
YB Cikgu Wan AbdulRahim
Merujuk kepada Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan pada 25hb.Julai yang dihadiri oleh semua ketua-ketua kawasan termasuk Cikgu Wan Rahim dan YB Fatah Haron berserta dengan ketua-ketua Dewan dan juga Pesuruhjaya dan Naib Pesuruhjaya Pas. Hasil keputusan itu, Pas Kelantan telah menghantar tiga orang wakil menemui Nasharudin dan memaklumkan kepada beliau keputusan Badan Perhubungan PAS. Wakil itu ialah Adun Perupok, Omar Mohamad, Adun Air Lanas, Abdullah Yaacob dan Adun Demit, Mohammad Mustafa. Sehubungan ini, amat diharapkan agar YB Cikgu Wan Rahim bertegas dengan keputusan yang telah dirumuskan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang menegah Ustaz Nasharuddin Mat Isa turut serta berkempen untuk calon PAS di Manik Urai.