Solat Gerhana Matahari dan Bulan

Gerhana matahari

Gerhana matahari

Para ulama’ bersepakat bahawa solat kusuf (gerhana matahari )dan solat khusuf (gerhana bulan) adalah sunnah muakadah ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan. Seafdhalnya, ia ditunaikan secara berjamaah meskipun cara tersebut bukan merupakan salah satu  syarat perlaksanaannya. Bagi menyeru perlaksanaan solat kusuf, lafaz pengumuman “al-Solat Jamiah” dikemundangkan. Mengikut jumhur ulama’,  solat ini dua rakaat dan dalam setiap rakaat dilakukan dua kali rukuk. Menurut Aisyah r.a “Berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah. Lalu Rasulullah menuju ke masjid dan mengangkat takbir mendirikan sembahyang. Orang ramai berada dalam saf di belakangnya (mengikuti beliau). Rasulullah membaca bacaan ayat yang panjang, kemudian dia bertakbir dan melakukan rukuk yang panjang (iaitu lebih kurang bacaan ayat al-Quran yang mula-mula). Kemudian dia mengangkat kepalanya dan  berkata “Samia’ Allahu liman hamidah, rabbana wa laka hamd”. Kemudian dia berdiri membaca ayat yang panjang  lebih kurang panjangnya dengan bacaan yang pertama tadi. Selepas itu dia bertakbir dan melakukan rukuk kedua yang lebih kurang sama dengan rukuk yang mula-mula tadi dan sekali lagi mengucapkan “Samia Allahu liman hamidah, rabbana wa laka hamd”. Kemudian dia sujud dan melakukan perkara yang sama dalam rakaat yang kedua.”

gerhana2 

Dalam riwayat  lain dinyatakan, Rasulullah pernah menyempurnakan solat kusuf sebanyak 4 rakaat. Pada setiap rakaat, dibaca surah al-Fatehah dan dipilih mana-mana surah al-Quran untuk dibaca selepas bacaan al-Fatehah. Bacaan dalam solat kusuf diharuskan sama ada dinyaringkan atau diperlahankan kecuali bagi al-Bukhari yang mengatakan” Bacaan secara nyaring adalah lebih tepat”.   Begitulah juga cara perlaksanaan solat khusuf (gerhana bulan). Dalam pada itu, digalakkan juga bertakbir, berdoa, bersedekah dan berselawat  sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah bersabda “Sesungguhnya matahari dan bulan antara tanda kekuasaan Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang ataupun kehidupan seseorang. Apabila kamu melihat gerhana (sama ada matahari ataupun bulan), maka berdoalah kepada Allah, bertakbir, bersedekah dan berselawat”.  

Bagi mazhab Syafie, khutbah solat khusuf merupakan salah satu syarat solat. Manakala bagi mazhab Hanafi dan Maliki, tidak disyaratkan khutbah bagi solat kusuf. Antara isi khutbah ialah peringatan “Sesungguh matahari dan bulan adalah tanda keAgungan Allah. Kedua-duanya tidak gerhana kerana kematian seseorang”. Ini adalah berasakan mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali. Manakala bagi mazhab Hanafi, solat kusuf adalah dua rakaat seperti mana solat jumaat dan solat hari raya  tetapi tidak disyaratkan khutbah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: