Archive for June 7th, 2009

Perjalanan ke Muktamar PAS Tahunan ke-55

Lori kotak kertas terbalik di Bukit Tujuh

Lori kotak kertas terbalik di Bukit Tujuh

Saya bertolak dari Kota Bharu lebih kurang pukul 11:30 pagi. Sesampai di Bukit Tujuh sekitar pukul  3:30 ptg, traffic jem berlaku ekoran sebuah lori kotak kertas terbalik merentangi jalan. Crane sudah lama sampai di situ tapi pemilik lori tidak membenarkan lorinya diangkat dengan crane kerana dia bimbang jika lori itu jatuh ke dalam gaung. Tepat jam 6:00 ptg,  para pengguna jalanraya mulai keluh kesah dan kerana mereka masih tidak dapat meneruskan perjalanan. Bagi meredakan keadaan, pihak polis mengarah pemandu crane agar tidak mempedulikan tuntutan tuan lori dan terus mengangkut serta menolak lori itu ke tepi jalan.  Tepat pukul 6:30 petang, barulah perjalanan saya ke Shah Alam dapat diteruskan dan sampai di Intekma Resort UiTM Shah Alam lebih kurang pukul 10:30 malam.