Tok Guru nak berkongsi kuasa politik dengan UMNO?

Tok Guru dan Dato' Pa

Tok Guru dan Dato' Pa

Heboh desas-desus  sana-sini Tok Guru nak mula berbaik dengan UMNO bila berita ini terpapar dalam Berita Minggu hari ini.  Bagus! Memang bagus! Tok Guru memang seorang politician yang pintar. Islam menganjurkan kerjasama dalam semua hal kebaikan meskipun dengan kumpulan ajaran sesat seperti Ayah Pin, Mat Laksamana dan lain-lain lagi termasuklah juga UMNO. Justeru untuk kebaikan umum, perundangan Islam perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Namun untuk meramal Tok Guru akan bersetuju berkongsi kuasa politik dengan UMNO secara tak semena-mena, itu adalah tindakan atau hipotesis yang terlalu awal. Kalau betul Tok Guru sanggup berkongsi kuasa politik dengan UMNO walaupun dengan nama selain daripada nama Kerajaan Perpaduan, maka saya akan menggolongkan diri saya dalam kalangan mereka  yang akan menentang gagasan ini. Tentangan saya ini kerana UMNO memang tidak akan melaksanakan perundangan syariah Islam secara syumul meskipun jika ia terpaksa bergambung kuasa politik dengan PAS.  Jika diselidiki dari sudut sejarah Arab Jahiliyyah yang hidup berpuak-puak lagi berkelompok dan suka berperang untuk saling menakluki, ada empat bulan yang mereka haramkan diri mereka berperang, iaitu Muharram, Rajab, ZulHijjah dan ZulQaedah. Mana-mana pihak yang melanggari atau mencerobohi puak yang lain dalam bulan-bulan tersebut, maka pihak tersebut akan dikenakan qisas dan juga diyat mengikut kadar kecederaan atau kematian yang ditanggung oleh si mangsa. Dengan kata lain, semua puak dan suku Arab di Semenanjung Tanah Arab wajib saling menghormati sesama mereka dalam bulan-bulan tersebut dengan melakukan gencatan senjata. Peraturan ini kekal dan turut dipatuhi oleh sebahagian umat Islam yang bersetuju dengan pendapat Imam Atho’. Manakala sebahagian mereka  yang lain pula berpegang dengan  mazhab jumhur yang berpendapat hukum berkaitan dengan larangan berperangan pada bulan-bulan tersebut telah dimansukhkan.

Dalam musim perang pilihanraya, berbagai fakta, helah dan juga auta dikemukakan oleh pihak-pihak terbabit demi meraihkan kemenangan parti masing-masing. Contohnya dalam pilihanraya di Manik Urai baru-baru ini, YB Cikgu Rahim dan YB Hj Fatah Harun sanggup mengwar-warkan majoriti 2,000 kemenangan berpihak kepada PAS  bagi melemahkan semangat pihak lawan yang bertungkus lumus menabur duit dan merayu undi.  Pasti sekali tindakan (auta)tersebut dianggap bohong sunat dalam situasi perang. Manakala  Tok Guru pula mengumumkan dalam ceramahnya bahawa UMNO adalah ajaran sesat.  Tidak salah pengumuman dakwaan itu dan ia amat bertepatan sekali dengan ciri-ciri keterampilan parti UMNO. Meskipun dihentam hebat dimusim perang pilihanraya, namun ia bukan bererti PAS dan UMNO kena berperang selama 24 jam setiap hari sepanjang masa. Tugas sebagai kerajaan, sama ada kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri wajib dilaksanakan sebaik mungkin. Malah bidang kuasa kerajaan pusat, bidang kuasa kerajaan negeri dan bidang kuasa bersama wajar dititik beratkan oleh PAS dan Barisan Nasional demi kesejahteraan rakyat. Wakil-wakil rakyat yang terpilih secara langsung akan mempunyai sumber kewangan yang agak lumayan disamping mempunyai cerbisan kuasa politik kepartian dan beberapa keistimewaan lain. Oleh itu sebagai tanda terima kasih kepada rakyat yang memilih wakil rakyat, maka mereka yang terpilih perlu berusaha untuk berkhidmat sebaik mungkin .

Cuba lihat bendera bulan purnama yang berlatarbelakangkan warna hijau. Sebenarnya ia adalah panji-panji perang PAS atau boleh dikatakan sebagai syiar (lambang) PAS untuk musim pilihanraya. Manakala bendera rasmi PAS sebenarnya ialah berwarna merah dan putih serta mempunyai bulatan hijau disebelah atas. Oleh kerana panji-panji perang PAS ini sentiasa berkibar tanpa musim, maka ramailah orang awam yang tidak mengenali bendera PAS yang sebenarnya dan menganggap panji-panji perang PAS adalah bendera rasmi PAS.  Soalnya, adakah Tok Guru akan mengisytiharkan perang bermusim  (musim pilihanraya sahaja)selepas ini dengan mengumumkan bendera rasmi PAS dikibarkan  sepanjang musim dan panji- panji perangnya hanya dikibar pada musim pilihanraya sahaja???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: