Isu Nizar nyalakan lilin

   PENDAPATSelasa Julai 21, 2009Nyalakan lilin adalah budaya Cina

Prof.Dr.Mahmud Zuhdi

Prof.Dr.Mahmud Zuhdi

Ekoran dari kematian secara misteri yang menggemparkan seluruh negara ke atas Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SPRM Selangor, dan membawa kepada beberapa sidang media dan perhimpunan yang diadakan diseluruh negara termasuklah yang telah dianjurkan olah Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dihadiri oleh DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan saya sendiri..Isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Berkebetulan sebagai seorang Cina Islam saya rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebut Akhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-

“Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutnya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini” Katanya kepada Sinar Harian semalam”

Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upacara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 Julai, bertempat di wisma DAP Ipoh . Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China . Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang Hari Raya Puasa atau Haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan di luar (saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upacara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoalkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, “punggung penuh dengan najis”.

6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur oleh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upacara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.

Allahu Alam….

Kenyataan media pada 20 Julai 2009

Drs.Khalil Idham Lim ADUN Titi Serong/Ketua Penerangan PAS Perak

 Dipetik dari: http://mstar.com.my/ 

Towardsmardhatillah:

Sebagai makluman tambahan, majoriti kaum muslimin di Tanah Besar China bermazhab Hanafi. Berkaitan dengan masalah ini, Rasulullah bersabda: “Apabila kamu melihat jenazah, maka bangunlah. Sesiapa yang menyusuli jenazah (mengiringinya), maka janganlah duduk sehingga jenazah itu diletakkan”.  Menurut Subul –al-Salam, Syarh Bulugh al-Maram, (jilid 2, hlm 172), lafaz  jenazah ataupun mayat ini adalah umum meliputi semua jenazah termasuk mukmin dan juga selainnya. Malah al-Bukhari pernah menyatakan bahwa Rasulullah berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang dibawa melintas (melalui)  tempat beliau duduk bersama dengan para sahabatnya.  Dengan kata lain, mengiringi jenazah golongan non-muslim juga diharus dan digalakkan sebagai tanda hormat.

 

Manakala dalam masalah menyalakan lilin pula, dalam kitab al-Muwatta’ (hlm 163), Imam Malik menukilkan sebuah hadis berikut;  daripada Said bin Abi  Said al-Maqburi, daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah melarang jasad beliau diiringi selepas kewafatannya  dengan api” . Berkaitan dengan hadis ini, Syeikh Yahya berkata “Aku dengar (dapati) Imam Malik mengatakan ia (larangan) itu adalah larangan makruh”. Dalam soal penggunaan colok, di Sudan ia (colok Arab)digunakan dengan meluas dalam bulan Ramadhan terutama sekali pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan di rumah-rumah dan juga di masjid-masjid.

 

   

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: