Satu Saranan….

kota_bharu_perdana_resort_pcb_beach02

Saya telah baca dan amati buku Kelantan Menerajui Perubahan terbitan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Secara umum, kandungannya terbahagi kepada 3 seksyen utama, iaitu; Program pentadbiran dan kewangan, program pendidikan negeri dan program kemajuan Islam.  Syabas diucapkan kepada kerajaan PAS Kelantan atas kesanggupan untuk melaksanakan semua perkara yng termaktub dalam ketiga-tiga seksyen tersebut. Cuma apa yang perlu dilakukan  ialah pemantauan serta kesungguhan berasaskan hikmah secara berterusan  disamping memperbaharui dan menambah baik program-program yang sedia ada untuk dikongsikan bersama. Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah usaha mewujudkan kaunter berasingan dan juga usaha mengasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan.    Allahamdulillah, ini adalah langkah positif meskipun hingga kini usaha ini masih belum berjaya sepenuhnya . Sehubungan dengan usaha mulia ini,  mengapa hingga kini kerajaan negeri tidak mengenakan syarat kepada hotel-hotel atau resort yang mempunyai kolam renang agar diwujudkan juga kolam renang berasingan antara lelaki dan perempuan?

Saya pernah menyewa bilik di Perdana Resort di PCB. Malangnya, bila saya terpaksa pendamkan hasrat saya untuk berenang di kolam tersebut kerana pihak hotel tidak mengsyaratkan cara atau etika berpakaian mandi yang disyorkan oleh Islam.  Timbul rasa malu dan segan  untuk berenang dan berkongsi kolam dengan perempuan-perempuan berbaju T-shirt dalam keadaan basah kuyup dan nampak berbenjol di sana-sini. Kalau hotel-hotel lain yang terdapat di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia mengamalkan perkongsian kolam renang antara lelaki dan perempuan, saya tidaklah  rasa terkilan sangat kerana memang dasar Kerajaan Barisan Nasional membiarkan perkara macam nih tanpa pemantauan. Tapi kalau di Negeri Serambi Mekah yang memiliki bidang kuasa kerajaan negeri untuk mengubah situasi tersebut namun masih tetap dalam keadaan yang sama dengan negeri-negeri lain, ini adalah amat menyedihkan.

One response to this post.

  1. Tulisan yang sangat menarik, kritis serta membangun…. trim’s

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: