Beberapa pengertian politik

Terlalu banyak definisi politik jika ingin dibahaskan secara panjang lebar.  Namun apa yang penting, politik merupakan proses melambangkan gelagat manusia yang mengandungi konflik di antara kebaikan di sebelah pihak dan kehendak-kehendak kumpulan di pihak lain  yang diperlukan atau diselesaikan dan kerapkali membabitkan penggunaan atau perebutan kuasa[1].  Istilah politik berasal daripada perkataan “politikos” dalam bahasa Yunani[2] yang kemudiannya dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai “politic”.  Istilah politikos dipercayai telah digunakan sejak  25 abad yang lampau, iaitu kira-kira abad ke-5 sebelum Masihi[3]. Politik juga didefiniskan sebagai;

i)                    Ilmu untuk mempelajari cara-cara sesebuah negara menjalankan tugas-tugasnya[4].

ii)                  Ilmu pengetahuan berkenaan cara-cara, dasar-dasar dan seni-seni pemerintahan[5].

iii)                Ilmu mengenai pembentukan kebijaksanaan umum[6].

Meskipun keterangan ini ringkas tapi pengertiannya agak padat untuk difahami. Seseorang yang bijak berpolitik seharusnya juga bijak menyelesaikan sesuatu perkara tanpa melenting tak tentu hala. Ketenangan itu perlu bagi seseorang politician untuk membuka ruang kepadanya berfikir dengan lebih advance sebelum membuat sebarang keputusan. Dalam petikan kitab Hadiqah al-Azhar, Syeikh Ahmad al-Fathoni mengatakan; “Muhimmah. Pada bicara ilmu siyasat (politic), iaitu Ilmu membaiki rakyat dengan menunjukkan kepada mereka itu tiap-tiap kekeruhan pada dunia dan akhirat. Dan, iaitu ilmu siyasat ilmu daripada Anbiya’ atas yang Khawwas dan awam, pada zahir dan pada batin mereka itu juga. Dan daripada raja-raja dan salatin (sultan-sultan) atas mereka itu zahir mereka itu jua. Dan daripada ulama’ atas Khawwas mereka pada batin mereka itu, sedang yang awam pada zahir mereka itu jua. Maka hukum ilmu itu adalah wujub kifayah (wajib kifayah). Dan ghayahnya (kesudahannya) menceraikan perintah atas jalan benar. Memerintah mereka itu atas jalan adil dan menghela mereka itu pada dunia mereka itu dan pada akhirat mereka itu. Dan memelihara kerajaan daripada segala barang yang menjatuhkan ke dalam kecederaan”[7].

 Perkara yang paling ditakuti oleh kebanyakkan  politician yang bergelar wakil rakyat ialah kejatuhan daripada kerusi yang disandang. Malangnya, jarang sekali ditemui wakil rakyat yang sanggup lepas jawatan yang disandang kerana tidak mampu dan takutkan hukuman Allah. Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, para pemimpin boleh ditegur sama ada dari sudut perangai ataupun tindakan politik kerana mereka mengharapkan kritikan yang benar-benar boleh membawa kebaikan di dunia dan akhirat walaupun kritikan itu pedas.  Namun pada zaman gerakan Islam sekarang, wakil rakyat tak sanggup untuk dikritik walaupun perkara itu adalah benar. Di manakah keikhlasan perjuangan seseorang yang tidak mahu dirinya dikritik???

 

 


[1] K.Ramanathan(1988)Konsep Asas Politik, DBP, K.Lumpur, hlm 302.

[2] Zainal Abidin Ahmad(1977), Ilmu Politik Islam, Jilid.1, Jakarta, Penerbitan BUlan Bintang, hlm 1.

[3] Ibid, hlm 18.

[4] J.Barrent (1965), Ilmu Politika: Suatu Pengenalan Lapangan LM Sitorus (trjh) Jakarta, P.T Pembangunan , hlm 23.

[5] Amaluddin darus (1988), Demokrasi dan Diktator Sepanjang Sejarah Malaysia. Selanogr, Syarikat Abad, hlm 10.

[6] David Easton(1971), The Political System, New York, Alfred, A.Knoff Inc, Second Edition, hlm 128.

[7] Petikan kitab tua, Syeikh Ahmad al-Fathoni.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: