Selepas Usaha Penubuhan Kerajaaan Perpaduan Gagal.

 

hj hadiSelepas usaha menubuhkan Kerajaan Perpaduan gagal, Hj.Hadi kelihatan muncul pada hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Manik Urai. Sekutu-sekutunya yang lain tidak kelihatan termasuklah Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Kegagalan pembentukan Kerajaan Perpaduan hasil idea Hj Hadi membuka pintu hati Tok Guru Nik Aziz dan para jentera pilihanraya PAS Kelantan untuk menerima beliau sebagai tetamu yang datang bertandang di Manik Urai. Begitulah halusnya budi bicara penyokong dan pendokong PAS Kelantan dalam soal politik meskipun Hj.Hadi sudah beberapa kali berusaha untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional dari sudut politik. Boleh jadi kerana tentangan terhadap idea beliau begitu kuat menyebabkan beliau terpaksa bertaqiyyah sementara. Paling menyedihkan ialah apabila Hj.Hadi muncul di kaca TV dengan menyalahkan UMNO yang dianggap sebagai penipu yang menyebabkan idea penubuhan Kerajaan Perpaduan gagal dibentuk. Apa salahnya kalau Hj.Hadi atau Dato’ Mustafa Ali mengumumkan permohonan maaf kepada para pengdokong PAS seluruh Malaysia di atas kegopohan dan kesilapan puak mereka??? Jika Hj.Hadi kembali merungut untuk merealisasikan ideanya di masa depan, pasti sekali para pendokong dan penyokong PAS Kelantan akan menentang hasrat itu habis-habisan.

 

Bagi saya, meskipun pembentukan idea Hj.Hadi yang disokong oleh para sekutunya gagal dan dimaafkan oleh sesetengah ahli PAS tapi imej dan status mereka tidak semulia sepertimana sebelum mereka buat onar. Onar sedemikian sudah tentunya membuktikan bahawa mereka semua tidak menghormati keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu. Sepatutnya tindakan disiplin dikenakan atas mereka yang berani bertindak sedemikian seolah-olah Parti Islam SeMalaysia ini Bapak mereka yang punya!!! Seseorang pemimpin tidak sewajarnya bercakap tanpa tunjang semata-mata kerana kepentingan diri yang lebih diutamakan daripada kepentingan jamaah.  Kemana perginya suara-suara mereka yang pernah mengundi Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kononnya ulama’ professional yang difikirkan layak menyandang jawatan Timbalan Presiden PAS??? Adakah mereka semua sanggup masuk UMNO bersama Nasharuddin jika terdesak???

 

Jika ditinjau secara logic akal, memang sukar PAS Terengganu untuk bangkit semula memerintah negeri tersebut kecuali selepas dilakukan banyak perubahan-perubahan dari sudut tindakan politik dan sikap para ahli politik PAS Terengganu. Pentabdiran Dato’ Ahmad Said sebenarnya tidaklah begitu kukuh mana sangat jika dibandingkan dengan puak Dato’ Seri Idris Jusoh. Namun dalam situasi kekusutan politik sedemikian rupa, kedua-dua belah pihak ini hingga kini masih belum kelihatan  ingin menerima Hj.Hadi serta sekutu beliau untuk menstabilkan politik Negeri Terengganu. Malah mengikut tinjauan saya juga, undi para pengundi PAS Terengganu sendiri akan berpecah kerana kebanyakkan mereka ada yang menyokong  pendirian PAS Kelantan. Pasti sekali fenomena ini akan menyenakkan lagi kepala Hj.Hadi dan para sekutunya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: