Pertandingan di Stadium Shah Alam (1)

 

PAra perwakilan

Pada pukul 10:00 pagi 6hb.Jun, dari Intekma saya terus menuju ke Stadium untuk mendengar keputusan pertandingan bagi beberapa jawatan tertinggi PAS di peringkat pusat. Seperti yang sudah sedia maklum, Dato’ Mustafa Ali yang akan mengumumkannya. Pelik juga rasanya pemilihan kali ini. Setahu saya, MUstafa Ali memang tak sukakan Hj.Husam Musa dan sanggup melakukan apa saja asalkan Husam tersinggir. Namun mengapa beliau dilantik sebagai SPR??  Sehari sebelum pembuangan undi oleh para perwakilan, Nasaruddin Mat Isa yang suka jika dirinya digelar ulama’  professional terlebih dahulu berdolak dalik untuk tidak melaksanakan Unity Goverment. Begitu juga dengan Hj.Hadi Awang yang sebelum ini pernah  masuk mengadap Tok Guru Nik Aziz kerana inginkan Unity Goverment kemudiannya akur kepada tegahan Tok Guru Nik Aziz.  Namun selepas saja diumumkan menang, mereka berdua dan bersama konco-konco mereka mula buka kembali tembelang agenda Unity Goverment.  Masa itu, saya lihat para perwakilan dalam situasi kebingungan. Malah ramai yang masih kabur tentang agenda ini. Oleh kerana dah terlalu lama berada dalam stadium, tekak saya merasa haus.  Lalu saya keluar dari stadium untuk mencari air tebu. Boleh dikatakan di sekeliling pintu-pintu utama stadium itu wujud berbagai gerai jualan dengan minuman, makanan dan pakaian.  Ketika  saya meronda-ronda melihat kawasan sekeliling, tiba-tiba mata saya terpandang YB Cikgu Din Limbongan, YB Zaki Ibrahim dann beberapa orang pendokong PAS yang lain. Cikgu Din menyapa saya dengan penuh hemah sekali tapi YB Zaki Ibrahim adalah sebaliknya. 

YB Zaki Ibrahim

YB Zaki Ibrahim

Mungkin keputusan pertandingan itu yang membuat moodnya tidak begitu mesra alam ataupun memang perangainya macam itu. Maklumlah bekas Ketua Pemuda PAS katakan!!!!   Ego tuh kenalah tonjol sikit…Saya sendiri masih tertanya-tanya mengapa dia menarik diri dan tidak mahu menentang Nasaruddin  Tantawi ? Adakah kerana Nasaruddin Tantawi itu digelar ulama’ professional ataupun memang YB Zaki ini fobia dengan lilitan serban Nasaruddin??? Dalam kesempatan ini, saya sempat ambil YB Zaki sebagai kenangan.  Selepas itu, Saya kembali semula ke Intekma untuk menemui Prof.Madya Shahrom (bekas calon PAS yang menentang Dato Muhammad Nasir di DUN Tendong pada tahun 1978). Prof. Madya Shahrom ajak makan tengahari di luar. Selepas lunch, kami balik semula ke Intekma. Lebih kurang pukul 3:00 petang, semua penghuni apartment bernombor 633 keluar sekali lagi ke Stadium untuk mendengar ucapan Dato’ Wan AbdulRahim (MP Kota Bharu).  Oleh kerana merasa letih, saya sajalah  yang ditinggal dibilik dan terus tertidur hinggalah ke pukul 6:30 petang. Pada pukul 8:00 malam, saya dikejutkan dengan suara ulama’ professional, Nasaruddin Mat Isa yang mula menggila memperkatakan tentang  Unity Goverment dalam siaran Berita TV3.   Pada malam yang sama juga, Tok Guru berucap di Stadium dan menceritakan tentang hakikat sebenar uNity Goverment.   Memang bengang betul Si Nasaruddin ni. Pada hari terakhir muktamar, para perwakilan yang hanya tahu membaca akhbar Harakah saja mula kelihatan pelik apabila mereka mendengar hujjah-hujjah perbahasan yang bunyinya agak menikam sedikit terutama sekali ucapan-ucapan bangkangan terhadap unity Goverment oleh YB Khalid Samad dan Ustazah Zailah Yusoff.  Malah permintaan  Hj.Husam Musa yang ingin penjelasan siapakah sebenarnya yang dituduh rasuah turut menyebabkan  Harun  Din rasa senak kepala sikit untuk jawab soalan ini.  Mulalah dia berlegar-legar denga cerita lamanya yang diisytihar muflis kerana menjamin seseorang dengan jumlah RM 2.5 juta.  Saya rasa sangsi dengan pengakuan Harun Din ini. Siapakah yang sanggup menjamin orang lain dengan nilai RM 2.5 juta tanpa mendapat sebarang faedah daripada sejumlah wang sebanyak itu ??  Siapakah  sebenarnya orang  itu yang kononnya dijamin oleh Harun Din?? Sampai loni pun saya masih tertanya-tanya……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: