Harun Taib Impikan Publisiti Murahan.

Fatwa ialah ijtihad seseorang mufti yang bertaraf mujtahid dengan sebenar-benar atau segigih usaha bagi mengistinbat hukum atau mengeluarkan hukum bagi permasalahan yang timbul dengan syarat ia tidak dijelaskan dalam al-Quran dan juga al-Sunnah. Adapun proses menjawab atau memberi jawaban kepada setiap kemusykilan agama daripada pihak orang awam bersumberkan apa yang telah sedia termaktub dalam al-Quran dan al-hadith bukanlah dinamakan fatwa.  Dalam masalah menghormati jenazah non-muslims sama ada dengan cara berdiri ataupun dengan mengiring jenazah tersebut dan sebagainya dinyatakan hukumnya  dalam al-hadis, iaitu harus dan digalakkan dengan syarat tidak melibatkan diri dengan sebarang upacara keagaamaan tersebut  tidak memerlukan sebarang fatwa.  Oleh itu, semua huraian hukum berkaitan dengannya adalah satu penjelasan cerbisan hukum-hakam dalam hal ehwal agama Islam dan bukannya satu fatwa.  Manakala segala adat resam serta budaya mana-mana bangsa yang tidak bercanggah dengan aqidah Islam diharus serta dibenarkan untuk terus kekal diamalkan sebagai budaya peninggalan warisan.

Dalam sebuah hadis dinyatakan, para sahabat pernah bertanya dan menawarkan daging dhab kepada Rasulullah tetapi beliau hanya berdiam diri dan tidak menerima tawaran tersebut. Dalam masa yang sama juga, beliau tidak menghalang hasrat mereka (para sahabatnya) untuk menikmati daging dhab. Begitu juga dalam masalah menghormati jenazah golongan non-muslims. Meskipun Rasulullah hanya bangun sebagai tanda penghormatan kepada makhluk yang mati daripada kalangan non-muslims, namun beliau tidak pernah menghalang para sahabatnya menziarahi serta mengiring jenazah nons-muslim ke tanah perkuburan.

 Apa yang memeranjatkan ialah apabila Ketua Dewan Ulama’ PAS membuat kenyataan berikut;

 
Harun Taib

Harun Taib

KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

 Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.

 Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.

http://www.utusan.com.my/

Hujjah Harun Taib adalah begitu rapuh dan lebih mencerminkan semangat serta keinginan beliau meneruskan idea Kerajaan Perpaduan.  Kenyataan Harun Taib ini secara tidak langsung turut menyokong pendapat Mufti Harussani yang memang selalu tergopoh-gapah mengeluarkan pendapatnya sendiri berkaitan agama jika permasalahan yang timbul itu tidak menyenangkan pihak UMNO dan Barisan Nasional.. Buat pengetahuan umum,  Nizar Jamaluddin ini berketurunan Cina. Sebagai seorang muslim berdarah kacukan Cina yang berpendidikan, beliau tahu membezakan antara budaya Cina dan adat istiadat keagamaan Buddha.   Apa yang penting, setiap masalah yang membabitkan kemusyikilan agama perlulah ditangani dengan hati yang bersih  demi menyelesaikan permasalahan yang timbul dan bukannya  bertindak melakukan sesuatu tindakan berpaksikan dendam atau kecenderungan dalam pemilihan aliran berpolitik.  Perselisihan pendapat (kepelbagaian pendapat) dikalangan umat Nabi Muhammad adalah rahmat dan jangan jadikan ia sebagai faktor utama untuk bertelingkah dan menolong pihak yang batil dalam setiap tindak-tanduk mereka. Kenyataan Harun Taib ini membuka ruang bagi UMNO dan para mufti mereka untuk terus menyerang PAS dan ia tidak lebih sekadar hanya mencari publisiti murahan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: