Berjihad di Jalan Allah (2)

Dalam artikel pertama Berjihad di Jalan Allah, jihad dengan mengorbankan serta menggadaikan nyawa di medan peperangan diulas sebagai topic utama. Sebagai sambungan, jihad menentang kejahatan, menentang syaitan dan menentang nafsu menyusul sebagai topic seterusnya. Konsep amar maaruf dan nahi mungkar merupakan agenda utama bagi katogari jihad menentang kejahatan.  Sebenarnya, sector atau medan jihad ini (menentang kejahatan) adalah lebih luas jika dibandingkan dengan medan jihad-jihad yang lain seperti jihad menentang kuffar, jihad menentang syaitan dan juga jihad menentang hawa nafsu. Antara medannya ialah;

i)                    Media massa seperti surat khabar, blog menerusi internet, radio dan juga alat-alat penyiaran dan penyebaran maklumat lain.

ii)                  Organisasi politik dan badan NGO seperti Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan badan-badan kegiatan amal yang beristiqamah dengan konsep amar maaruf dan nahi mungkar.

iii)                Sektor pendidikan seperti para pendidik seperti guru dan juga pensyarah yang mendidik, menjelas serta mengupas dengan detail kepada para murid mereka secara face to face perbezaan antara kebaikan dan kejahatan serta langkah-langkah yang perlu diambil berkaitan dengannya.

Untuk  merealisasikannya, mekanisme seperti tangan (bidang kuasa), lidah, hati dan harta benda berperanan utama mengikut kemampuan dan juga situasi semasa. Lumrah ciptaan Allah Subhanahu wa Taala, segalanya diwujudkan dalam keadaan berpasangan dan juga berlawanan. Kalau lelaki pasangannya perempuan, kalau cerah lawannya gelap, kalau malam lawannya siang dan kalau syurga lawannya neraka. Begitu juga dengan kebaikan maka lawannya ialah kejahatan. Sebagai contoh; dalam fenomena politik di Malaysia, media massa berperanan sebagai penyebar maklumat berkaitan dengan ideology dan aktiviti parti-parti politik yang menguasainya. Dalam konteks jihad menentang kejahatan, PAS mengamalkan konsep amar maaruf dan nahi mungkar mengikut kesesuaian bidang kuasa semasa yang dimiliki. Sedangkan pihak parti pemerintah, Barisan Nasional hanya melaksanakan amar maaruf sahaja meskipun sudah lama berkuasa penuh di bumi Malaysia. Manakala dari sudut perlaksanaan nahi mungkar, Barisan Nasional hanya membiarkan begitu sahaja tanpa pemantauan sebenar sepertimana yang dituntut oleh syarak. Kerajaan Barisan Nasional membina masjid, menubuhkan universiti-universiti pengajian dan sebagainya. Namun dalam masa yang sama, kerajaan Barisan Nasional juga menggalakkan penularan jenayah dalam masyarakat majmuk dengan menolak perundangan syariah sebagai perundangan negara.

Sesetengah para pemikir  Islam mengatakan; menentang kejahatan dengan konsep amar maaruf dan nahi mungkar adalah salah satu cabang dakwah Islamiyyah dan bukannya jihad. Malah ada dikalangan mereka bertegas bahawa istilah jihad hanya khusus untuk perang sabil; iaitu peperangan antara golongan mukminin dan kuffar dalam menegakkan pegangan agama serta ideologi masing-masing. Dalam erti kata lain, golongan ini tidak bersetuju dengan pendapat yang diutarakan al-Syeikh Abu Bakar al-Jazairi dalam kitabnya Manhaj al-Islam berkaitan dengan katogari jihad. Sebagai contoh; Syauqi Abu Khalil dalam bukunya al-Islam fi Qafash al-Itham mengupas bahawa Jihad mempunyai unsur-unsur kekerasan dan paksaan sedangkan Allah tidak memfardhukan (mewajibkan) jihad untuk memaksa manusia memeluk Islam. Paksaan tidak mengasaskan aqidah sepertimana firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 256 “Tidak ada paksaan dalam beragama”. Bagi Syauqi, Islam mewajibkan dakwah secara hikmah dalam usaha untuk mengajak golongan non-muslim memeluk agama Islam dan bukannya dengan cara jihad. Manakala konsep amar maaruf dan nahi mungkar merupakan salah satu method dakwah Islamiyyah.

Seterusnya, jihad menentang tipu daya syaitan bagi menangkis segala apa yang didatangi oleh syaitan sejajar dengan peringatan oleh Allah Subhanahu wa Taala “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu. Maka anggaplah ia sebagai musuh” (surah Fatir, ayat 6).

Manakala yang akhir sekali ialah jihad menentang hawa nafsu. Nafsu merupakan salah satu elemen yang diwujudkan oleh Allah Taala dalam diri setiap makhluk ciptaannya seperti manusia, jin, syaitan dan haiwan kecuali para malaikat. Justeru kewujudan nafsu sama ada nafsu makan, nafsu seks, nafsu bekerja mencari duit dan sebagainya  adalah ujian bagi golongan beriman dan merupakan nikmat bagi mereka yang lalai daripada mengingati Allah Taala. Golongan yang beriman kepada Allah akan sentiasa meletakkan iman mengatasi nafsu mereka. Manakala mereka yang lalai mengingati Allah akan meletakkan nafsu sebagai raja yang akan memerintah akal dan jasmani mereka. Dengan kata lain, jihad menentang nafsu dikalangan golongan beriman adalah satu proses positif untuk mengimbangi kehidupan mereka agar sentiasa diredhai Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: