Mustafa Ali Masih Bela MSO?

Dato' Mustafa Ali

Dato' Mustafa Ali

dipetik dari: http://pinkturtle2.wordpress.com/

Mustafa Ali Masih Bela MSO – Si Pemfitnah Pimpinan PAS?

Peristiwa memfitnah Husam oleh Norzula Mat Diah sepatutnya memaksa Mustafa Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah, untuk memecat Mohd Suyuti Omar dari memegang jawatan Editor di Siasah.

Mana boleh Mustafa Ali membiarkan seorang pemfitnah seperti Suyuti terus duduk makan gaji dengan PAS dan terus memfitnah pimpinan PAS seperti yang berlaku sepanjang dua-tiga tahu kebelakangan ini?

Nampak bodoh sangat PAS ni apabila PAS terus memberi gaji kepada seseorang yang kemudiannya seseorang itu berterusan memfitnah serta memburukkan kerajaan PAS, MB PAS, Mursyidul AM PAS dan kepimpinan2 PAS.

Soalnya sekarang, apa muslihat Mustafa Ali untuk terus mengekalkan si pemfitnah seperti Mohd Sayuti Omar ini? MSO ini bukan ahli PAS pun dan tidak berguna untuk PAS walau sedikit?

Adakah kerana Mustafa Ali mahu bantuan MSO untuk menjatuhkan geng yang tidak setuju PAS dibawa pada UMNO? Tidak hairan apabila kedua-dua Mustafa Ali dan MSO adalah penyokong kuat usaha membawa PAS kepada UMNO dan BN.

Kalau Mustafa Ali membayar gaji MSO ini dengan duitnya sendiri, saya tak marah. Tapi skrg ini MSO dibayar gaji dengan wang milik ahli PAS dan beliau melakukan kerja yang menguntungkan UMNO dan BN.

Itu kita tak soal lagi hubungan Sayuti dengan orang2 UMNO yang lain untuk mencari rezeki.

Saya dah lama dengar cerita bahwa MSO ini adalah kuda tunggangan Mustafa Ali. Nah, sekarang ini sudah terbukti. Kalau MSO bukan kuda tunggangan Mustafa Ali, dah lama MSO kena tendang keluar dari Siasah. Namun, sehingga hari ini, MSO masih lagi menjadi Editor Siasah.

http://www.malaysiawaves.com

Dikirim dalam News & Politics

 

Ahli Pas tidak dapat melupakan Datuk Mustafa Ali pada pemilihan timbalan presiden yang dimenangi oleh Ustaz Hassan Syukri yang pada awalnya bersedia memberi laluan kepada Datuk Dr. Harun Din pada beberapa tahun yang lalu.

Mustafa Ali lah calon yang menghalang Datuk Dr. Harun Din dari dipilih tanpa bertanding berikutan kekosongan jawatan timbalan presiden pada pemilihan tahun 2003 dahulu, Datuk Mustafa mengambil kesempatan diatas pendirian Datuk DR. Harun Din sedangkan dia amat arif dengan sikap Datuk Dr. Harun Din yang tidak akan merebut jawatan dengan cara pertandingan, kerana bertanding merebut jawatan menggambar orang itu sangat suka menerima tanggung jawab dan amanah, yang sekiranya tanggung jawab dan amanah ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik, bagai menawar diri dalam kemurkaan Allah.

Hari ini Datuk Mustafa Ali menyokong tiada pihak yang mencabar timbalan presiden diatas nama kepimpinan ulamak, dari sikap yang dipamirkan oleh Datuk Mustafa Ali ini, ada unsur2 mentaliti pemimpin Umno, kerana dia boleh berbuat demikian, mungkin dia merasakan dia adalah vetron Pas, sementara Husam dan Mat Sabu adalah orang muda dan bukan ulamak yang tidak sewajarnya mencabar timbalan presiden yang telah dinobatkan sebagai ulamak profesional.

Betulkah apa yang hendak dipertahankan oleh Datuk Mustafa Ali ini ?.

Apa kata kita lihat dari persepsi ini pula.
Datuk Mustafa seolah olah pemimpin yang sedang mempertahankan prinsipnya sebagai salah seorang arkitek yang merancang penubuhan kerajaan gabungan Umno Pas. Nostalgia bekas seorang menteri semasa Pas dalam penubuhan kerajaan BN dahulu, telah memutikan cita2 baru beliau sebelum beliau bersara dari politik yang semakin senja.

Datuk Mustafa juga sedar, beliau tidak mendapat tempat dihati ahli2 Pas, seperti beliau dizaman Datuk Asri dahulu, cara mudah, beliau yang ingin memenuhi cita2nya ialah bersedia merancang kerjasama dengan umno untuk mengwujudkan kerajaan perpaduan Umno Pas.

Dalam pemilihan muktamar Pas yang akan bermula pada minggu ini. Datuk Mustafa telah menggunakan jentera BN melalui akhbar perdana Umno dan penulis blog MSO untuk menyerang Datuk Husam Musa bagi menghalang graf sokongan perwakilan Pas yang akan bersidang pada 5 Jun nanti.

Beliau bimbang kemenangan Datuk Husam akan membantut usaha yang telah dirancang bersama kumpulan ustaz Nasharudin. Bagi Datuk Mustafa, Datuk presiden bukan tokoh yang perlu dibimbangkan, kerana Datuk presiden adalah anak didik Datuk Mustafa dalam permainan politik kerajaan BN. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, kejatuhan kerajaan Pas Terengganu adalah disebabkan, nasihat cara berpolitik Datuk Mustafa kepada Datuk presiden sebagai menteri besar Terengganu pada ketika itu, tidak konsisten dan berkesan kepada pentadbiran negeri.

Sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah akhbar Harakah dan Siasah beliau meletakan MSO yang tidak menjadi ahli mana2 parti adalah menjadi aset kepada Datuk Mustafa, kerana MSO tentu saja berpeluang menemui mana2 juga tokoh kepimpinan Umno diatas tiket wartawan dan ketua pengarang akhbar Siasah, dan cara tidak rasmi MSO boleh menjadi jurucakap Datuk Mustafa Ali.

Mempertahankan MSO adalah menjadi kewajipan kepada Datuk Mustafa sementara kuasa masih ada. Ditaqdirkan Datuk Husam menang sebagai timbalan presiden, MSO tentu tidak begitu gembira kerana sibaju petak merah yang dimusuhinya mungkin tidak bersetuju MSO terus kekal di akhbar Siasah.

By: Inspekter Conan on Jun 3, 2009
at 11:43 pm

Towardsmardhatillah: Ini dah kira kes teruk nih!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: