Hiburan keterlaluan di Malaysia.

ujibakat2

Dalam sehari sekurang-kurangnya 2-3 rancangan hiburan yang keterlaluan biasanya disiarkan melalui televisyen sama ada TV3, TV1, TV2, TV8 dan TV9.  Pada asalnya, hukum hiburan itu adalah harus selama mana ia tidak melalai diri daripada mengingati Allah hinggakan individu yang terbabit terlupa menunaikan solat dan juga ibadat-ibadat yang lain. Cuba amati dengan teliti rancangan Tunjuk Ajar ku Sifu, Oh La La dan rancangan-rancangan lain seumpamanya. Semua rancangan hiburan ini menawarkan jumlah wang yang agak lumayan kepada mana-mana peserta yang bertanding dan kemudiannya berjaya terpilih sebagai pemenang. Pasti sekali tawaran hadiah yang begitu lumayan itu merupakan faktor utama sesetengah warga Malaysia mula teringin nak mencuba nasib. Langkah mengutamakan hiburan-hiburan sebegitu sebenarnya merugikan rakyat dan negara.

Pada zaman kegemilangan Islam yang juga dikenali sebagai Era Keemasan, Kerajaan Bani Abbasiyah menggalakkan rakyatnya menceburi bidang ilmiah. Dalam masa yang sama, hiburan muzik dan lagu merupakan perkara sampingan di zaman itu jika dibandingkan dengan sektor-sektor ilmu yang lain seperti perubatan, pertanian, ekonomi dan pengajian syariah serta Usuluddin yang merupakan subjek-subjek utama untuk diterokai. Dengan cara ini rakyat akan semakin cerdik dan maju ke hadapan dalam sector ilmiah.  Galakan  pihak kerajaan secara tidak langsung turut memberangsangkan jiwa rakyat untuk menuntut ilmu. Malah galakan ini turut menggalakkan golongan intelektual Islam untuk menterjemahkan kitab-kitab Falsafah dan kitab-kitab dalam bidang ilmiah  lain yang berbahasa Yunani ke dalam bahasa Arab untuk dimanafaati oleh umat Islam yang tidak mampu berbahasa Yunani. Apa yang lebih menarik sekali ialah galakan Khalifah Harun al-Rasyid al-Abbasi dengan membuat tawaran dan memberi ganjaran kepada sesiapa yang mampu mengarang atau menulis bahan-bahan ilmiah yang kemudiannya dinilaikan hasil-hasil ilmiah tersebut mengikut berat emas dinar. Dengan kata lain, ganjaran atau upah bagi  semua bahan-bahan penulisan ilmiah ditimbang dengan wang emas mengikut timbangan sama berat. Perkembangan ilmiah dengan susulan galakan itulah merupakan salah salah factor mengapa umat Islam pada masa itu dikatakan berada dalam Era Keemasan.

Pasti sekali bandingan antara kerajaan Bani Abbasiyyah silam ini dengan kerajaan Barisan Nasional di Malaysia bagaikan langit dengan bumi.  Dalam pada itu, sebagai sebuah kerajaan, didapati Barisan Nasional gagal berperanan sebagai kompenen parti-parti politik yang mampu mendidik jiwa rakyat. Saya masih ingat lagi sekitar tahun 1980an ketika mana Dato’ Mohammad Rahmat (Tok Mat Bulat) menjawat jawatan Menteri Penerangan, artis-artis lelaki yang berambut panjang tidak dibenarkan muncul di kaca TV. Tidak lama kemudian peraturan ini mulai dilonggarkan apabila golongan lelaki yang berambut panjang dibenarkan semula muncul di kaca TV dengan syarat rambut mereka yang panjang itu mesti diikat dan disanggul rapi. Peraturan yang dilonggarkan ini masih kekal hingga kini. Dari sudut penampilan pakaian artis-artis, kerajaan Barisan Nasional hanya membisu seribu bahasa. Bagi Barisan Nasional; Lantaklah you all nak pakai apa pun, asalkan jangan telanjang bogel dihadapan khalayak ramai sudahlah…..

Keena mengadu nasib dalam rancangan Mentor Tunjuk Ajarku Sifu..

Keena mengadu nasib dalam rancangan Mentor Tunjuk Ajarku Sifu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: