Archive for July, 2009

Kenyataan Ibrahim Ali bercanggah dengan tuntutan syarak.

Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak dua kali. Pertama selama dua tahun (1974-1976) kerana terlibat dalam demonstrasi Baling. Kedua, selama 60 hari akibat demonstrasi ketuanan Melayu di Kuala Lumpur pada 1978.

Tetapi saya tidak pernah menentang ISA. Saya yakin undang-undang ini perlu dan penting. Ia bersifat preventif atau pencegahan dan bukannya kuku besi.

ISA hanya dikenakan ke atas individu untuk mencegah mereka daripada bertindak menjejaskan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

Sewaktu berucap di Dewan Rakyat atau di majlis-majlis umum, saya sentiasa menegaskan ISA adalah penting dan perlu kepada Malaysia yang majmuk penduduknya. Saya juga sering nyatakan, ISA wajar dipinda dan diperbaiki.

Bukannya dimansuhkan sama sekali seperti desakan sesetengah pihak.

Ini kerana undang-undang yang bersumberkan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan itu sangat penting untuk mencegah kegiatan subversif dan terorisme.

ISA berbeza dengan Kanun Keseksaan. ISA bertujuan mencegah sesuatu jenayah keganasan. Kanun Keseksaan pula untuk menghukum individu setelah berlakunya jenayah.

Jika tahanan ISA dibicarakan di mahkamah, tentunya pendakwaan akan gagal kerana tidak dapat memenuhi elemen-elemen pembuktian kes jenayah iaitu mens rea dan actus reus.

Mens rea merujuk kepada niat seseorang, sama ada dia memang berhasrat untuk melakukan sesuatu jenayah atau sebaliknya. Sementara actus reus pula merujuk kepada tindakan sebenar penjenayah tersebut.

Contohnya, sekumpulan individu ditahan di bawah ISA kerana merancang untuk mengebom sebuah bangunan awam di negara ini. Mereka dihadapkan ke mahkamah. Tetapi, bolehkah mahkamah menjatuhkan hukuman apabila serangan belum berlaku dan tiada siapapun yang tercedera?

Dalam kes seperti ini elemen mens rea mungkin boleh dibuktikan. Tetapi, elemen actus reus pastinya gagal untuk dibuktikan.

Oleh itu, jika tahanan ISA dibicarakan di mahkamah, tentu tahanan itu akan dibebaskan. Apabila bebas, individu terbabit dengan mudahnya akan merancang tindakan lain untuk mengancam keselamatan negara.

Saya berpendapat kuasa budi bicara Menteri Dalam Negeri dalam mengenakan tahanan ISA perlu dimansuh dan digantikan dengan kuasa sebuah badan bebas. Badan ini mungkin boleh dinamakan sebagai Majlis Keselamatan Dalam Negeri (MKDN).

Panel yang menganggotai MKDN pula termasuklah Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam.

Pengerusi MKDN pula wajar dilantik daripada kalangan bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang berwibawa.

MKDN juga perlu diletakkan di bawah Parlimen supaya tindakannya dilaporkan terus kepada Parlimen Malaysia.

Ini kerana ISA adalah undang-undang yang digubal dengan kuasa khas Parlimen menerusi Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Sebab itulah Parlimen berkuasa menggubal dan meminda ISA dengan menafikan hak-hak individu dalam Perlembagaan Persekutuan.

ISA boleh digubal dan dipinda dengan mengenepikan Perkara 5 mengenai kebebasan individu; Perkara 9 mengenai kebebasan bergerak; Perkara 10 mengenai kebebasan bersuara, berkumpul dan berpersatuan serta Perkara 13 mengenai kebebasan pemilikan harta. Ini bermakna ISA adalah undang-undang yang tujuannya adalah digariskan sendiri oleh Perlembagaan. Oleh sebab itulah pelaksanaan ISA perlu dipantau oleh Parlimen.

Saya yakin cadangan-cadangan ini boleh menjadikan ISA semakin telus, pemerintah tidak akan menyalahgunakannya sementara pihak-pihak tertentu pula tidak akan mengeksploitasikannya.

Perkasa di bawah pimpinan saya akan mewujudkan sebuah panel khusus untuk mengkaji beberapa peruntukan dalam ISA yang wajar dipinda demi kebaikan semua pihak.

Cadangan-cadangan Perkasa akan dikemukakan kepada kerajaan. Inilah sebaik-baik cara jika kita ikhlas dan bukannya menggunakan ISA untuk matlamat yang sempit.

Saya juga menyokong pendapat Datuk Ruhanie Ahmad dalam Utusan Malaysia baru-baru ini bahawa ISA penting untuk keselamatan pribumi, keselamatan etnik, keselamatan masyarakat dan keselamatan ekonomi.

Ini bermakna, ia adalah undang-undang yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang memerintah Malaysia kerana negara ini adalah majmuk dan sentiasa berdepan dengan masalah etnik dan agama.

ISA juga diperlukan untuk mempertahankan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Undangundang ini mencegah tindakan menukar sistem pemerintahan negara secara tidak demokratik.

Di samping itu, ISA diperlukan untuk mencegah masalah keselamatan bukan tradisional seperti perkauman, terorisme, sabotaj, ekstremisme, cauvinisme dan pengkhianatan terhadap negara.

Selama ini ISA dipolemik dan dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan sesetengah rakyat terpengaruh kononnya akta itu menindas dan mencanggahi hak-hak asasi manusia.

Persepsi seperti ini menyebabkan sesetengah rakyat gagal memahami falsafah serta matlamat ISA yang sebenarnya digubal untuk menjamin keselamatan negara.

Perkasa tetap berpendirian ISA adalah perlu dan penting kepada Malaysia. ISA tidak akan menjadi masalah jika tidak ada pihakpihak tertentu yang perjuangannya bergantung kepada isu dan kontroversi.

Pada 1 Ogos 2009, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bercadang mengadakan satu perhimpunan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendesak pemansuhan ISA.

Apa perlunya perhimpunan itu? Bukankah kerajaan sudah berjanji untuk meminda ISA supaya jadi lebih telus? Atau, mungkinkah perhimpunan ini disengajakan untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada “kes-kes dan perkembangan tertentu” mutakhir ini?

Jika GMI meneruskan rancangannya, Majlis Gerakan NGO Penyokong Kerajaan (Magaran) pula akan mengadakan satu perhimpunan, juga di Kuala Lumpur, pada hari dan waktu yang sama.

Ini adalah untuk membuktikan kepada umum bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang mahukan ISA dikekalkan, tetapi dengan pindaan-pindaan yang sewajarnya.

Magaran akan meneruskan perhimpunan itu jika GMI tidak membatalkan rancangannya. Dalam perkembangan seperti ini pasti akan berlaku pertembungan yang tidak diingini.

GMI perlu memikirkan implikasi ini. Bayangkanlah apa yang mungkin terjadi jika berlaku pertembungan antara GMI dan Magaran. Kita sangat berharap ketenteraman awam tidak diganggu gugat sekali lagi. — Utusan Malaysia

*Datuk Ibrahim Ali adalah Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan merangkap Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia atau Perkasa.

 

Dipetik dari: Malaysianinsider, 30hb.Julai 2009.

 

Towardsmardhatillah: ISA adalah akta zalim kerana ia tidak memberi peluang kepada mangsa sama ada yang bersalah ataupun tidak bersalah untuk membela diri. Lantaran itu, akta ini bercangggah dengan perundangan Islam. Meskipun begitu, masih ada lagi di kalangan rakyat Malaysia yang  bersikap redha dengan kezaliman meskipun ISA pernah dikenakan ke atas dirinya. Antara individu yang paling ketara mempertahankan kezaliman ISA ialah Datuk Ibrahim Ali. Dalam usahanya itu, beliau mengatakanSaya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak dua kali. Pertama selama dua tahun (1974-1976) kerana terlibat dalam demonstrasi Baling. Kedua, selama 60 hari akibat demonstrasi ketuanan Melayu di Kuala Lumpur pada 1978. Tetapi saya tidak pernah menentang ISA. Saya yakin undang-undang ini perlu dan penting. Ia bersifat preventif atau pencegahan dan bukannya kuku besi. ISA hanya dikenakan ke atas individu untuk mencegah mereka daripada bertindak menjejaskan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan keselamatan Negara”.  Selepas diteliti petikan ucapan ini, saya dapati ada sesuatu yang tidak kena dengan jiwa Dato’ Ibrahim. Dia rela dirinya ditahan dibawah ISA dan dia kelihatan berbangga setelah dikenakan tindakan tersebut. Akta ini sah zalim kerana ia bercanggah dengan tuntutan syarak namun masih dianggap bukannya berkuku besi. Bagi mengatasi  masalah kecelaruan dan ketidak tenteraman dalam negara, segala bentuk hukuman yang sepadan dengan tindakan negative yang boleh menjejaskan reputasi negara dan rakyat dinyatakan dengan jelas dalam surah al-Maidah, ayat 33-34.

Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh atau dipalang (disalib) atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja) atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Tafsir al-Wajiz Hamsiy ala al-Quran al-Azim)

Hukuman bagi tingkah laku jahat yang dimurkai Allah seperti membakar atau mengebom bangunan, rogol, rompak, samun, ugut dan juga rempit dinyatakan dalam ayat ini. Oleh itu, segala saranan agar ISA dikekalkan untuk digunakan ke atas golongan mafia ataupun genster juga adalah satu saranan yang zalim kerana golongan ini juga berhak untuk membela diri mereka sendiri.

Tahukah Anda?

Mengikut perangkaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia melalui laman webnya http://www.dvs.gov.my bilangan babi di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) pada 2008 ialah sebanyak 1,733,466 ekor; lebih banyak berbanding kerbau 133,381 ekor, lembu  847,757 ekor, kambing  437,805 ekor dan biri-biri 124,749 ekor.

Statistik sembelihan ternakan yang direkodkan oleh jabatan itu pada 2008 pula; babi disembelih sebanyak 1,715,890 ekor, kerbau 11,847 ekor, lembu 102,010 ekor, kambing 15,186 ekor dan biri-biri pula sebanyak 4,197 ekor.

 

Utusan Malaysia 18 April 2008

KUALA LUMPUR 18 April – Sekumpulan ahli perniagaan China baru-baru ini mengemukakan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport daging babi ke Republik tersebut.

Ketua Unit Penternakan Babi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kim Hee berkata, cadangan itu dibuat kerana harga daging babi yang ditawarkan di ladang-ladang negara ini cukup kompetitif, malah antara yang termurah di Asia.

Sehubungan itu, katanya, beberapa syarikat dari China menyatakan minat untuk bekerjasama dengan penternak babi Malaysia bagi menampung permintaan daging babi yang semakin tinggi di negara itu.

“Beberapa syarikat menyatakan minat, tetapi kita tunggu dulu kunjungan wakil syarikat China itu ke Malaysia hujung bulan ini untuk membolehkan perbincangan lanjut.

“Setakat ini semuanya masih di peringkat awal dan tiada keputusan muktamad diambil,” kata Kim Hee ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar The Sun hari ini memetik laporan Nanyang Siang Pau yang melaporkan Malaysia dalam perancangan mengeksport daging babi ke China buat pertama kalinya.

Kim Hee dalam laporan itu berkata, urusan berhubung hal tersebut dilakukan dengan dua buah syarikat dari China selain usaha untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Beliau dipetik sebagai berkata, jika Malaysia dapat menjadi pengeksport babi ke China, para penternak akan berpeluang memperoleh pendapatan yang baik termasuk dari segi pertukaran wang asing memandangkan pasaran yang besar di negara itu.

China yang mempunyai penduduk lebih 1.2 bilion dilaporkan berhadapan dengan kekurangan bekalan daging babi berikutan permintaan yang semakin tinggi dalam kalangan penduduknya.

Ekoran taraf yang semakin baik, permintaan daging babi di negara berkenaan dilaporkan meningkat hingga China terpaksa mengimport daging babi dari Thailand, tetapi langkah itu juga dikatakan tidak mencukupi.

Malaysia sebelum ini turut mengeksport daging babi ke Singapura namun ia dihentikan selepas Republik itu melarang import daging babi dari Malaysia berikutan penyebaran virus Nipah pada 1998.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Dr. Ibrahim Che Embong ketika diminta mengulas isu itu berkata, pihaknya belum menerima sebarang permintaan daripada para penternak babi berhubung penternakan besar-besaran untuk eksport ke China.

Dari segi dasar, ujarnya, hanya ladang ternakan secara moden yang dibenarkan ditambah manakala soal sama ada boleh atau tidak bilangan babi ditingkatkan terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

“Mengikut amalan, selaku tuan tanah, negeri yang buat dasar mengenai penternakan babi. Negeri-negeri memang hanya menumpukan untuk menampung keperluan babi dalam negara. Sejak dari tahun 2000, sudah tidak ada eksport babi termasuk ke Singapura.

“Statistik menunjukkan jumlah babi di Malaysia berjumlah 2.6 juta ekor tetapi babi boleh ditingkatkan pengeluarannya dengan cepat.

“Haiwan itu boleh beranak tiga kali setahun dan setiap kali beranak, ia boleh melahirkan 11 ekor anak.

“Mungkin sebab itu para penternak merancang terlebih dahulu dengan syarikat China kerana mereka tahu jumlah babi boleh ditingkatkan dalam masa yang singkat,” katanya.

 

Towardsmardhatillah: Usaha UMNO mengedarkan topeng penutup muka bagi kempen kesedaran pencegahan wabak selesema babi ini tak ubah macam usaha mereka satu ketika dulu mengedar dan membekalkan kondom secara percuma bagi mengelakkan HIV AIDS. Semua langkah ini hanya sekadar melepas batuk di tangga.  Kaum muslimin bukan sekadar diharamkan memakan babi, malah untuk turut terlibat sama mengusahakan pemprosesan daging babi bagi golongan non-muslims  sebagai bahan makanan juga adalah haram. Ini kerana daging babi berpenyakit meskipun harganya mahal dan disukai ramai.  Apa yang lebih teruk lagi ialah; usaha para pendakwah Islam mengajak golongan non-muslims untuk mengenali Islam dengan lebih dekat menjadi sukar disebabkan mereka sudah terbiasa makan makanan kotor…..

Virus H1N1 (Part 2)

Babi jantan dewasa

Babi jantan dewasa

Sudah hampir berbulan-bulan lama wabak selsema babi merebak ke serata dunia. Malaysia juga tidak terkecuali dilanda wabak ini. Entah dari mana punca asalnya tapi amat susah untuk dipercayai jika ada pendapat yang mengata selsema babi ini bermula dari Mexico dan terus menular dan berjangkit dari seekor babi kepada seorang manusia dan seterusnya kepada manusia lain pula. Cuba perhati dan amati dengan teliti; hanya negara yang membenarkan peternakan babi saja yang amat betul-betul kronik dengan wabak ini termasuklah negara kita Malaysia yang tercinta. Pada awal penularannya di Malaysia, pemeriksaan kesihatan yang rapi boleh dikatakan diadakan di setiap pintu masuk sama ada di semua sempadan negara dengan negara jiran ataupun di setiap lapangan terbang. Semua langkah ini adalah bagi mengelak selsema babi daripada babi-babi di luar negara masuk ke negara ini. Dalam masa yang sama, media massa seperti radio dan televisyen pula sibuk mengumumkan bahawa babi-babi yang diternak di seluruh Malaysia berada dalam keadaan sihat dan tidak perlu dikhuatiri oleh rakyat Malaysia. Hanya beberapa buah kandang sahaja yang hampir kronik tetapi tidak perlu dibimbangi kerana semuanya sedang berada dalam usaha baik pulih.

Anak-anak babi sedang menyusu

Anak-anak babi sedang menyusu

Anak-anak babi membesar

Anak-anak babi membesar

Selepas pengumuman tersebut, ini para pengusaha babi merasa lega dan cerita kandang-kandang ternak babi di Malaysia mulai lenyap dan terus lenyap untuk dianggap sebagai punca penyakit. Hanya babi dari luar negara saja yang jadi punca segala-gala. Dalam pada itu, segala usaha menyekat penyakit dan kawalan ketat akan sentiasa dipertingkatkan.  Namun wabak ini terus menular dan tentunya situasi ini amat mencurigakan. Betulkah babi-babi yang diternak secara kormisial di tanahair kita benar-benar sihat ???? Kalau ada pengusaha babi yang sanggup mengatakan babi-babi ternakannya sihat dan bersih daripada penyakit itu, ketahuilah bahawa itu adalah langkah-langkah promosi perniagaan oleh peniaga yang hanya tahu keuntungan di muka dunia saja. Susah untuk diterima kenyataan “Babi di Malaysia tak pernah kena selsema”. Kalau pun betul haiwan ini tidak kena selsema babi, namun dari sudut penemuan saintifik; babi memang punca segala penyakit kroni. Dari aspek penemuan saintifik: Daniel S.Shapiro (M.D), Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachussets dan juga selaku Penolong Professor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts merumuskan terdapat lebih daripada   25 penyakit yang boleh dijangkiti daripada babi. Antaranya ialah; Anthrax, Ascaris Suum, Botulism, Brucella suis, cryptosporidiosois, Erysipelothrix, shusiopathie, Flavobacterium, influenza, scabies, swine vesicular dan lain-lain lagi. Berdasarkan kajian Alix Fano (M.A), Murry J.Cohen (M.D), Marjorie Cramer (M.D, F.A.C.S), Ray Greek (M.D) dan Stephen R.Kaufman (.M.D) mendapati antara penyakit-penyakit ini ada yang boleh membawa maut disamping menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

 Alix Fano, pengarang buku Lethal Laws – Animal Testing, Human Health and Environmental Policy, merangkap Pengarah Medical Research Modernisation Committee mengesahkan; kuman-kuman virus daripada babi mampu berubah dan menjadi lebih merbahaya (mutations) dari masa ke semasa. Pada Mac, 1997,  ahli-ahli sains Britain melaporkan penemuan kuman berbahaya retroviruses PERVS dari babi. Virus ini membiak di dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkan ia mudah menjangkiti orang lain. Pada bulan November, 1997, Dr. Robin Weiss dari Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERV dalam babi. Penemuan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti  pembedahan pemindahan alat / organ dari babi kepada manusia. Pada bulan Ogos 1997, pakar-pakar sains dari Australia menemui satu lagi virus baru yang menjangkiti babi sebelum menyerang manusia. Ia amat merbahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui sebelum ini dan dikenali sebagai virus menangle dari kumpulan paramyxovirus.

Babi yang dilapah

Babi yang dilapah

Pada tahun 1997, para saintis telah menemui beberapa kuman virus keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah; Porcine Torovirus, Porcine Rotavirus (Variant 4F), PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus) dan H3N2 Swine Flu Virus. Dalam Journal of Virology 1997, seramai 12 orang pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin melaporkan; pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang merbahaya. Pakar-pakar sains menganggap babi sebagai mixing vessel atau tempat pelbagai kuman bertakung sebelum diubah ke bentuk yang lebih merbahaya. Mengikut kajian itu juga virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang merbahaya yang boleh berjangkit dan membunuh manusia. Penemuan ini mampu memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selesema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ini. Ia bermula dengan serangan Spanish flu pada tahun 1918, diikuti dengan Asian flu pada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977. Kajian-kajian oleh para ahli sains menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini ada pada babi sebelum ia menjangkiti manusia. Menurut Dr. Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison; virus babi sentiasa berubah kepada bentuk yang lain dan babi merupakan satu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain itu. Yang paling  membimbangkan ialah, sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini. Malah terdapat virus dari keluarga HIV yang wujud dalam babi. Virus ini di bawa oleh DNAnya dan ia tidak boleh dipisahkan. Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virology dari Institut Kajian Kanser, London menegaskan “Babi mempunyai banyak kuman(virus). Salah satu masalah yang kita hadapi ialah babi mempunyai kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retro virus ini adalah daripada keluarga yang sama dengan kuman HIV.” Jelas sekali babi merupakan ancaman besar terhadap kehidupan manusia kerana haiwan ini bukan hanya punca virus H1N1 saja yang memudaratkan manusia tetapi lebih daripada itu.

Setakat ini, sudah 4 orang didapati meninggal dunia kesan wabak selsema babi H1N1 ini di Malaysia. Kemungkinan besar jumlah mangsa korbannya akan terus meningkat. Bagaimana pula situasi dengan Singapura yang semenjak dulu lagi mengharamkan ternakan babi secara total???? Bukankah penularan wabak selsema ini mampu dikawal dengan begitu baik sekali di pulau berkenaan berbanding dengan Malaysia?? Majority penduduk Singapura yang berbangsa Cina tidak memberontak sebagai tanda tidak puas hati kerana babi tidak dibenarkan diternak di sana. Tahap kesedaran mereka tentang kesihatan dan ancaman babi lebih maju ke depan jika dibandingkan dengan sesetengah masyarakat majmuk di Malaysia yang masih mempertahankan ternakan “lembu berkaki pendek” ini.

UMNO kecewa dalam keadaan tenat

Selasa Julai 28, 2009

Nik Aziz dianggap bukan tuan guru tulen

 

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin Umno amat kesal dengan kenyataan “pergi jahanamlah Umno” oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana ia datang daripada seorang pemimpin politik bertaraf ulama dan seorang tuan guru.

Yang lebih mereka kesalkan dan sedih ialah penolakan bulat-bulat Nik Abdul Aziz kepada usaha untuk berbaik-baik dengan Umno yang bagi mereka menunjukkan kesombongan dan sifat keterlaluan Menteri Besar Kelantan itu.

Oleh itu, mereka mahu Umno agar tidak beria-ia untuk bekerjasama dengan Pas kerana beranggapan bahawa semua ucapan Nik Abdul Aziz berhubung soal hendak berbaik-baik dengan kerajaan pusat hanyalah satu lakonan semata-mata.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan “Pergi Jahanamlah Umno” kerana beliau merupakan seorang yang dianggap bertaraf ulama.

“Saya sebagai orang biasapun tidak sanggup mengeluarkan kata-kata itu, apatah lagi beliau seorang pemimpin tinggi parti politik yang disebut-sebut sebagai ulama,” katanya kepada pemberita di Kota Baharu hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata walaupun dikeji, bagi pihak Umno, beliau sedia untuk berbaik-baik dengan Pas.

“Bagi pihak parti, kita (Umno) dari awal hingga akhir sentiasa bersedia kalau nak berbaik-baik, nak berbincang. Tapi kalau sebelah sana bukan saja tak bersedia, bukan saja mempermain dan mempersendakan kita, sekali boleh, sekali tak boleh…payahlah kita (hendak beri kerjasama).

“Kita orang Melayu dan beragama Islam, bermaruah, berbudaya, perlu membuat contoh yang elok,” kata Awang Adek.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee pula mengingatkan parti itu agar jangan beria-ia dengan cadangan mengenai kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan.

“Kita sambut baik cadangan itu jika atas nama persaudaraan Islam, tetapi lakonan politik Nik Abdul Aziz sebelum ini menyebabkan kita perlu berhati-hati. Kita perlu berwaspada dengan kenyataan Nik Abdul Aziz kerana beliau merupakan pemain politik yang licik,” katanya.

Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Hasan Hamzah, berkata sebagai seorang yang dihormati dan diberi kepercayaan oleh masyarakat Melayu, Nik Abdul Aziz sepatutnya tidak boleh mengucapkan perkataan yang bersifat keterlaluan.

“Nik Abdul Aziz bukan tuan guru yang tulen. Kalau beliau boleh keluarkan perkataan ‘Pergi Jahanamlah Umno’, kita juga boleh kata ‘Pergi Jahanamlah Pas’,” katanya.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berharap Umno tidak terlalu teruja dengan bentuk kerjasama yang dikemukakan oleh pemimpin Pas malah mereka perlu berhati-hati kerana Pas mempunyai agenda yang tersembunyi. BERNAMA

 

Towardsmardhatillah:

UMNO dah malu besar kerana terlalu terhegeh-hegeh nak bekerjasama dengan PAS. Lantaran itu, keluarlah kenyataan-kenyataan seperti mana di atas daripada beberapa pemimpin UMNO. Dalam pada itu, UMNO juga cuba buat-buat lupa tentang peranan serta tugas Barisan Nasional sebagai kerajaan persekutuan yang perlu diutamakan.  Sebenarnya sekarang  bukan masalah lakonan ataupun kelakuan sebenar yang perlu diutamakan. Bukan juga soal ikhlas ataupun tidak pandangan kerajaan Kelantan terhadap Kerajaan Pusat tetapi yang paling utama ialah keikhlasan masing-masing dalam melaksanakan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat.  Meskipun Tok Guru menempelak UMNO dengan ungkapan kata “Pergi Jahanamlah Umno” dan UMNO pula menuduh Tok Guru Nik Aziz sebagai seorang tuan guru tidak tulen, namun  ini bukan bererti Kerajaan Pusat harus berputar belit untuk mencari alasan tidak  ingin melaksanakan tugasnya selaku kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri Kelantan. Ini kerana perihal tentang bidang kuasa kerajaan pusat, bidang kuasa kerajaan negeri dan juga bidang kuasa bersama termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Hukuman sebat bagi peminum arak

 

Deretan whiskies

Deretan whiskies

Minggu lepas, boleh dikatakan seluruh masyarakat majmuk di Malaysia terkejut setelah beberapa buah akhbar-akhbar tempatan menyiarkan satu laporan dari Kuantan Pahang mengenai seorang wanita telah dijatuhi hukuman sebat dan denda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas wanita itu mengaku bersalah minum arak di sebuah hotel di Pahang tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhi mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987). Hingga kini saya masih lagi belum menerima sebarang berita tentang cara serta kaedah perlaksanaan sebat yang bakal dijatuhkan itu.  Dari sudut syariat Islam. Jika hukuman sebat yang bakal dilaksanakan itu sama seperti mana hukuman sebat yang dijalankan di semua penjara di seluruh Malaysia, maka cara perlaksanaan hukuman itu tetap bercanggah dengan syariah Islam. Sudah tentu ia adalah satu kaedah perlaksanaan hukuman yang zalim. 

Dalam syariah Islam, konsep perlaksanaan hukuman sebat bagi penzina yang belum berkahwin dan juga peminum arak adalah sama; iaitu untuk mendidik jiwa mereka agar tidak kembali mengulangi perangai buruk itu dan bukannya untuk mendera yang boleh menyiksa dan juga membunuh si pesalah. Beza antara hukuman zina bagi yang belum berkahwin dengan peminum arak hanyalah dari segi bilangan sebatan sahaja.  Penzina berkenaan tetap dikenakan sebanyak 100 sebatan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran. Manakala bagi peminum arak pula, hukumannya adalah mengikut perundangan yang ditetapkan oleh sesebuah kerajaan Islam. Dengan kata lain, al-Quran dan juga hadis Rasulullah tidak menetapkan kadar had pembalasan tersebut. Adakala Rasulullah menyebat si peminum dengan semaksimum sebatan iaitu sebanyak 40 sebatan dan adakalanya dengan sebatan yang sedikit[1].  Manakala Umar al-Khattab pula menetapkan sebanyak 80 sebatan. Bagi Mazhab Hanafi dan Maliki; pembalasan hadnya adalah 80 sebatan dan mazhab Syafie pula sebanyak 40 sebatan.

Seterusnya, beberapa perkara perlu diberi perhatian berkaitan dengan perlaksanaan hukuman sebat ini, iaitu;

i)                    Jika pesalah itu adalah lelaki, maka dia disebat dalam keadaan dia berdiri. Namun jika si pesalah itu seorang perempuan, maka hukuman sebat perlu dijalankan dalam keadaan dia duduk agar auratnya lebih terpelihara daripada sebarang pendedahan.

ii)                  Dari segi pakaian; bagi  Imam Malik dan Abu Hanifah, pakaian pesalah lelaki perlu dilucutkan agar sebatan itu menyentuh kulit  kecuali dibahagian aurat sahaja wajib dijaga. Manakala bagi Imam Syafie dan Ahmad bin Hanbal, si pesalah dibenarkan memakai ba

Huraian tambahan: “Tok Guru nak berkongsi kuasa politik dengan UMNO?”

Selepas disiarkan artikel “Tok Guru nak berkongsi kuasa politik dengan UMNO?”, saya dihubungi oleh salah seorang kenalan yang inginkan penjelasan tentang maksud potongan tulisan saya Islam menganjurkan kerjasama dalam semua hal kebaikan meskipun dengan kumpulan ajaran sesat seperti Ayah Pin, Mat Laksamana dan lain-lain lagi termasuklah juga UMNO. Katanya “Kalau setakat kerjasama dalam semua kebaikan dengan UMNO kawe boleh faham dan mudah terima….tapi kalau kerjasama dengan kumpulan ajaran sesat Ayah, Mat Laksamana dan lain-lain lagi macam mana pula……???” 

Kalau ditinjau dari sudut sejarah Islam; selepas kewafatan Rasulullah, Abu Bakar mengambil langkah drastik memerangi golongan yang ingkar membayar zakat setelah beberapa kali diberi amaran keras supaya bertaubat. Keingkaran mereka untuk menunai zakat kerana mereka tidak mengiktirafkan zakat sebagai salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap orang muslim yang mukallaf meletakkan diri mereka berada dalam status murtad. Perlu difahami, kemampuan Abu al-Siddiq berbuat demikian kerana beliau memiliki mandat politik untuk menerajui sebuah kerajaan Islam yang kuat pada masa itu. Ditambah pula perundangan pada masa itu di kota Madinah ialah perundangan Islam yang mewajibkan kekuasaan politik kerajaan berkenaan memerangi golongan murtad.

Jika dilihat dalam konteks perundangan Malaysia sekarang; adakah kerajaan Malaysia memerangi gejala murtad mengikut guideline syariat Islam? Sudah tentu jawabannya tidak. Seterusnya, adakah mungkin gerakan Islam seperti PAS yang tidak mempunyai authoriti sebagai sebuah kerajaan pusat mampu memerangi golongan murtad seperti Ayah Pin serta para pengikutnya dan Mat Laksamana bersama pengikutnya yang mempertikaikan tentang keEsaan Allah? Jawabannya juga sudah tentu PAS tidak mampu. Ini kerana tindakan memerangi golongan murtad secara sembrono sebegitu adalah menyalahi undang-undang Malaysia.  Namun apakah langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini jika hukum bunuh ke atas golongan murtad masih tidak dapat dilaksanakan? Bagi saya, jalan atau kaedah yang terbaik sekali bagi PAS  sebagai satu gerakan Islam yang juga berperanan sebagai badan dakwah ialah; bekerjasama dengan semua perkara kebaikan demi mendampingi dan mendekatkan diri mereka semula dengan Islam.  Tidak wajar sama sekali bagi ahli-ahli PAS untuk hanya berkempen masyarakat majmuk di Malaysia demi hanya untuk meraih undi semata-mata tapi dalam masa yang sama membiarkan kemungkaran yang hingga kini tidak mampu dibendung oleh kerajaan Barisan Nasional berleluasan begitu saja. Dalam masa yang sama, PAS juga wajar bertindak tegas dengan tidak menjalinkan kerjasama dengan mana-mana penganut ajaran sesat yang suka berperanan sebagai batu api melalui penulisannya terhadap beberapa orang pemimpin PAS tanpa segan silu serta hujjah yang kukuh. Ini kerana tindakan itu sebenarnya buat merupakan salah satu kebaikan setelah perbuatan beliau berkali-kali ditegur oleh orang ramai. Itulah sebenarnya maksud saya.

Tok Guru nak berkongsi kuasa politik dengan UMNO?

Tok Guru dan Dato' Pa

Tok Guru dan Dato' Pa

Heboh desas-desus  sana-sini Tok Guru nak mula berbaik dengan UMNO bila berita ini terpapar dalam Berita Minggu hari ini.  Bagus! Memang bagus! Tok Guru memang seorang politician yang pintar. Islam menganjurkan kerjasama dalam semua hal kebaikan meskipun dengan kumpulan ajaran sesat seperti Ayah Pin, Mat Laksamana dan lain-lain lagi termasuklah juga UMNO. Justeru untuk kebaikan umum, perundangan Islam perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Namun untuk meramal Tok Guru akan bersetuju berkongsi kuasa politik dengan UMNO secara tak semena-mena, itu adalah tindakan atau hipotesis yang terlalu awal. Kalau betul Tok Guru sanggup berkongsi kuasa politik dengan UMNO walaupun dengan nama selain daripada nama Kerajaan Perpaduan, maka saya akan menggolongkan diri saya dalam kalangan mereka  yang akan menentang gagasan ini. Tentangan saya ini kerana UMNO memang tidak akan melaksanakan perundangan syariah Islam secara syumul meskipun jika ia terpaksa bergambung kuasa politik dengan PAS.  Jika diselidiki dari sudut sejarah Arab Jahiliyyah yang hidup berpuak-puak lagi berkelompok dan suka berperang untuk saling menakluki, ada empat bulan yang mereka haramkan diri mereka berperang, iaitu Muharram, Rajab, ZulHijjah dan ZulQaedah. Mana-mana pihak yang melanggari atau mencerobohi puak yang lain dalam bulan-bulan tersebut, maka pihak tersebut akan dikenakan qisas dan juga diyat mengikut kadar kecederaan atau kematian yang ditanggung oleh si mangsa. Dengan kata lain, semua puak dan suku Arab di Semenanjung Tanah Arab wajib saling menghormati sesama mereka dalam bulan-bulan tersebut dengan melakukan gencatan senjata. Peraturan ini kekal dan turut dipatuhi oleh sebahagian umat Islam yang bersetuju dengan pendapat Imam Atho’. Manakala sebahagian mereka  yang lain pula berpegang dengan  mazhab jumhur yang berpendapat hukum berkaitan dengan larangan berperangan pada bulan-bulan tersebut telah dimansukhkan.

Dalam musim perang pilihanraya, berbagai fakta, helah dan juga auta dikemukakan oleh pihak-pihak terbabit demi meraihkan kemenangan parti masing-masing. Contohnya dalam pilihanraya di Manik Urai baru-baru ini, YB Cikgu Rahim dan YB Hj Fatah Harun sanggup mengwar-warkan majoriti 2,000 kemenangan berpihak kepada PAS  bagi melemahkan semangat pihak lawan yang bertungkus lumus menabur duit dan merayu undi.  Pasti sekali tindakan (auta)tersebut dianggap bohong sunat dalam situasi perang. Manakala  Tok Guru pula mengumumkan dalam ceramahnya bahawa UMNO adalah ajaran sesat.  Tidak salah pengumuman dakwaan itu dan ia amat bertepatan sekali dengan ciri-ciri keterampilan parti UMNO. Meskipun dihentam hebat dimusim perang pilihanraya, namun ia bukan bererti PAS dan UMNO kena berperang selama 24 jam setiap hari sepanjang masa. Tugas sebagai kerajaan, sama ada kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri wajib dilaksanakan sebaik mungkin. Malah bidang kuasa kerajaan pusat, bidang kuasa kerajaan negeri dan bidang kuasa bersama wajar dititik beratkan oleh PAS dan Barisan Nasional demi kesejahteraan rakyat. Wakil-wakil rakyat yang terpilih secara langsung akan mempunyai sumber kewangan yang agak lumayan disamping mempunyai cerbisan kuasa politik kepartian dan beberapa keistimewaan lain. Oleh itu sebagai tanda terima kasih kepada rakyat yang memilih wakil rakyat, maka mereka yang terpilih perlu berusaha untuk berkhidmat sebaik mungkin .

Cuba lihat bendera bulan purnama yang berlatarbelakangkan warna hijau. Sebenarnya ia adalah panji-panji perang PAS atau boleh dikatakan sebagai syiar (lambang) PAS untuk musim pilihanraya. Manakala bendera rasmi PAS sebenarnya ialah berwarna merah dan putih serta mempunyai bulatan hijau disebelah atas. Oleh kerana panji-panji perang PAS ini sentiasa berkibar tanpa musim, maka ramailah orang awam yang tidak mengenali bendera PAS yang sebenarnya dan menganggap panji-panji perang PAS adalah bendera rasmi PAS.  Soalnya, adakah Tok Guru akan mengisytiharkan perang bermusim  (musim pilihanraya sahaja)selepas ini dengan mengumumkan bendera rasmi PAS dikibarkan  sepanjang musim dan panji- panji perangnya hanya dikibar pada musim pilihanraya sahaja???

Not ‘haram’ to hold candle at non-religious function

Nik Aziz: Not ‘haram’ to hold candle at non-religious function

Tok Guru Nik AzizKOTA BARU, July 23 – PAS spiritual advisor Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat today conceded that holding a candle at a memorial was a grey area in Islam but expressed the opinion that it was not forbidden (haram).

The Kelantan Menteri Besar said it was not contrary to Islam if the person doing it (holding the candle) was able to differentiate between a religious and non-religious function.

“As for me, when a person of the Hindu faith or a Buddhist invites me to attend a function, I will first clarify whether it is a religious or cultural one. I will decline if it is a religious one,” he told reporters here today.

He was asked to comment on the statement by PAS Ulama Council head Datuk Harun Taib that the practice was a grey area in Islam and “it would have been better” if former Perak menteri besar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin had not held a candle for the memorial held in Ipoh on Friday for Teoh Beng Hock, who was found dead on the fifth floor Plaza Masalam in Shah Alam on Thursday.

Teoh, a political aide to a Selangor state executive councillor, is believed to have fallen from the 14th floor of the building, which houses the offices of the Selangor headquarters of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

The Cabinet has ordered an inquest to be conducted into Teoh’s death and also a Royal Commission of Inquiry to establish if the MACC had violated procedures when questioning him regarding alleged abuse of funds in the Selangor government. – Bernama

 

Picked from : http://themalaysianinsider.com/

Ada Sesiapa nak kata tindakan Tok Guru bertentangan dengan syarak?

Masyarakat India Perak menghormati Tok Guru Nik Aziz

Masyarakat India Perak menghormati Tok Guru Nik Aziz

 

Gambar ini diambil semasa kempen pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang beberapa bulan yang lepas. Lantaran hormatkan penampilan dan personaliti Tok Guru, tubuh  beliau diselimut dengan kain khas oleh kaum India. Mursyidul Am PAS ini  disambut dengan penuh hemah mesra oleh masyarakat India di Bukit Gantang sebagai tanda sokongan kepada calon PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Harun Taib Impikan Publisiti Murahan.

Fatwa ialah ijtihad seseorang mufti yang bertaraf mujtahid dengan sebenar-benar atau segigih usaha bagi mengistinbat hukum atau mengeluarkan hukum bagi permasalahan yang timbul dengan syarat ia tidak dijelaskan dalam al-Quran dan juga al-Sunnah. Adapun proses menjawab atau memberi jawaban kepada setiap kemusykilan agama daripada pihak orang awam bersumberkan apa yang telah sedia termaktub dalam al-Quran dan al-hadith bukanlah dinamakan fatwa.  Dalam masalah menghormati jenazah non-muslims sama ada dengan cara berdiri ataupun dengan mengiring jenazah tersebut dan sebagainya dinyatakan hukumnya  dalam al-hadis, iaitu harus dan digalakkan dengan syarat tidak melibatkan diri dengan sebarang upacara keagaamaan tersebut  tidak memerlukan sebarang fatwa.  Oleh itu, semua huraian hukum berkaitan dengannya adalah satu penjelasan cerbisan hukum-hakam dalam hal ehwal agama Islam dan bukannya satu fatwa.  Manakala segala adat resam serta budaya mana-mana bangsa yang tidak bercanggah dengan aqidah Islam diharus serta dibenarkan untuk terus kekal diamalkan sebagai budaya peninggalan warisan.

Dalam sebuah hadis dinyatakan, para sahabat pernah bertanya dan menawarkan daging dhab kepada Rasulullah tetapi beliau hanya berdiam diri dan tidak menerima tawaran tersebut. Dalam masa yang sama juga, beliau tidak menghalang hasrat mereka (para sahabatnya) untuk menikmati daging dhab. Begitu juga dalam masalah menghormati jenazah golongan non-muslims. Meskipun Rasulullah hanya bangun sebagai tanda penghormatan kepada makhluk yang mati daripada kalangan non-muslims, namun beliau tidak pernah menghalang para sahabatnya menziarahi serta mengiring jenazah nons-muslim ke tanah perkuburan.

 Apa yang memeranjatkan ialah apabila Ketua Dewan Ulama’ PAS membuat kenyataan berikut;

 
Harun Taib

Harun Taib

KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

 Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.

 Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.

http://www.utusan.com.my/

Hujjah Harun Taib adalah begitu rapuh dan lebih mencerminkan semangat serta keinginan beliau meneruskan idea Kerajaan Perpaduan.  Kenyataan Harun Taib ini secara tidak langsung turut menyokong pendapat Mufti Harussani yang memang selalu tergopoh-gapah mengeluarkan pendapatnya sendiri berkaitan agama jika permasalahan yang timbul itu tidak menyenangkan pihak UMNO dan Barisan Nasional.. Buat pengetahuan umum,  Nizar Jamaluddin ini berketurunan Cina. Sebagai seorang muslim berdarah kacukan Cina yang berpendidikan, beliau tahu membezakan antara budaya Cina dan adat istiadat keagamaan Buddha.   Apa yang penting, setiap masalah yang membabitkan kemusyikilan agama perlulah ditangani dengan hati yang bersih  demi menyelesaikan permasalahan yang timbul dan bukannya  bertindak melakukan sesuatu tindakan berpaksikan dendam atau kecenderungan dalam pemilihan aliran berpolitik.  Perselisihan pendapat (kepelbagaian pendapat) dikalangan umat Nabi Muhammad adalah rahmat dan jangan jadikan ia sebagai faktor utama untuk bertelingkah dan menolong pihak yang batil dalam setiap tindak-tanduk mereka. Kenyataan Harun Taib ini membuka ruang bagi UMNO dan para mufti mereka untuk terus menyerang PAS dan ia tidak lebih sekadar hanya mencari publisiti murahan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.