Sajak buat Allahyarham AbdulSamad Gul

allahyarham Samad GoalPada hari Ahad 25hb.Rabi’ul Awal 1387 bersamaan 2hb.Julai 1967, Saudara Abdul Samad Gul Ahmad Mianji, Ahli Parlimen selaku Yang diPertua PAS Cawangan (sekarang Kawasan) Pasir Mas Hulu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat  dan merangkap Ahli Jawatankuasa Agung PAS Pusat kembali ke rahmatullah. Beliau dibunuh dengan kejam sebaik sahaja turun dari Dewan Zulkiflee Mohammad, Bangunan PAS Kelantan sesudah menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul SAW.

 

Jenazah Allahyarham Sdr.Abdul Samad disempurnakan pada sianghari  3hb.Julai1976 itu juga di kawasan tanah perkuburan tidak jauh dari rumah kediamannya di Jalan Bayam, Kota Bharu. Beribu orang ahli dan penyokong PAS ikut serta menghantar beliau ke tempat persemadiannya. Sebaik sahaja jenazah di bawa turun dari rumah kediamannya, Ustaz Khaidir Khatib, Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika itu membaca sajaknya;

 

SEKARANGAN BUNGA

Dikelubungi oleh suasana  sedih dan sayu,

Kami terima berita kematianmu,

Mati korban ganas di hujung senjata musuhmu,

Yang tak sanggup berdepan denganmu sebagai anak lelaki.

 

Kegagahanmu berjuang telah membangkitkan semangat anak bangsamu,

Menimbulkan rasa gerun di hati lawan-lawanmu,

Kini engkau pergi dipanggil Tuhan,

Yang tinggal pada kami hanya kenangan dan kesedihan.

 

Bertepuk pahalah orang-orang di sebelah sana dengan sebab ketiadaanmu,

Menari dan berpesta mereka di lambung riang,

Tetapi ini kami Samad! Ini kami rakan seperjuanganmu,

Kami telah memadu tekad tidak akan berganjak dari garis ini,

Biar bumi ini hangus dan kami semua menjadi abu..

 

Zulkliflee dan Asiah telah lama pergi, kini engkau pula berangkat pulang,

Istirehatlah wahai  roh-roh yang mulia, redha dan diredhai Tuhan

Daftar syuhada masih panjang dalam barisan kita,

Setiap kami yang tinggal akan merelakan diri,

Untuk hancur demi keagungan Agama Allah yang mulia ini.

 

Itu bendera  ALLAH MUHAMMAD masih berkibar,

Seorang Samad boleh dibunuh tetapi seratus Samad akan datang

mengambil tempatnya.

 

Perjuangan ini akan bertambah hebat dan seru

Dan akan bergilirlah para Mujahid mencari syahid,

ALLAHU AKBAR, di bawah panji-panji kalimah tauhid kami sedia lebur,

Dilindungi Rahim dan RahmanMu, Oh Allah!

Terimalah segala amal kebaktian saudara kami ini,

Yang untuk Engkau dan kerana Engkau dia berjuang[1].

 

Allahyarham Khaidir Khatib

Allahyarham Khaidir Khatib

 

 

 


[1] Khaidir Khatib, Kota Bharu, pagi 3hb.Julai 1967.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: