Archive for June 13th, 2009

Ajaran Sesat Hj.Ahmad Laksamana….

Seorang sahabat saya yang bertugas sebagai pegawai penyelidikan JAKIM pernah membekalkan buku-buku mengenai ajaran sesat  kepada saya secara percuma (kini beliau berada di Putra Jaya) termasuklah sebuah buku yang bertajuk  “Fatwa Negeri-Negeri Yang di Wartakan”. Antara isikandungan buku ini yang menarik perhatian saya ialah Fatwa terhadap buku dan pita rakaman  ajaran Hj.Ahmad Laksamana bin Omar di Negeri Kelantan, Melaka dan Pahang. (hlm 14, 21 dan 37). Dalam halaman 14, dinyatakan tarikh warta/ rujukan warta :3Julai  1986/PU no.256(15 bil.2 tahun 1966). Keputusannya: Majlis mengisytiharkan perkara yang diperihalkan dalam jadual berikut sebagai penerbitan yang dilarang kerana mempunyai perkara yang bertentangan dengan hukum syarak atau ajaran agama Islam atau mana-mana yang diluluskan oleh Undang-undang.

 

Tajuk penerbitan Pengarang Penerbit Bahasa
Hakikat Insan Hj. Ahmad Laksamana bin Omar Tiada Melayu
Tajalli Hj.Ahmad Laksamana bin Omar Tiada Melayu

 

Tajuk pita rakaman Penyampai
1. Huraian Alam 1,2,3 Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
2. Demi Masa 1,2, 3 Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
3. Allah dan Taghut  2 Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
4.Hakikat Solah Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
5. Kewujudan Roh 1,2 Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
6. Imam Pokok Perjuangan Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
7. Ucapan Tajalli Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
8. Lafaz Syahadah dan bacaan dalam solah( cara lafaz syahadah dan bacaan dalam solah Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
9. Sabar Dalam Makrifat Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
10.Zikir Lahuna (lidah) Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
11. Dilema Pengajian Tasawuf Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
12. Imam Alam Cabaran Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
13. Manusia Tidak Dijadikan Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
14. Hakikat Syahadah 1 Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
15. Modal Hidup Hj.Ahmad Laksamana bin Omar.

 

Ajaran Hj.Ahmad Laksamana bin Omar, Tarikh dan rujukan warta : 3 Julai 1986/PU No.255(14(3) Bil 2 Tahun 1966). Keputusan. Jamaah Ulama’ memfatwakan bahawa Hj.Ahmad Laksamana menganuti dan menyebar ajaran salah.

 

Dalam halaman 21 dinyatakan; Ilmu Tajalli atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana dan buku-buku yang bertajuk;

a)                 Hakikat Insan yang ditulis oleh Hj.Ahmad Laksamana.

b)                 Rahsia Mengenal Diri yang ditulis oleh Ustaz Hal Azwan.

c)                  Rahsia Hakikat Insan dan Ilmu Mengenal Allah yang ditulis oleh Imam al-Souti didapati mengandungi ajaran-ajaran yang bertentangan dengan Islam. Oleh yang demikian, Orang Islam dilarang menyebar, mengajar, belajar dan mengamalkan ajaran itu.

d)                 Orang  Islam di mana-mana  jua berada yang telah belajar dan mengamalkan ajaran Ilmu Tajalli atau Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana  hendaklah meninggalkan ajaran itu dan memohon keampunan kepada Allah Subhanahu wa Taala.

e)                 Orang Islam tidak boleh menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki yang tersebut itu.

 

 

Imam Souti

Imam Souti

Towardsmardhatillah:

Hj.Ahmad Laksamana pernah mendakwa bahawa Imam Souti itu adalah adiknya, Mohd. Sayuti bin Omar. Tahap kesesatan ajaran ini adalah sama dengan ajaran Hasan Anak Rimau dan juga ajaran Ayah Pin.