Archive for June 27th, 2009

Sajak buat Allahyarham AbdulSamad Gul

allahyarham Samad GoalPada hari Ahad 25hb.Rabi’ul Awal 1387 bersamaan 2hb.Julai 1967, Saudara Abdul Samad Gul Ahmad Mianji, Ahli Parlimen selaku Yang diPertua PAS Cawangan (sekarang Kawasan) Pasir Mas Hulu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat  dan merangkap Ahli Jawatankuasa Agung PAS Pusat kembali ke rahmatullah. Beliau dibunuh dengan kejam sebaik sahaja turun dari Dewan Zulkiflee Mohammad, Bangunan PAS Kelantan sesudah menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul SAW.

 

Jenazah Allahyarham Sdr.Abdul Samad disempurnakan pada sianghari  3hb.Julai1976 itu juga di kawasan tanah perkuburan tidak jauh dari rumah kediamannya di Jalan Bayam, Kota Bharu. Beribu orang ahli dan penyokong PAS ikut serta menghantar beliau ke tempat persemadiannya. Sebaik sahaja jenazah di bawa turun dari rumah kediamannya, Ustaz Khaidir Khatib, Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika itu membaca sajaknya;

 

SEKARANGAN BUNGA

Dikelubungi oleh suasana  sedih dan sayu,

Kami terima berita kematianmu,

Mati korban ganas di hujung senjata musuhmu,

Yang tak sanggup berdepan denganmu sebagai anak lelaki.

 

Kegagahanmu berjuang telah membangkitkan semangat anak bangsamu,

Menimbulkan rasa gerun di hati lawan-lawanmu,

Kini engkau pergi dipanggil Tuhan,

Yang tinggal pada kami hanya kenangan dan kesedihan.

 

Bertepuk pahalah orang-orang di sebelah sana dengan sebab ketiadaanmu,

Menari dan berpesta mereka di lambung riang,

Tetapi ini kami Samad! Ini kami rakan seperjuanganmu,

Kami telah memadu tekad tidak akan berganjak dari garis ini,

Biar bumi ini hangus dan kami semua menjadi abu..

 

Zulkliflee dan Asiah telah lama pergi, kini engkau pula berangkat pulang,

Istirehatlah wahai  roh-roh yang mulia, redha dan diredhai Tuhan

Daftar syuhada masih panjang dalam barisan kita,

Setiap kami yang tinggal akan merelakan diri,

Untuk hancur demi keagungan Agama Allah yang mulia ini.

 

Itu bendera  ALLAH MUHAMMAD masih berkibar,

Seorang Samad boleh dibunuh tetapi seratus Samad akan datang

mengambil tempatnya.

 

Perjuangan ini akan bertambah hebat dan seru

Dan akan bergilirlah para Mujahid mencari syahid,

ALLAHU AKBAR, di bawah panji-panji kalimah tauhid kami sedia lebur,

Dilindungi Rahim dan RahmanMu, Oh Allah!

Terimalah segala amal kebaktian saudara kami ini,

Yang untuk Engkau dan kerana Engkau dia berjuang[1].

 

Allahyarham Khaidir Khatib

Allahyarham Khaidir Khatib

 

 

 


[1] Khaidir Khatib, Kota Bharu, pagi 3hb.Julai 1967.

Desas Desus dari Manik Urai…

hj fauzi abdullahKedengaran desas-desus berita bahawa ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan calon PAS yang baru di Manik Urai ini, Haji Mohd.Fauzi Abdullah. Beliau adalah Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.. Jika benar berita ini, saya rasa pihak yang terbabit perlu bermuhasabah diri. PAS Kelantan mengambil keputusan berasaskan kepentingan PAS disamping tidak meminggirkan hasrat masyarakat setempat yang mahu calon PAS daripada kalangan anak tempatan. Kesungguhan dan komitmen beliau dengan perjuangan PAS adalah factor utama Parti bersetuju memilih calon baru ini. Manakala sikap hemah mesra dengan penduduk tempatan pula merupakan sebab utama mengapa mereka ingin beliau bertanding di Manik Urai. Kelulusan pengajian tidak menjadi ukuran utama bagi para penyokong PAS di Manik Urai. Apa yang penting calon mereka mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat seikhlas mungkin sepertimana yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Ismail Yaakob atau lebih dikenali dengan jolokan Paksu Weil. Selama mana Pak Su Weil menjadi wakil rakyat dulu, saya tidak pernah dengar sebarang rungutan tentang beliau oleh penduduk setempat baik dari segi perangai mahupun dari segi tindakan politik. Inilah keistimewaan Pak Su Weil jika dibandingkan dengan sesetengah wakil rakyat yang berpelajaran tinggi tapi suka buat onar.

 

Berilah calon PAS yang baru ini peluang untuk beliau berkhidmat. Sesebuah organisasi politik yang ingin mendapatkan kuasa untuk memerintah adalah umpama sekumpulan manusia yang bertungkus lumus menyiapkan  sebuah rumah. Bukan semua mereka yang menggaul simen atau pemasang bumbung perlu untuk tugasan ini. Begitu juga dengan sesebuah organisasi politik, bukan semua golongan ulama’ dan juga professional diperlukan untuk menjawat jawatan wakil rakyat. Bahkan golongan peniaga juga perlu disertakan dalam barisan wakil-wakil rakyat bagi menstabilkan penampilan pemimpin tempatan di peringkat negeri. Desas-desus negatif yang menolak Hj.Fauzi sebagai calon PAS sebenarnya adalah hasil dakyah UMNO.

Selepas Usaha Penubuhan Kerajaaan Perpaduan Gagal.

 

hj hadiSelepas usaha menubuhkan Kerajaan Perpaduan gagal, Hj.Hadi kelihatan muncul pada hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Manik Urai. Sekutu-sekutunya yang lain tidak kelihatan termasuklah Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Kegagalan pembentukan Kerajaan Perpaduan hasil idea Hj Hadi membuka pintu hati Tok Guru Nik Aziz dan para jentera pilihanraya PAS Kelantan untuk menerima beliau sebagai tetamu yang datang bertandang di Manik Urai. Begitulah halusnya budi bicara penyokong dan pendokong PAS Kelantan dalam soal politik meskipun Hj.Hadi sudah beberapa kali berusaha untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional dari sudut politik. Boleh jadi kerana tentangan terhadap idea beliau begitu kuat menyebabkan beliau terpaksa bertaqiyyah sementara. Paling menyedihkan ialah apabila Hj.Hadi muncul di kaca TV dengan menyalahkan UMNO yang dianggap sebagai penipu yang menyebabkan idea penubuhan Kerajaan Perpaduan gagal dibentuk. Apa salahnya kalau Hj.Hadi atau Dato’ Mustafa Ali mengumumkan permohonan maaf kepada para pengdokong PAS seluruh Malaysia di atas kegopohan dan kesilapan puak mereka??? Jika Hj.Hadi kembali merungut untuk merealisasikan ideanya di masa depan, pasti sekali para pendokong dan penyokong PAS Kelantan akan menentang hasrat itu habis-habisan.

 

Bagi saya, meskipun pembentukan idea Hj.Hadi yang disokong oleh para sekutunya gagal dan dimaafkan oleh sesetengah ahli PAS tapi imej dan status mereka tidak semulia sepertimana sebelum mereka buat onar. Onar sedemikian sudah tentunya membuktikan bahawa mereka semua tidak menghormati keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu. Sepatutnya tindakan disiplin dikenakan atas mereka yang berani bertindak sedemikian seolah-olah Parti Islam SeMalaysia ini Bapak mereka yang punya!!! Seseorang pemimpin tidak sewajarnya bercakap tanpa tunjang semata-mata kerana kepentingan diri yang lebih diutamakan daripada kepentingan jamaah.  Kemana perginya suara-suara mereka yang pernah mengundi Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kononnya ulama’ professional yang difikirkan layak menyandang jawatan Timbalan Presiden PAS??? Adakah mereka semua sanggup masuk UMNO bersama Nasharuddin jika terdesak???

 

Jika ditinjau secara logic akal, memang sukar PAS Terengganu untuk bangkit semula memerintah negeri tersebut kecuali selepas dilakukan banyak perubahan-perubahan dari sudut tindakan politik dan sikap para ahli politik PAS Terengganu. Pentabdiran Dato’ Ahmad Said sebenarnya tidaklah begitu kukuh mana sangat jika dibandingkan dengan puak Dato’ Seri Idris Jusoh. Namun dalam situasi kekusutan politik sedemikian rupa, kedua-dua belah pihak ini hingga kini masih belum kelihatan  ingin menerima Hj.Hadi serta sekutu beliau untuk menstabilkan politik Negeri Terengganu. Malah mengikut tinjauan saya juga, undi para pengundi PAS Terengganu sendiri akan berpecah kerana kebanyakkan mereka ada yang menyokong  pendirian PAS Kelantan. Pasti sekali fenomena ini akan menyenakkan lagi kepala Hj.Hadi dan para sekutunya.