Pak Suhil kembali ke rahmatullah……

Allahyarham Pak Suhil selepas dimandi dan dikapan.

Allahyarham Pak Suhil selepas dimandi dan dikapan.

Pada hari Selasa, 2hb.Jun 2009 (pukul 7:30 malam), Pak Suhil atau nama penuhnya Suhiluddin bin Sanusi kembali ke pangkuan Ilahi akibat serangan penyakit angin ahmar yang dialaminya sejak tahun 1995. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Salor, di hadapan masjid Salor pada pagi 3hb.jun 2009. Tokoh ini lahir pada tahun 1937 dan berasal dari Batu Bara, Acheh, Indonesia. Pak Suhil merupakan seorang pejuang kemerdekaan Acheh. Beliau sampai di Malaysia pada tahun 1964, iaitu ketika tercetus konfrontasi Malaysia-Indonesia dan mendapat taraf penduduk tetap di sini. Sepanjang hayatnya, beliau dikenali sebagai pejuang Islam secara Lone Ranger. Di mana saja ada pergerakan Islam, maka di situlah ada Pak Suhil.

Pak Suhil berbaju cerah duduk bersila sambil tersenyum. Dibelakangnya Allahyarham Ustaz Khaidir Khatib (berbaju batik)

Pak Suhil berbaju cerah duduk bersila sambil tersenyum. Dibelakangnya Allahyarham Ustaz Khaidir Khatib (berbaju batik) sedang duduk atas kerusi.

Kehidupan baginya adalah perjuangan. Lantaran itu, beliau sentiasa bersederhana dalam segala hal dan tidak pernah merungut soal makanan. Pada zaman Allahyarham Dato’ Mohd.Asri menjadi Menteri Besar Kelantan, Pak Suhil adalah  antara orang yang paling rapat dan sentiasa berdamping dengan  tokoh berkenaan hinggakan ramai dikalangan orang-orang parti (PAS) amat cemburukan Pak Suhil. Beliau begitu banyak berjasa kepada PAS dan pernah menghabiskan masanya hampir dua tahun selepas pilihanraya 1978 untuk menyusun,  menaip dan menyimpan  semula buku semakan daftar pemilih di Kelantan ke dalam computer .  Dalam sekitar tahun 1980 semasa Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dipimpin oleh Ustaz AbdulHalim bin AbdulRahman (Bekas TMB), Pak Suhil banyak memainkan peranan mendidik generasi muda di peringkat pengajian tinggi untuk mereka mengenali PAS secara lebih dekat lagi. Keberkesanan hasil usaha beliau dicemburui oleh Dewan Pemuda PAS Pusat  pada ketika itu yang akhirnya menfitnah diri Pak Suhil sebagai agen Amerika (CIA). Lantaran fitnah tersebut, beliau semakin disisih daripada kebanyakkan ahli-ahli PAS. Beliau kemudiannya membawa diri dan terus menetap di Kuala Lumpur. Pak Suhil dikurnia dua orang anak. Seorang putera bernama Abhar Daud Juangga dan seorang lagi puteri bernama Mutiyah. Namun setelah di serang angin ahmar pada tahun 1995, isterinya meminta cerai daripadanya dan melarikan anak-anak hasil perkahwinan mereka ke Medan, Indonesia.   Pak Suhil hidup sebatang kara di Kuala Lumpur dengan hanya menyerahkan dirinya kepada Allah Subhanahu wa Taala.  Pada tahun 2005, Pak Suhil dibawa pulang ke Kelantan  dan diletakkan di rumah bekas Ketua Muslimat PAS, Cikgu Nik Jah di Taman Kenangan.  Kemudian beliau dipindahkan pula ke Salor hinggalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Sepanjang hayat beliau berada di Kelantan, segala pengurusan hariannya dipikul  oleh Abah saya, Hj.Hashim Hj.Omar dan sepanjang hayat beliau berada di Kelantan, saya lah orang yang paling kerap sekali membawa beliau ke rumah tukang urut untuk melegakan urat sarafnya akibat diserang penyakit tersebut.  Al-Fatehah untuk Pak Suhil………………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: