Keputusan pilihanraya di Manik Urai sepintas lalu

 

Allahyarham Pak Su Weil

Allahyarham Pak Su Weil

Selepas selesai pengiraan undi, Pengurus pilihan raya kecil DUN Manik Urai mengumumkan Mohd Fauzi Abdullah calon PAS sah memenangi pilihan raya berkenaan dengan undi sebanyak 5,348 manakala calon BN, Tuan Azmi Tuan Mat pula mendapat 5,282 undi. Majoritinya ialah 65 undi. Peratusan keluar mengundi ialah 87% (kira-kira 10,746). Sebanyak 115 kertas undi yang ditolak. Dengan ini didapati undi PAS merosot sebanyak 398 undi. Manakala undi Barisan Nasional meningkat sebanyak 889 undi. Sejarah kekalahan Pas dalam pilihan raya umum 2004 DUN Manik Urai dengan majoriti tipis 53 undi nampaknya berulang hari ini apabila B.N pula kalah dengan majoriti tipis sebanyak 65 undi. Inilah kali kedua PAS menang tipis di Manik Urai.

Kali pertamanya dalam pilihanraya umum 1978 ketika mana PAS Kelantan berkecamuk dengan masalah dalaman hingga mengakibatkan penubuhan BERJASA dan seterusnya menjadi rakan karib Barisan Nasional untuk menggulingkan PAS. Keputusannya sepertimana berikut;

N.36 Manik Urai

Wan Abdullah Wan Su  (PAS)         1,926 undi     

Hussien Sulaiman         (B.N)       1,826 undi

Majoriti                                                    98 undi

Jumlah pemilih berdaftar                  5,179

Jumlah keluar mengundi                  3,802

Peratusan mengundi                        73.41

Undi rosak                                              48

Keputusan ini juga dianggap sebagai salah satu batu nisan PAS (yang satu lagi di Panchor) hinggalah PAS mampu bangkit semula bersama Angkatan Perpaduan Ummah dalam pilihanraya umum 1990. Namun kedudukan Wan Abdullah Wan Su sebagai wakil rakyat di kawasan ini tidak kekal lama apabila beliau dihukum oleh rakyat Manik Urai dalam pilihanraya umum 1982. Keputusannya sepertimana berikut;

N.36 Manik Urai

Ariffin Said   (B.N)                             4,584 undi

Wan Abdullah Wan Su                     3,542 undi.

Majoriti                                               1,042 undi.

Jumlah pemilih berdaftar                  10,142 

Jumlah keluar mengundi                  8,279

Peratusan mengundi                        81.63

Undi rosak                                         163 undi

Perubahan mendadak berlaku dalam pilihanraya 1986 di Manik Urai. Penampilan dan personality calon PAS, Ismail Yaakob@ Pak Su Weil berjaya menarik perhatian pengundi Manik Urai. Keputusannya sepertimana berikut;

N.36 Manik Urai

Ismail Yaakob (PAS)                        3,650 undi

Wan Zaid Wan Abdullah (B.N)        3,056 undi

Majoriti                                                  594 undi

Jumlah pemilih berdaftar                  8,858

Jumlah keluar mengundi                  6,983

Peratusan mengundi                        78.83

Undi rosak                                           277 undi

 
Ini kemenangan pertama buat diri Pak Su Weil dan kemenangannya di kawasan Manik Urai kekal sehingga beliau meninggal dunia sebulan yang lalu.

Seterusnya dalam pilihanraya umum 1990, keputusannya sepertimana berikut;

N.36 Manik Urai

Zakaria Awang (Bebas)                   111 undi

Ismail Yaakob (PakSu Weil)            5,970 undi

Wan Zaid Wan Abdullah   (B.N)      2,362 undi

Majoriti                                               3,608 undi

Jumlah pemilih berdaftar                  11,007

Jumlah keluar mengundi                  8,692

Peratusan mengundi                        78.97

Undi rosak                                         245 undi

 

Dalam pilihanraya umum 1995, Pak Su Weil sekali lagi mengekalkan kemenangan PAS di Manik Urai. Keputusannya sebagaimana berikut;

N.40 Manik Urai (sebelum ini N.36)

Ismail Yaakob (PAS)                        4,691 undi.

Ahmad bin Yusof (B.N)                     2,862 undi

Majoriti                                               1,829 undi

Jumlah pemilih berdaftar                  10,412

Jumlah keluar mengundi                  7,778

Peratusan mengundi                        74.70

Undi rosak                                           212 undi

 

Dalam pilihanraya 1999, keputusannya sepertimana berikut;

N.40 Manik Urai

Ismail Yaakob (PAS)                                    5,066 undi

Datuk Wan Zain Wan Abdullah (B.N)         3,548 undi

Majoriti                                                           1,518 undi

Jumlah pemilih berdaftar                              11,255

Jumlah keluar mengundi                              8,850

Peratusan mengundi                                    78.63

Undi rosak                                                     233 undi.

Dalam pilihanraya umum 2004, PAS tewas di Manik Urai dan Pak Su Weil tidak disenaraikan sebagai calon PAS bertanding di kawasan tersebut. Dalam pilihanraya 2008, PAS berjaya menebus kembali kekalahannya apabila Pak Su Weil diturunkan semula bertanding di kawasan yang sama dan kekal sebagai ADUN PAS sehinggalah beliau kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Al-Fatehah ……

N.41 Manik Urai

Ismail Yaakob (PAS)                                    5,746 undi

Mohamed Zulkipli Omar (B.N)                     4,394 undi

Majoriti                                                           1,352 undi

Jumlah pengundi berdaftar              12,292

Jumlah keluar mengundi                              10,332

Peratusan mengundi                                    42.53%

Undi rosak                                                     192 undi

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by nona on 14 July 2009 at 7:27 pm

    bila tgk keputusan yg lepas2, rakyat manik urai mmg pengundi yg bijak, mereka memilih bukan sbb taksub kpd sesuatu parti, tetapi mengambil kira latar belakang calon dan juga smgt ukhuwah dlm parti. PAS perlu muhasabah krn mng tipis, rakyat manik urai sedang menilai anda. perbalahan sesama pemimpin perlu diselesikan segera. PAS Kelantan jgn ingat kamu kuat. ingat Allah hanya memberi ujian kecil kpd kamu!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: