Ibrahim Ali Ketandusan idea di Manik Urai.

Strategi Nik Aziz cuba alih perhatian

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

 

KUALA KRAI 4 Julai – Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat tentang Islam adalah strategi mengalih perhatian penyokong Pas terhadap kesilapannya membuat keputusan berkenaan cadangan kerajaan perpaduan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, cadangan kerajaan perpaduan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sangat baik dan mendapat sokongan pelbagai pihak.

Namun, jelasnya, tentangan keras Nik Abdul Aziz termasuk mendesak Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan menyebabkan banyak pihak dalam Pas sendiri kecewa.

Katanya, debat yang dicadangkan itu sepatutnya dibuat dengan pemimpin DAP yang secara jelas menolak dasar-dasar Islam di negara ini.

“Tentunya sebagai seorang tokoh politik dan agama, orang harap apa yang keluar dari mulut beliau (Nik Abdul Aziz) boleh menyenangkan hati semua pihak tetapi nampak jelas bahawa ia tidak lebih daripada politik semata-mata.

“Jadi saya berpendapat beliau nak tutup tindakannya yang terlanjur sebelum itu iaitu cara dia menolak pertemuan antara UMNO dengan Abdul Hadi maka dia cetuskan cadangan berdebat dengan UMNO,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mengadakan ceramah bebas di Laloh, Manek Urai di sini semalam.

Ibrahim berkata, adalah lebih relevan jika Nik Abdul Aziz berdebat dengan Karpal Singh dan DAP yang menolak Islam sedangkan Pas berjuang untuk menegakkan ajaran Islam.

Jelasnya, banyak perkara mengenai dasar DAP di negara ini terbukti membelakangkan Pas meskipun kedua-dua parti itu bekerjasama dalam pakatan pembangkang.

“Eloklah Nik Abdul Aziz berdebat dengan Karpal Singh yang pernah menyatakan langkah mayat dia dulu masa Pas nak tubuh negara Islam.

“Kita lihat di Kedah sendiri pun, isu kecil mengenai pusat penyembelihan babi pun mereka tak boleh terima walaupun atas kepentingan ramai. Banyak lagi perkara yang kita lihat sebelum ini DAP membelakangi dasar perjuangan Pas,” tegas beliau.

Ibrahim menambah, sekiranya Nik Abdul Aziz ingin meneruskan niatnya berdebat dengan Perdana Menteri, biarlah ia menjurus kepada rancangan pembangunan Kelantan.

http://www.utusan.com.my/

 

towardsmardhatillah:

Ibrahim Ali ketandusan idea di Manik Urai. Semakin kuat dan bersemangat Dato’ Ibrahim Ali mengempen untuk UMNO di Manik Urai, semakin kuat lagi kebencian rakyat Manik Urai terhadap dirinya. Langkah Tok Guru Nik Aziz menentang idea penubuhan Kerajaan Perpaduan memang merupakan satu tindakan tepat. Hanya segelintir sahaja daripada ahli-ahli PAS merupakan penagih tegar UMNO yang kemungkinan besar sukar diubati untuk terus berada dalam PAS. Karpal Singh tidaklah seteruk mana jika dibandingkan dengan para pimpinan UMNO kerana memang Karpal Singh bukan penganut agama Islam yang tidak memahami dan tidak menghayati ajaran Islam. Oleh itu, memang munasabahlah kalau dulu Karpal Singh pernah bersuara menolak penubuhan negara Islam. Namun pimpinan UMNO sejak dulu hingga kini yang memiliki kuasa politik dan mengaku beragama Islam tetapi sentiasa mengabaikan tuntutan perlaksanaan undang-undang Islam dan tidak pernah bersungut untuk melaksanakannya.  Tindakan serta sikap pemimpin UMNO sebegini sebenarnya jauh lebih bahaya daripada Karpal Singh.  Karpal Singh dan DAP tidak memutar belitkan fakta syariat tetapi kenyataan pemimpin UMNO sering menimbulkan kesangsian dalam masalah perlaksanaan syariat.  Oleh itu kenyataan Dato’ Ibrahim “”Tentunya sebagai seorang tokoh politik dan agama, orang harap apa yang keluar dari mulut beliau (Nik Abdul Aziz) boleh menyenangkan hati semua pihak tetapi nampak jelas bahawa ia tidak lebih daripada politik semata-mata” adalah tidak berasas sama sekali dan boleh dipertikai. Gapo pengertian politik yang Dato’ Ibrahim faham dan tahu??? Adakah politik semata-mata itu bermaksud penipuan??? Kalaulah politik itu bermaksud penipuan,  maka Dato’ Ibrahim pun seorang politician juga. Fikir-fikirlah sendiri apakah definisi yang paling tepat untuk istilah politik.  

Dalam masalah pusat sembelihan babi ini, Dato’ Ibrahim Ali sepatutnya bertanya kepada rakyat Kedah sendiri; bilakah pusat penyembelihan babi itu diwujudkan??? Masa Barisan Nasional memerintah Kedah dulu ka???Atau pada zaman selepas Pakatan Rakyat mengambil mengambil alih kuasa memerintah negeri Kedah??? Itu masalah dalaman negeri Kedah. Biarlah Ustaz Azizan selesaikan sendiri. Tok Guru Nik pula menumpu di negeri Kelantan.  Dato’ Ibrahim kena faham, ajaran Islam adalah meliputi segenap aspek kehidupan sama ada dari sudut pengamalan ibadat seperti solat, puasa, pembatalan dua kalimah syahadah dan selainnya serta muamalat harian yang merangkumi aktiviti ekonomi dan pembangunan yang perlu sentiasa berada di atas landasan syarak. Semua perkara yang dinyatakan ini adalah harus untuk diperdebatkan dalam Islam kecuali Zat Allah Taala sahaja yang tidak boleh disentuh dan diperdebatkan kerana itu adalah hak mutlakNya selaku Yang Maha Esa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: