuaskan hati kelompok yang lebih besar untuk dipimpin.
Justeru itu dalam memilih bakal pemimpin Pas yang diuar-uarkan sebagai perjuangannya berlandaskan al-Quran dan Hadis, maka soal halal-haram kena diutamakan: jangan menilai tong kerana kuat bunyinya tetapi nlailah kepada isi kandungannya.
Pastikan yang dibuat dan diharapkan adalah perbuatan ahli syurga benar-benar perbuatan ahli syurga, bukannya hanya disangka sahaja perbuatan ahli syurga tetapi sebenarnya perbuatan ahli neraka.
Rasuah, pemberian balak secara tidak betul. buka macam-macam kitab untuk halalkan cara, mendapat jawatan secara tidak halal adalah merupakan antara perbuatan ahli neraka.
Jika diukur dari sudut ilmu amal antara Dato’ Ustaz Mohamed Daud Iraqi dengan kalangan pimpinan Pas yang mempersoalkan dakwaannya, saya yakin Dato’ Ustaz Mohamed lebuh berkemampuan untuk membezakan antara perbuatan dan percakapan ahli syurga dengan ahli neraka.
Kalau pun Dato’ Ustab Mohamed Daud dipecat dari jawatan Ketua Dewan Ulamak yang disandangnya kerana apa yang dikatakannya menyinggung dan menghiris hati kalangan tertentu yang lebih berpower dari sudut susunan pemilikan kuasa dalam parti, akhirnyaakan tercatat sebagai sejarah parti bahawa Pas melakukan satu kesilapan besar dan nyahkan tokoh seperti.
Saya yakin Dato’ Ustaz Mohamed tidak akan menangis jika beliau digugurkan, malah akan bersyukur dengan ketentuannya sebagai beliau boleh menerima digugurkan dari jawatan exco kerajaan negeri kerana kalau ikutkan patut beliaulah yang paling patut dari MB menganntikan Tok Guru Nik Aziz kalau kepimpinan ulamak di Kelantan mahu dikekalkan.
Paling tidak pun beliau paling layak menjadi TMB kepada Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman yang mana atas permainan kalangan tertentu, tokoh yang cukup berpengalaman sebagai regu pentadniran yang mantap kepada Tok Guru Nik Aziz dikuis keluar dari laluan menduduki kerusi MB dengan dipindah ke parlimen!

 

Towardsmardhatillah:

Diharap mana-mana wakil daripada pasukan gerak saraf seperti mana yang dinyatakan oleh blogger ini segera menjawab kecelaruan yang sengaja dibuat-buat ini. Buat pengetahuan umum, blogger melikapakjangak ini sebenarnya sudah lama meracau tak tentu hala dan mengganggu pemikiran pengundi-pengundi PAS.

 

 

One response to this post.

  1. jangan kata begitu tak baik

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: