Archive for June, 2009

Sajak buat Allahyarham AbdulSamad Gul

allahyarham Samad GoalPada hari Ahad 25hb.Rabi’ul Awal 1387 bersamaan 2hb.Julai 1967, Saudara Abdul Samad Gul Ahmad Mianji, Ahli Parlimen selaku Yang diPertua PAS Cawangan (sekarang Kawasan) Pasir Mas Hulu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat  dan merangkap Ahli Jawatankuasa Agung PAS Pusat kembali ke rahmatullah. Beliau dibunuh dengan kejam sebaik sahaja turun dari Dewan Zulkiflee Mohammad, Bangunan PAS Kelantan sesudah menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul SAW.

 

Jenazah Allahyarham Sdr.Abdul Samad disempurnakan pada sianghari  3hb.Julai1976 itu juga di kawasan tanah perkuburan tidak jauh dari rumah kediamannya di Jalan Bayam, Kota Bharu. Beribu orang ahli dan penyokong PAS ikut serta menghantar beliau ke tempat persemadiannya. Sebaik sahaja jenazah di bawa turun dari rumah kediamannya, Ustaz Khaidir Khatib, Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika itu membaca sajaknya;

 

SEKARANGAN BUNGA

Dikelubungi oleh suasana  sedih dan sayu,

Kami terima berita kematianmu,

Mati korban ganas di hujung senjata musuhmu,

Yang tak sanggup berdepan denganmu sebagai anak lelaki.

 

Kegagahanmu berjuang telah membangkitkan semangat anak bangsamu,

Menimbulkan rasa gerun di hati lawan-lawanmu,

Kini engkau pergi dipanggil Tuhan,

Yang tinggal pada kami hanya kenangan dan kesedihan.

 

Bertepuk pahalah orang-orang di sebelah sana dengan sebab ketiadaanmu,

Menari dan berpesta mereka di lambung riang,

Tetapi ini kami Samad! Ini kami rakan seperjuanganmu,

Kami telah memadu tekad tidak akan berganjak dari garis ini,

Biar bumi ini hangus dan kami semua menjadi abu..

 

Zulkliflee dan Asiah telah lama pergi, kini engkau pula berangkat pulang,

Istirehatlah wahai  roh-roh yang mulia, redha dan diredhai Tuhan

Daftar syuhada masih panjang dalam barisan kita,

Setiap kami yang tinggal akan merelakan diri,

Untuk hancur demi keagungan Agama Allah yang mulia ini.

 

Itu bendera  ALLAH MUHAMMAD masih berkibar,

Seorang Samad boleh dibunuh tetapi seratus Samad akan datang

mengambil tempatnya.

 

Perjuangan ini akan bertambah hebat dan seru

Dan akan bergilirlah para Mujahid mencari syahid,

ALLAHU AKBAR, di bawah panji-panji kalimah tauhid kami sedia lebur,

Dilindungi Rahim dan RahmanMu, Oh Allah!

Terimalah segala amal kebaktian saudara kami ini,

Yang untuk Engkau dan kerana Engkau dia berjuang[1].

 

Allahyarham Khaidir Khatib

Allahyarham Khaidir Khatib

 

 

 


[1] Khaidir Khatib, Kota Bharu, pagi 3hb.Julai 1967.

Desas Desus dari Manik Urai…

hj fauzi abdullahKedengaran desas-desus berita bahawa ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan calon PAS yang baru di Manik Urai ini, Haji Mohd.Fauzi Abdullah. Beliau adalah Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.. Jika benar berita ini, saya rasa pihak yang terbabit perlu bermuhasabah diri. PAS Kelantan mengambil keputusan berasaskan kepentingan PAS disamping tidak meminggirkan hasrat masyarakat setempat yang mahu calon PAS daripada kalangan anak tempatan. Kesungguhan dan komitmen beliau dengan perjuangan PAS adalah factor utama Parti bersetuju memilih calon baru ini. Manakala sikap hemah mesra dengan penduduk tempatan pula merupakan sebab utama mengapa mereka ingin beliau bertanding di Manik Urai. Kelulusan pengajian tidak menjadi ukuran utama bagi para penyokong PAS di Manik Urai. Apa yang penting calon mereka mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat seikhlas mungkin sepertimana yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Ismail Yaakob atau lebih dikenali dengan jolokan Paksu Weil. Selama mana Pak Su Weil menjadi wakil rakyat dulu, saya tidak pernah dengar sebarang rungutan tentang beliau oleh penduduk setempat baik dari segi perangai mahupun dari segi tindakan politik. Inilah keistimewaan Pak Su Weil jika dibandingkan dengan sesetengah wakil rakyat yang berpelajaran tinggi tapi suka buat onar.

 

Berilah calon PAS yang baru ini peluang untuk beliau berkhidmat. Sesebuah organisasi politik yang ingin mendapatkan kuasa untuk memerintah adalah umpama sekumpulan manusia yang bertungkus lumus menyiapkan  sebuah rumah. Bukan semua mereka yang menggaul simen atau pemasang bumbung perlu untuk tugasan ini. Begitu juga dengan sesebuah organisasi politik, bukan semua golongan ulama’ dan juga professional diperlukan untuk menjawat jawatan wakil rakyat. Bahkan golongan peniaga juga perlu disertakan dalam barisan wakil-wakil rakyat bagi menstabilkan penampilan pemimpin tempatan di peringkat negeri. Desas-desus negatif yang menolak Hj.Fauzi sebagai calon PAS sebenarnya adalah hasil dakyah UMNO.

Selepas Usaha Penubuhan Kerajaaan Perpaduan Gagal.

 

hj hadiSelepas usaha menubuhkan Kerajaan Perpaduan gagal, Hj.Hadi kelihatan muncul pada hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Manik Urai. Sekutu-sekutunya yang lain tidak kelihatan termasuklah Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Kegagalan pembentukan Kerajaan Perpaduan hasil idea Hj Hadi membuka pintu hati Tok Guru Nik Aziz dan para jentera pilihanraya PAS Kelantan untuk menerima beliau sebagai tetamu yang datang bertandang di Manik Urai. Begitulah halusnya budi bicara penyokong dan pendokong PAS Kelantan dalam soal politik meskipun Hj.Hadi sudah beberapa kali berusaha untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional dari sudut politik. Boleh jadi kerana tentangan terhadap idea beliau begitu kuat menyebabkan beliau terpaksa bertaqiyyah sementara. Paling menyedihkan ialah apabila Hj.Hadi muncul di kaca TV dengan menyalahkan UMNO yang dianggap sebagai penipu yang menyebabkan idea penubuhan Kerajaan Perpaduan gagal dibentuk. Apa salahnya kalau Hj.Hadi atau Dato’ Mustafa Ali mengumumkan permohonan maaf kepada para pengdokong PAS seluruh Malaysia di atas kegopohan dan kesilapan puak mereka??? Jika Hj.Hadi kembali merungut untuk merealisasikan ideanya di masa depan, pasti sekali para pendokong dan penyokong PAS Kelantan akan menentang hasrat itu habis-habisan.

 

Bagi saya, meskipun pembentukan idea Hj.Hadi yang disokong oleh para sekutunya gagal dan dimaafkan oleh sesetengah ahli PAS tapi imej dan status mereka tidak semulia sepertimana sebelum mereka buat onar. Onar sedemikian sudah tentunya membuktikan bahawa mereka semua tidak menghormati keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu. Sepatutnya tindakan disiplin dikenakan atas mereka yang berani bertindak sedemikian seolah-olah Parti Islam SeMalaysia ini Bapak mereka yang punya!!! Seseorang pemimpin tidak sewajarnya bercakap tanpa tunjang semata-mata kerana kepentingan diri yang lebih diutamakan daripada kepentingan jamaah.  Kemana perginya suara-suara mereka yang pernah mengundi Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kononnya ulama’ professional yang difikirkan layak menyandang jawatan Timbalan Presiden PAS??? Adakah mereka semua sanggup masuk UMNO bersama Nasharuddin jika terdesak???

 

Jika ditinjau secara logic akal, memang sukar PAS Terengganu untuk bangkit semula memerintah negeri tersebut kecuali selepas dilakukan banyak perubahan-perubahan dari sudut tindakan politik dan sikap para ahli politik PAS Terengganu. Pentabdiran Dato’ Ahmad Said sebenarnya tidaklah begitu kukuh mana sangat jika dibandingkan dengan puak Dato’ Seri Idris Jusoh. Namun dalam situasi kekusutan politik sedemikian rupa, kedua-dua belah pihak ini hingga kini masih belum kelihatan  ingin menerima Hj.Hadi serta sekutu beliau untuk menstabilkan politik Negeri Terengganu. Malah mengikut tinjauan saya juga, undi para pengundi PAS Terengganu sendiri akan berpecah kerana kebanyakkan mereka ada yang menyokong  pendirian PAS Kelantan. Pasti sekali fenomena ini akan menyenakkan lagi kepala Hj.Hadi dan para sekutunya.

Gapo dio parti politik?

 

PAS FOR ALL

PAS FOR ALL

Jika politik didefinisikan dengan berbagai pengertian, maka parti politik juga ada definisi-definisinya. Kewujudan parti politik adalah perlu. Segala buah fikiran , masalah dan reaksi rakyat terhadap pemerintah akan disalurkan melalui satu badan politik yang juga disebut sebagai parti politik untuk mewakili mereka. Badan ini berperanan sebagai penghubung antara pihak pemerintah dan golongan yang diperintah.  Antara definisi-definisi parti politik ialah;

i)                    Organisasi yang bersangkut paut dengan pemilihan terbanyak melalui pertandingan bertujuan memegang kuasa tertinggi dalam menentukan dasar pemerintahan sesebuah negara[1].

ii)                   Sigmun Newman mendefinisikan parti politik sebagai organisasi politik, masyarakat, perantaraan, kawalan kuasa, kerajaan dan sesiapa yang bertanding untuk mendapat lebih sokongan daripada kumpulan lain atau kumpulan yang menyimpang pandangan daripada kumpulan yang lain.

iii)                 Carl Friedrich mengatakan, parti politik ialah sekumpulan manusia yang menjalankan satu ketetapan tentang keselamatan atau menetapkan pemimpin kerajaan serta ketetapan lain untuk ahli-ahli politik dalam parti melalui kawalan , pandangan dan faedah yang memberi kebaikan.

iv)                 Joseph La Palombara   dan Myron Weiner menekankan bahawa parti politik merupakan organisasi yang mementingkan kestabilan pimpinan.

v)                  Roy Macridis mengatakan parti politik adalah alat untuk mendapatkan kuasa.[2]

 

Semua definisi ini berteraskan konsep demokrasi yang sering diutarakan dalam system politik Dunia Barat. Bagi al-Imam al-Mawdudi, demokrasi Barat berasaskan pandangan majority tetapi dalam penggubalan undang-undang, hanya segelintir kecil daripada mereka yang terlibat. Mereka mewakilkan kedaulatan mereka kepada orang lain. Wakil-wakil inilah yang berkuasa memaksa rakyat dengan memisahkan nilai-nilai akhlak  daripada corak kehidupan yang lain. Melalui pemisahan ini, wakil-wakil yang terpilih mudah menyelewengkan kuasa dan menipu rakyat[3]. Namun kenyataan ini bukanlah bererti al-Mawdudi menolak system demokrasi secara total. Bagi beliau, system pemerintah Islam gabungan serta jalinan antara theocracy dan demokrasi. Dalam kitabnya, Political Theory of Islam, beliau menegaskan bahawa prinsip system negara Islam ialah theocracy (ketuhanan). Ini kerana theocracy dapat menerima dan mengiktiraf “The Divine Commandments are the civil laws” dan Allah mempunyai kuasa mutlak ke atas negara dan kerajaan. Inilah yang diperjuangkan oleh PAS.  

 


[1] Rose Richard (1976), The Problem of The Party Government. Ontario, Penguin, hlm 2-3.

[2] K.Ramananthan (1988), Konsep Asas Politik. K.Lumpur:DBP, hlm 190

[3] Al-Mawdudi (1968), Nazhoriyah al-Islam al-Siyasiyah, Dimasyq, Dar-al-Fikr, hlm 33.

Beberapa pengertian politik

Terlalu banyak definisi politik jika ingin dibahaskan secara panjang lebar.  Namun apa yang penting, politik merupakan proses melambangkan gelagat manusia yang mengandungi konflik di antara kebaikan di sebelah pihak dan kehendak-kehendak kumpulan di pihak lain  yang diperlukan atau diselesaikan dan kerapkali membabitkan penggunaan atau perebutan kuasa[1].  Istilah politik berasal daripada perkataan “politikos” dalam bahasa Yunani[2] yang kemudiannya dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai “politic”.  Istilah politikos dipercayai telah digunakan sejak  25 abad yang lampau, iaitu kira-kira abad ke-5 sebelum Masihi[3]. Politik juga didefiniskan sebagai;

i)                    Ilmu untuk mempelajari cara-cara sesebuah negara menjalankan tugas-tugasnya[4].

ii)                  Ilmu pengetahuan berkenaan cara-cara, dasar-dasar dan seni-seni pemerintahan[5].

iii)                Ilmu mengenai pembentukan kebijaksanaan umum[6].

Meskipun keterangan ini ringkas tapi pengertiannya agak padat untuk difahami. Seseorang yang bijak berpolitik seharusnya juga bijak menyelesaikan sesuatu perkara tanpa melenting tak tentu hala. Ketenangan itu perlu bagi seseorang politician untuk membuka ruang kepadanya berfikir dengan lebih advance sebelum membuat sebarang keputusan. Dalam petikan kitab Hadiqah al-Azhar, Syeikh Ahmad al-Fathoni mengatakan; “Muhimmah. Pada bicara ilmu siyasat (politic), iaitu Ilmu membaiki rakyat dengan menunjukkan kepada mereka itu tiap-tiap kekeruhan pada dunia dan akhirat. Dan, iaitu ilmu siyasat ilmu daripada Anbiya’ atas yang Khawwas dan awam, pada zahir dan pada batin mereka itu juga. Dan daripada raja-raja dan salatin (sultan-sultan) atas mereka itu zahir mereka itu jua. Dan daripada ulama’ atas Khawwas mereka pada batin mereka itu, sedang yang awam pada zahir mereka itu jua. Maka hukum ilmu itu adalah wujub kifayah (wajib kifayah). Dan ghayahnya (kesudahannya) menceraikan perintah atas jalan benar. Memerintah mereka itu atas jalan adil dan menghela mereka itu pada dunia mereka itu dan pada akhirat mereka itu. Dan memelihara kerajaan daripada segala barang yang menjatuhkan ke dalam kecederaan”[7].

 Perkara yang paling ditakuti oleh kebanyakkan  politician yang bergelar wakil rakyat ialah kejatuhan daripada kerusi yang disandang. Malangnya, jarang sekali ditemui wakil rakyat yang sanggup lepas jawatan yang disandang kerana tidak mampu dan takutkan hukuman Allah. Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, para pemimpin boleh ditegur sama ada dari sudut perangai ataupun tindakan politik kerana mereka mengharapkan kritikan yang benar-benar boleh membawa kebaikan di dunia dan akhirat walaupun kritikan itu pedas.  Namun pada zaman gerakan Islam sekarang, wakil rakyat tak sanggup untuk dikritik walaupun perkara itu adalah benar. Di manakah keikhlasan perjuangan seseorang yang tidak mahu dirinya dikritik???

 

 


[1] K.Ramanathan(1988)Konsep Asas Politik, DBP, K.Lumpur, hlm 302.

[2] Zainal Abidin Ahmad(1977), Ilmu Politik Islam, Jilid.1, Jakarta, Penerbitan BUlan Bintang, hlm 1.

[3] Ibid, hlm 18.

[4] J.Barrent (1965), Ilmu Politika: Suatu Pengenalan Lapangan LM Sitorus (trjh) Jakarta, P.T Pembangunan , hlm 23.

[5] Amaluddin darus (1988), Demokrasi dan Diktator Sepanjang Sejarah Malaysia. Selanogr, Syarikat Abad, hlm 10.

[6] David Easton(1971), The Political System, New York, Alfred, A.Knoff Inc, Second Edition, hlm 128.

[7] Petikan kitab tua, Syeikh Ahmad al-Fathoni.

Tektik Hj.Hadi seterusnya…..

Setelah kaedah pertamanya gagal untuk meyakinkan majoriti AJK PAS Pusat agar mereka bersetuju dengan Agenda Kerajaan Perpaduan, Hj.Hadi mula mengatakan bahawa kerajaan perpaduan adalah bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi dalam situasi gawat. Ia adalah saranan agar dibentukkan gabungan kerjasama antara PAkatan Rakyat dan juga Barisan Nasional. Ayoyo !!! Sudah tukar ka??? Kalau setakat nak buat kerjasama dalam masalah ekonomi tak perlulah ditubuhkan Kerajaan yang kononnya dinamakan perpaduan (sila lihat http://www.themalaysianinsider.com/ dibawa tajuk kerajaan perpaduan berbeza dengan muzakarah PAS-UMNO) . Memang sudah tugas mana-mana kerajaan di muka dunia ini untuk mengambil berat soal ekonomi rakyat yang ditadbir. Apasal Hj.Hadi ini melalut tak tentu pasal nih??? Mungkin disebabkan beliau terlalu melalut akhirnya jawatan penting seperti Setiausaha Agung(Mustafa Ali) dan Pengarah Pilihanraya (Ustaz AbdulHalim AbdulRahman MP Pengkalan Chepa)  adalah terdiri daripada mereka yang sudah sering uzur kerana tua dan sukar bergerak jauh lantaran penyakit yang dihidapi. Perlantikan mereka semua ini merupakan satu usaha 20 tahun undur ke belakang  Tak ada ke orang lain yang lebih muda, cerdas dan tidak berpenyakit kronik untuk dilantik???

Hj.Hadi dan sekutunya terkapai-kapai.

 

Nasruddin Tantawi@Tom Tom Bak

Nasruddin Tantawi@Tom Tom Bak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tindakan Hj.Hadi menarik balik pandangannya berkaitan Kerajaan Perpaduan (Unity Government) setelah ditegur oleh Tok Guru Nik Aziz sebelum Muktamar menyebabkan beliau menang tanpa bertanding. Tak ada seorang pun ahli-ahli PAS yang mahu menentangnya setelah beliau menarik balik cadangan perlaksanaan Unity Government. Malangnya, selepas diumumkan keputusan pilihanraya oleh Mustafa Ali dan Nasharuddin Mat Isa mula berperanan gila dengan restu Hj.Hadi untuk memperkatakan kembali tentang Unity Government. Masa itulah dapat dilihat seolah-olah keikhlasan Tok Guru Nik Aziz dipermainkan oleh Hj.Hadi dan sekutunya. Mungkin dengan tektik  ini Hj.Hadi dan konconya menyangka Tok Guru akan mengalah.  Namun jangkaan mereka meleset kerana Tok Guru Nik Aziz sebenarnya seorang intelektual Islam yang berjiwa kental dan pantang berundur jika dia berada di pihak yang benar.

Setelah menyedari muncul pelbagai bentuk tentangan daripada ahli-ahli PAS di semua peringkat, Hj.Hadi dan para sekutunya mulai merubah strategic. Mereka meminta agar ahli-ahli PAS menututp mulut dan tidak memperkatakan tentang unity government. Hj.Hadi mula berdolak dalik, kononnya idea mengenai Kerajaan Perpaduan hanya satu saranan sahaja meskipun sebenarnya dia sendiri sentiasa berusaha melaksanakannya.  Yang paling teruk sekali ialah Nasaruddin Tantawi@Tom Tom Bak yang membela Hj.Hadi secara membuta tuli kononnya tidak boleh ditentang pandangan Hj.Hadi tersebut  kerana beliau itu seorang alim dan bukannya orang jahil. Buat pengetahuan umum, Tantawi@Tom Tom Bak ini adalah menantu kepada Ustaz Wan Daud bin Wan Jusoh (iaitu abang kepada YB Wan Ismail Wan Jusoh). Nasaruddin Tom Tom Bak kena faham; orang alim yang  suka memutar belitkan fakta hingga merosakkan parti secara total adalah lebih teruk daripada orang yang jahil !!!!! Zaman dulu Abu Jahal dilabelkan sebagai orang jahil bukan kerana dia buta huruf, bukan kerana dia tidak terpelajar, bukan kerana tidak berharta tetapi kerana dia tahu tentang kebenaran dan suka berputar belit serta sentiasa berusaha menolak kebenaran tersebut.

Tindakan membuta tuli Tantawi@Tom Tom Bak itu juga sama dengan watak Nasaruddin oghe tidok segar seperti mana senikata dikir barat yang didendangkan oleh Halim Yazid dalam albumnya, Inovasi.

Ajaran Sesat Hj.Ahmad Laksamana….

Seorang sahabat saya yang bertugas sebagai pegawai penyelidikan JAKIM pernah membekalkan buku-buku mengenai ajaran sesat  kepada saya secara percuma (kini beliau berada di Putra Jaya) termasuklah sebuah buku yang bertajuk  “Fatwa Negeri-Negeri Yang di Wartakan”. Antara isikandungan buku ini yang menarik perhatian saya ialah Fatwa terhadap buku dan pita rakaman  ajaran Hj.Ahmad Laksamana bin Omar di Negeri Kelantan, Melaka dan Pahang. (hlm 14, 21 dan 37). Dalam halaman 14, dinyatakan tarikh warta/ rujukan warta :3Julai  1986/PU no.256(15 bil.2 tahun 1966). Keputusannya: Majlis mengisytiharkan perkara yang diperihalkan dalam jadual berikut sebagai penerbitan yang dilarang kerana mempunyai perkara yang bertentangan dengan hukum syarak atau ajaran agama Islam atau mana-mana yang diluluskan oleh Undang-undang.

 

Tajuk penerbitan Pengarang Penerbit Bahasa
Hakikat Insan Hj. Ahmad Laksamana bin Omar Tiada Melayu
Tajalli Hj.Ahmad Laksamana bin Omar Tiada Melayu

 

Tajuk pita rakaman Penyampai
1. Huraian Alam 1,2,3 Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
2. Demi Masa 1,2, 3 Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
3. Allah dan Taghut  2 Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
4.Hakikat Solah Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
5. Kewujudan Roh 1,2 Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
6. Imam Pokok Perjuangan Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
7. Ucapan Tajalli Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
8. Lafaz Syahadah dan bacaan dalam solah( cara lafaz syahadah dan bacaan dalam solah Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
9. Sabar Dalam Makrifat Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
10.Zikir Lahuna (lidah) Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
11. Dilema Pengajian Tasawuf Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
12. Imam Alam Cabaran Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
13. Manusia Tidak Dijadikan Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
14. Hakikat Syahadah 1 Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
15. Modal Hidup Hj.Ahmad Laksamana bin Omar.

 

Ajaran Hj.Ahmad Laksamana bin Omar, Tarikh dan rujukan warta : 3 Julai 1986/PU No.255(14(3) Bil 2 Tahun 1966). Keputusan. Jamaah Ulama’ memfatwakan bahawa Hj.Ahmad Laksamana menganuti dan menyebar ajaran salah.

 

Dalam halaman 21 dinyatakan; Ilmu Tajalli atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana dan buku-buku yang bertajuk;

a)                 Hakikat Insan yang ditulis oleh Hj.Ahmad Laksamana.

b)                 Rahsia Mengenal Diri yang ditulis oleh Ustaz Hal Azwan.

c)                  Rahsia Hakikat Insan dan Ilmu Mengenal Allah yang ditulis oleh Imam al-Souti didapati mengandungi ajaran-ajaran yang bertentangan dengan Islam. Oleh yang demikian, Orang Islam dilarang menyebar, mengajar, belajar dan mengamalkan ajaran itu.

d)                 Orang  Islam di mana-mana  jua berada yang telah belajar dan mengamalkan ajaran Ilmu Tajalli atau Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana  hendaklah meninggalkan ajaran itu dan memohon keampunan kepada Allah Subhanahu wa Taala.

e)                 Orang Islam tidak boleh menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki yang tersebut itu.

 

 

Imam Souti

Imam Souti

Towardsmardhatillah:

Hj.Ahmad Laksamana pernah mendakwa bahawa Imam Souti itu adalah adiknya, Mohd. Sayuti bin Omar. Tahap kesesatan ajaran ini adalah sama dengan ajaran Hasan Anak Rimau dan juga ajaran Ayah Pin.

Husam sebenarnya yang menang!!!

 

Hj.Husam Hj.Musa

Keputusan siapa Timbalan Presiden Pas sudah keluar dan Ustaz Nasha terpilih sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut. Terkejut?

Memang terkejut. Ada banyak yang berlaku dibelakang tabir sehingga mengejutkan orang ramai.

Dalam mana-mana pilihanraya…petugas-petugas Pas dikenali sebagai petugas yang paling berdedikasi dan pandai membuat kerja…terutama dalam membuat culaan pengundi. dan petugas-petugas inilah juga yang membuat culaan dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden.

Sebaik sahaja tamat waktu mengundi…mereka sudah dapat membuat jangkaan siapa yang menang. Dan pemenangnya ialah Husam Musa..diikuti dengan Ustaz Nasha dan Mat Sabu.

Pada pukul 7.30…pengiraan undi dimulakan dan menjelang jam 9.30 malam…pengiraan tamat, dan keputusan tak rasmi sudah bocor kepada pemimpin dan wartawan.

Dan sekitar jam 9.55 malam…Malaysiakini sudah dapat membuat laporan.

“They see Husam garnering about 45 percent of the votes, with Nasharuddin trailing at 35 percent while Mohammad Sabu finishing third with 20 percent.”

Keputusan tak rasmi pada malam semalam sudah diketahui bukan sahaja pemimpin Pas malah pemimpin PKR juga sudah mendapat maklumat. Husam mendapat 453 undi (44.1%), Nasha 388 (37.8%) dan Mat Sabu 188 (18.3%).

Mstar juga melaporkan perkara yang sama.

Datuk Paduka Husam Musa dipercayai menang tipis jawatan Timbalan Presiden PAS dalam persaingan tiga penjuru.

Berdasarkan maklumat keputusan tidak rasmi yang diperoleh setakat 9 pagi tadi, Naib Presiden PAS itu mendapat 543 undi sekaligus menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Nasharudin Mat Isa yang memperoleh 388 undi dan juga Mohamad Sabu yang hanya memperoleh 188 undi.

Husam menang dengan perbezaan 65 undi.

(Cuma disini Mstar tersilap menulis jumlah undi yang diperolehi oleh Husam..543 undi..sepatutnya 453 undi. perbezaan undi antara Husam dan Nasha ialah 65.( 388+65=453. Bukan 543)

Tetapi mengapa perlu keputusan ditangguhkan sehingga pagi ini?

Dan kalau mengikut laporan Malaysiakini..Mustafa Ali mengatakan pengiraan undi berlaku sehingga jam 2.30 pagi!! Apakah Jawatankuasa Pemilihan memerlukan ENAM jam setengah untuk mengira seribu undi?

Ada sesuatu yang tak kena dalam pemilihan Pas kali ini.Apakah taktik Mahathir semasa menentang Tengku Razaleigh sudah diimpot oleh Pas?

Dan apabila keputusan rasmi diumumkan.…memang ramai yang terkejut. Macam mana keputusan tak rasmi dan rasmi begitu jauh berbeza?

Keputusan rasmi.. Husam 281 (27.4%), Nasha 480 (46.8%) dan Mat Sabu 261 (25.5%)

Ada apa-apa yang berlaku dalam gelap lagi?

 

 

Towardsmardhatillah: Berita ini dihantar ke dalam e-mail saya selepas keputusan pertandingan diumumkan oleh Mustafa Ali di Stadium Shah Alam.  Adakah ini pakatan jahat antara Mustafa Ali, Hj.Hadi dan  Harun Din untuk memberi kemenangan kepada Nasharuddin Mat Isa???  Adakah tidak perlu diadakan Muktamar Khas ??? Terpulanglah kepada semua PAS kawasan……Mengapa MUstafa Ali menolak tuntutan PAS kawasan Rantau Panjang agar diwujudkan wakil-wakil calon dalam pertandingan tersebut????

Pertandingan di Stadium Shah Alam (2)

 

Ustaz Ahmad Awang

Ustaz Ahmad Awang

Mengapa sebelum Muktamar Mustafa Ali, Hj.Hadi, Harun Din dan Nasharuddin Mat Isa mengalih pandangan orang ramai dengan menahan hasrat mereka sendiri untuk capai kerajaan perpaduan setelah ditegah oleh Tok Guru Nik Aziz? Kenapa selepas muktamar mereka kembali buka mulut untuk kerajaan perpaduan?? Mengapa Mustafa Ali arah supaya orang-orang PAS tutup mulut bila ramai penyokong PAS menentang hasrat mereka?? Pasti sekali jawab bagi semua soalan ini ialah kerana mereka suka memutar belitkan kenyataan demi kepentingan diri mereka sendiri dengan mengenepikan imej dan kepentingan parti. Mereka cuma mengatakan tidak mahu bekerja sama dengan UMNO bila Dr.Mahathir semakin berjaya meyakinkan ahli-ahli UMNO bahawa penyertaan PAS dalam UMNO pastinya tidak membawa apa-apa faedah bagi UMNO. Yang paling menonjol sekali berhasrat memerintah Malaysia melalui kerjasama dengan UMNO ialah Nasharuddin Mat Isa!!  Sepatutnya Nasharuddin@ulama’ professional kena faham apakah bentuk kerjasama yang wajar dilakukan antara PAS dan UMNO dan apa yang tidak wajar dilaksanakan. Nak kahwin dengan anak-anak orang UMNO bagus! Nak kongsi pengalaman niaga dengan orang-orang UMNO bagus! Nak minta restu perniagaan daripada pihak UMNO bagus! Tapi nak berkongsi memerintah negeri ataupun negara …hah! Ini tak bagus!!!!!

DSC_0150Saya masih ingat pada 7hb.Jun 2009, pada hari ketiga Muktamar di Stadium Melawati, Nasharuddin Mat Isa mengatakan “Janganlah disebabkan sejarah lama kita tidak boleh mendekati pihak lain ” Siapa pihak tuh ?? UMNO kah?? Kalaulah pihak itu adalah  UMNO, maka memanglah orang-orang PAS kena rujuk kepada sejarah perjuangan PAS silam kerana sejak dulu hingga kini dasar jahat dan penipuan oleh UMNO tetap macam dulu dan tak pernah berubah.  Sehubungan dengan masalah ini juga, Nasharuddin Mat Isa patut jawab soalan; Siapakah orang yang menelefon Ustaz Ahmad Awang untuk mengajak beliau bekerjasama dengan UMNO sepertimana yang ditimbulkan oleh Ustaz Ahmad Awang dalam Muktamar Tahunan PAS ke-55 baru-baru ini??

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.