Antara Petikan Ucapan Dato’ Mohd. Asri semasa PAS berada dalam Barisan Nasional.

 

Tan Seri Dato' Mohd.Asri dan Puan Seri Datin Sakinah

Gambar Kenangan Tan Seri Dato' Mohd.Asri dan Puan Seri Datin Sakinah

Semua petikan ucapan ini merupakan fakta sejarah yang wajar diketahui oleh golongan muda masa kini yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang Islam.

Dato` Mohd.Asri dengan lantang menegaskan dalam ucapan dasar beliau pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kali ke-22[1] Sudah tiba waktunya suatu perubahan radikal dalam system politik dan perundangan yang mengarahkan kepada seruan para pemimpin kita untuk memberi tempat yang asal kepada undang-undang Islam[2].

 Dalam ucapan dasar itu juga beliau menyatakan “Perkenalkanlah apa yang bernama Islam itu dalam segenap lapangan dari segi aqidah, syariat, politik, ketatanegaraan, ekonomi, pelajaran, pendidikan dan sosialnya. Bagi warganegara yang bukan muslim harus agaknya merasa keberatan untuk menerimanya dari segi aqidah keimanannya tetapi mereka tentu tidak akan merasa keberatan menerimanya di bidang kemasyarakatan dan tatacara hidupnya kerana way of life yang digariskan oleh Islam itu objektif, sesuai dengan fitrah manusia[3] Kelantangan itu menggambarkan kesungguhan beliau  dalam memperjuangkan kedaulatan Islam dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. 

Peluang keemasan berada dalam Barisan Nasional tidak dipersia-siakan oleh Dato’ Mohd.Asri. Ketegasan beliau dalam sektor dakwah Islamiyyah melalui ideologi politik kepartian PAS semakin menyerlah.  Dalam ucapannya, Dato’ Mohd.Asri mengatakan ”Jika kita semata-mata bergantung kepada nasionalisme, ia dengan mudah akan lebur dengan kedatangan ribut kecil. Nasionalisme pada hakikatnya bukan suatu ideology, jauhlah sekali sebagai satu aqidah. Ia juga bukan syariat, bukan way of life. Nasionalisme adalah merupakan perasaan yang lazim dimiliki oleh mana-mana bangsa dan kaum jua[4]

 

 

 


[1] Mesyuarat Agung PAS Tahunan ini diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 5hb-6hb.Ogos 1976.

[2] Teks Ucapan Dasar Mohd.Asri Hj Muda dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS ke-22 pada 5hb.dan 6hb.Ogos 1976 bertajuk “Sikap Kita Sekarang”, hlm 14-15.

[3] Ibid, hlm 10.

[4] Asri bidas pemimpin yang masih tegakkan nasionalisme Melayu, Utusan Malaysia, 21hb.Jun 1976. Beliau juga menyelar sikap sesetengah pemimpin yang masih menegakkan nasionalisme Melayu sebagai landasan perjuangannya meskipun negara ini telah mencapai kemerdekaan 19 tahun yang lalu dalam ucapan beliau semasa merasmikan Mesyuarat Agung Pertama PAS Cawangan Petaling Jaya pada 20hb.Jun 1976.

About these ads

2 responses to this post.

  1. Salam wbt

    Dengan ucapan yang keras seperti ini
    Tidaklah hairan jika PAS diterajang keluar daripada Perikatan

    Ketegasan PAS dalam menegakkan Islam adalah suatu kekuatan dan keistimewaan, jauh sekali daripada kelemahan

    ….

    Ada soalan,
    Dimana yer boleh kita dapatkan teks ucapan beliau didalam bentuk elektronik?

    Jzk

    Reply

    • PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional dan bukan dari Perikatan. idea penubuhan Barisan nasional dicetuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan pada 17hb.januari 1974. Ketika itu PAS menyertai Kerajaan Campuran ( PAS dan Perikatan) yang ditubuhkan dengan rasmi pada 1hb.Januari 1973. Mungkin saudara boleh tanya Pejabat PAS Taman Melewar Untuk dapatkan teks ucapan beliau. cuma saya kurang pasti sama ada ia dalam bentuk elektronik ataupun tidak.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: