Archive for June 2nd, 2009

Selawat Tafrijiyyah

 

الصلاة التفريجية

اللهم صل صلاة كاملة و سلم سلاما تاما على سيدنا محمد الذي تنحل به العقد و تنفرج به الكروب و تقضى به الحوائج و تنال به الرغائب و حسن الخواتم و يستسقى الغمام بوجهه الكريم وعلى آله و صحبه في كل لمحة و نفس بعدد كل معلوم لك

Mafhumnya:

 Ya Allah! Limpahkanlah selawat yang sempurna dan kesejahteraan  yang sempurna ke atas Junjungan kami Muhammad yang dengan beliau itu dilepaskan segala ikatan (simpulan kejahatan manusia), dilenyapkan kesusahan, ditunaikan segala keperluan dan diberikan segala keinginan dan mati dalam keadaan husnul khawatim (sebaik-baik penyudah) serta diberi minum dari awam (rezeki terbaik) dengan berkat wajahNya Yang Mulia dan juga kepada ahli keluarga serta  para sahabatnya dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas sebanyak jumlah pengetahuan yang Engkau miliki.

Selawat ini dikenali sebagai  selawat tafrijiyyah. Dalam kitab Mukhtasar Fi Ma’ani  Asma’ al-Husna, al-Imam al-Qurtubi  menjelaskan “Sesiapa yang membacanya berterusan secara rutin setiap hari sebanyak 41 kali atau 100 kali atau lebih, maka Allah Taala akan melenyapkan perasaan cemas dan kesusahannya, menghilangkan kesulitan dan penyakitnya, memudahkan segala urusan, menerangkan hati, meninggikan kedudukan, membaiki keadaan, meluaskan rezeki serta membuka kepadanya segala pintu kebaikan”.

Sayuti (MSO) gelabah !

 

dipetik daripada :  http://manjanik.wordpress.com/

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) – Permohonan maaf yang dibuat Adun Paloh, Norzula Mat Diah kepada Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa berhubung beberapa laporan tidak benar pada tahun 2007 disifatkan telah membersihkan nama Husam dan kerajaan negeri Kelantan.

Menurut satu kenyataan peguam Husam, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek Norzula telah membuat permohonan maaf secara terbuka hhari ini (Selasa 2 Jun 2009) dalam akhbar Berita Harian di muka C12.

Dalam laporan itu kata Ahmad Shabrimi, suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan Nozula Mat Diah kepada anakguamnya (Husam) dengan menyatakan permohonan maaf tanpa sebarang syarat.

Notis tersebut berbunyi:

“Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato� Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.

Menurut Ahmad Shabrimi, pada akhir November 2007, dua orang Adun Barisan Nasional, Dato’ Nozula Mat Diah dan Adun Bukit Bunga Muhd Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap Husam.

Antara laporan tersebut adalah:

Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Kelantan, Hussam Musa.

Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

Isu Kedai Majlis Daerah Machang.

Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.

Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan PAS mengutip dana.

Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.

Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.

Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Ujar Shabrimi, pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen.

Ia juga telah dimuatturun daripada laman sesawang yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan, katanya.

“Tindakan kedua Adun ini juga telah meletakkan anakguam kami dalam satu kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum,” katanya.

Sehubungan itu, Husam telah mengarahkan pihak peguam yang diwakili Tetuan Saiful Kasri & Associates mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua Adun berkenaan dan New Straits Times (M) Berhad, katanya.

“Akhirnya pihak Adun berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan,” katanya.

Dengan notis permohonan maaf tersebut, maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap Husam adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas, kata Ahmad Shabrimi.

“Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain,” katanya. 

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) – Permohonan maaf yang dibuat Adun Paloh, Norzula Mat Diah kepada Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa berhubung beberapa laporan tidak benar pada tahun 2007 disifatkan telah membersihkan nama Husam dan kerajaan negeri Kelantan.

Menurut satu kenyataan peguam Husam, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek Norzula telah membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini (Selasa 2 Jun 2009) dalam akhbar Berita Harian di muka C12.

Dalam laporan itu kata Ahmad Shabrimi, suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan Nozula Mat Diah kepada anakguamnya (Husam) dengan menyatakan permohonan maaf tanpa sebarang syarat.

Notis tersebut berbunyi:

“Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.

Menurut Ahmad Shabrimi, pada akhir November 2007, dua orang Adun Barisan Nasional, Dato’ Nozula Mat Diah dan Adun Bukit Bunga Muhd Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap Husam.

Antara laporan tersebut adalah:

Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Kelantan, Hussam Musa.

Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

Isu Kedai Majlis Daerah Machang.

Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.

Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan PAS mengutip dana.

Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.

Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.

Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Ujar Shabrimi, pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen.

Ia juga telah dimuatturun daripada laman sesawang yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan, katanya.

“Tindakan kedua Adun ini juga telah meletakkan anakguam kami dalam satu kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum,” katanya.

Sehubungan itu, Husam telah mengarahkan pihak peguam yang diwakili Tetuan Saiful Kasri & Associates mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua Adun berkenaan dan New Straits Times (M) Berhad, katanya.

“Akhirnya pihak Adun berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan,” katanya.

Dengan notis permohonan maaf tersebut, maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap Husam adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas, kata Ahmad Shabrimi.

“Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain,” katanya.

Towardsmardhatillah: Sayuti Omar (MSO) dalam keadaan tidak menentu sekarang setelah mendapat tahu berita ini. Beliau yang juga dikenali sebagai Imam Sauti (adik kepada Mat Laksamana pembawa ajaran Tajalli) adalah antara salah seorang blogger yang sentiasa memburukkan identiti Dato Husam Musa melalui blognya, Merah Tinta (msomelayu.blogspot). Islam tidak melarang sesiapa yang ingin menulis dalam bidang politik dengan syarat tatasusilanya hendaklah dipelihara. Setiap berita ataupun cerita yang belum pasti lagi kesahihan janganlah disebarkan kepada awam. Renungilah mafhum firman Allah dalam ayat 6, surah al-Hujarat;  

Sayuti Omar (MSO)

Sayuti Omar (MSO)

 Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasiq yang membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar jangan sampai kamu mencelakakan orang lain (kaum lain) dengan tidak diketahui. Kemudian kamu menyesal dengan perbuatan kamu itu.

Sempena Muktamar Tahunan PAS ke-55

Papan iklan 1

Amboi ! bukan main bergaya sekali Dr.Hasan Ali dalam papan iklan nih…..Ada yang kata gambar ini melambangkan dirinya sudah berada di peringkat atasan parti dan akan berusaha lagi untuk berada lebih tinggi jika dapat. Saya rasa ada benarnya juga tanggapan nih sebab memang tindak tanduk Dr.Hasan selama ini pun ke arah itu. Namun bila seorang kawan mengatakan gambar ini melambangkan kesetiaan Dr.Hasan Ali dengan kepimpinan ulama’ dan sanggup ikut apa saja ijtihad Tok Guru Mursyidul Am , saya terus saja menempelaknya “Tanggapan demo nih kawe tak terima!! ……kalau benar Dr.Hasan Ali setia dengan Mursyidul Am dan hormati ijtihad beliau, mengapa bila Tok Guru kata pig farm tak boleh diwujudkan di Kelantan, Dr.Hasan hanya membisu seribu bahasa dalam masalah pig farm di Selangor ??? Tak dengar pun suara dia menentang pig farm yang mengacam kesihatan rakyat Selangor dalam sidang DUN??? Lebih kurang aje dengan cara puak Umno berfikir……”.