Antara Umara’ dan Ulama’- Ibn Taimiyyah.

Dalam buku ilmiahnya, The Political Thought of Ibn Taimiyyah(1992), Prof. Qamaruddin Khan mengupas dan menterjemahkan idea Ibn Taimiyyah sebagaimana berikut;
 
“Bagi Ibn Taimiyyah, untuk  menegakkan sesebuah negara Islam, umat Islam tidak perlu kembali ke zaman silam (zaman Rasulullah). Tertegaknya sesebuah negara bukan hanya bergantung kepada kekuatan ketenteraan sahaja. Malah, ia berlandaskan jalinan kerjasama antara semua anggota masyarakat bagi mewujudkan idea-idea bersama iaitu pengakuan terhadap tauhid dan keEsaan Allah, pengakuan terhadap rasulNya, ketaatan serta keutamaan kepada hukum-hukum syariatNya[1]. Kekuasaan politik yang ditegakkan oleh Rasulullah di Madinah adalah berasaskan kekuasaan Nubuwwah dan bukan kekuasaan Imamah yang hanya muncul setelah kewafatan Rasulullah, iaitu pada permulaan pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin [2]. Ibn Taimiyyah juga berpendapat, jalinan dan kerjasama antara umara’ (pemerintah/ ahli politik) dan ulama’ (Islamic Scholars) amat penting dalam usaha mendaulatkan sesebuah negara Islam”[3].
 
Sebelum saya huraikan beberapa perkara berkaitan dengan fakta di atas ini, rasanya lebih elok jika saya jelaskan serba sedikit latarbelakang Ibn Taimiyyah. Namanya ialah Ahmad bin Abdul Halim bin Abdul Salam bin Abdullah bin Muhammad  bin al-Khidir bin Ali bin Abdullah bin Taimiyyah. Keturunan keluarganya bermazhab Hanbali. Beliau lebih dikenali sebagai Ibn Taimiyyah dan juga digelar dengan nama Taqiyuddin. Tokoh ilmuwan ini dilahirkan pada 10 rabiul awwal tahun661H/ 22 Januari 1263M di Harran- iaitu sebuah Bandar yang masyhur di utara Syria.  Ibn Taimiyyah adalah pakar dalam pelbagai bidang pengetahuan termasuk tafsir, hadith, fiqh, ilm al-kalam dan usul-fiqh. Beliau juga  seorang pengarang kitab. Menurut Ibn al-Wardi dalam kitabnya, Tarikh, kitab-kitab karangan Ibn Taimiyyah adalah melebihi 500 buah. Semua kitab atau hasil tulisannya dikarang berasaskan ketaqwaannya terhadap Allah Taala. Tokoh ini  bukan hanya seorang intelektual Islam yang berkepit dengan kitab semata-mata tetapi beliau juga melancarkan jihad dan maju di barisan hadapan dalam peperangan menentang tentara Tartar dalam tahun 699H.  Ibn Taimiyyah berjuang mati-matian mempertahankan bumi Mesir dan Syam daripada dijajah oleh Tartar.  Akhirnya  dalam satu pertempuran sengit di Shakhub, tentera Islam berjaya mempertahankan negeri Syam, Palestin, Mesir dan Hijaz daripada serangan Tartar. Beliau  meninggal dunia dalam penjara setelah dimasukkan buat kali ke-5  dalam usianya 65 tahun pada 26 September 1328M. Kuburnya (perkuburan al-Sufiyyah) terletak dalam taman kecil dalam kampus Universiti Dimashq, di Syria.

 
Fakta ilmiah di atas adalah jelas dan nyata sekali membuktikan bahawa dari sudut pentadbiran kekuasaan politik, motif utamanya ialah penghambaan diri terhadap Allah Taala dalam sector tersebut demi menegakkan agamaNya. Pada zaman Rasulullah, beliau sendiri merupakan pusat rujukan sekalian masyarakat sekelilingnya dalam setiap permasalahan akidah dan juga syariat Islam (perundangan Islam). Pada masa itu juga, Abu Dzar, Abu Hurairah, Ibn Umar r.a, Abu Said al-Khudri, Ibn Abbas  dan lain-lain lagi daripada kalangan Islamic Scholars menghabiskan sebahagian besar umur mereka untuk mengumpul ayat-ayat al-Quran ke dalam dada mereka (hafal) dan hadith-hadith daripada Rasulullah baik dalam bentuk tutur kata, perbuatan dan juga sebagainya. Namun selepas kewafatan, Rasulullah, mereka semua (Islamic Scholars) atau lebih dikenali sebagai ulama’ mula berperanan sebagai pembantu secara tidak langsung kepada umara’ (politicians) dalam setiap permasalahan politik.  Malah Ali bin Abi Talib pernah berperanan sebagai Islamic scholar pada zaman Abu Bakar, Umar dan juga Othman bin Affan berperanan sebagai umara’ (politicians). Apa yang penting,  golongan ulama’ perlu berperanan penting dalam soal amar maaruf dan nahi mungkar.  Pendek kata,  selain daripada menjaga status diri mereka, golongan ulama’ adalah pusat rujukan kepada golongan umara’ agar tindak tanduk mereka (umara’) tidak tergelincir daripada landasan syarak  yang dianjurkan oleh Rasulullah. Situasi ini berlarutan hinggalah ke zaman Kerajaan Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyyah dan dinasti-dinasti Islam yang lain seperti kerajaan Fatimiyyah di Mesir dan Othmaniyyah di Turki. Begitu juga dengan golongan syiah di Iran. Seorang al-Imam (umpamanya Ayatullah Khomeini dan juga Khomani’ie) berperanan sebagai Mustasyar atau Mursyidul Am yang perlu seiring membantu presiden dalam urusan politik semasa agar ia sentiasa berada di atas landasan syarak yang diredhai Allah.
Semua fakta yang dikemukakan ini merupakan hujjah yang kuat untuk menolak pandangan sesetengah golongan ortodoks dalam PAS yang berfikir sempit. Mereka menganggap jawatan Presiden dan juga Timbalan Presiden perlu disandang oleh golongan yang berkelulusan dalam bidang  agama sahaja. Kononnya inilah sebenarnya kepimpinan ulama’ !!!  Sesiapa yang tidak bersetuju dengan tanggapan mereka, maka individu ataupun kelompok berkenaan (erdogan) dianggap sebagai penentang ulama’. Tanggapan mereka sebenarnya salah sama sekali dan boleh mengundang bibit perpecahan yang lebih ketara dalam PAS. Bukankah Tok Guru Nik Aziz itu Mursyidul Am ????  Kumpulan yang dicap sebagai Erdogan juga menghormati Mursyidul Am!!!!!  Mursyidul Am berperanan sebagai Islamic Scholar sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Taimiyyah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 

 
[1] Qamaruddin Khan(Prof)(1992), The Political Thought of Ibn Taymiyah. New Delhi. Adam Publishers & Distributors, hlm 102-105.
[2] Ibid. hlm 106-107.
[3] Ibid. hlm 123.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: