Pelawaan wacana selepas idea penubuhan kerajaan perpaduan ditolak.

 

 

Nashruddin berserban dan bertali leher
Nashruddin berserban dan bertali leher

UMNO menolak saranan Tok Guru Nik Aziz untuk diadakan satu perdebatan (Mujadalah) khas bagi menyelesaikan segala kemelut yang berlarutan antara PAS dan UMNO sejak 50 tahun. Penolakan ini membuktikan bahawa mereka (UMNO)tidak ingin berhadapan dengan PAS secara langsung melalui TV. Penolakan ini juga menunjukkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional tidak bersikap jujur terhadap rakyat dalam setiap masalah yang timbul.  Memang wajar tawaran itu ditolak daripada UMNO dimalukan oleh PAS dikhalayak ramai. Kemudian tidak lama selepas itu, timbul pula pelawaan Ketua Pemuda PAS Pusat , Nashruddin Tantawi untuk berrwacana (Muzakarah)dengan pihak UMNO.

Bagi UMNO, tawaran untuk berwacana adalah  peluang keemasan bagi mereka lari daripada tuntutan Tok Guru yang berhasrat membuka temberang UMNO. Malah bagi mereka, pelawaan Tantawi agak lebih lembut sedikit jika dibandingkan dengan perdebatan. Malah Hj Hadi pun turut menyokong tindakan Tantawi ini.  Inilah antara peristiwa susulan yang dialami oleh PAS setelah segelintirnya ahlinya buat onar dengan mengutarakan idea penubahan kerajaan perpaduan  lepas Muktamar tahunan PAS di Shah Alam yang lalu.  Tawaran untuk berwacana ini sebenarnya merupakan salah satu usaha pilihan untuk golongan ketagihkan UMNO kembali bersemangat selepas idea kerajaan perpaduan tidak kesampaian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: