Archive for July 27th, 2009

Hukuman sebat bagi peminum arak

 

Deretan whiskies

Deretan whiskies

Minggu lepas, boleh dikatakan seluruh masyarakat majmuk di Malaysia terkejut setelah beberapa buah akhbar-akhbar tempatan menyiarkan satu laporan dari Kuantan Pahang mengenai seorang wanita telah dijatuhi hukuman sebat dan denda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas wanita itu mengaku bersalah minum arak di sebuah hotel di Pahang tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhi mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987). Hingga kini saya masih lagi belum menerima sebarang berita tentang cara serta kaedah perlaksanaan sebat yang bakal dijatuhkan itu.  Dari sudut syariat Islam. Jika hukuman sebat yang bakal dilaksanakan itu sama seperti mana hukuman sebat yang dijalankan di semua penjara di seluruh Malaysia, maka cara perlaksanaan hukuman itu tetap bercanggah dengan syariah Islam. Sudah tentu ia adalah satu kaedah perlaksanaan hukuman yang zalim. 

Dalam syariah Islam, konsep perlaksanaan hukuman sebat bagi penzina yang belum berkahwin dan juga peminum arak adalah sama; iaitu untuk mendidik jiwa mereka agar tidak kembali mengulangi perangai buruk itu dan bukannya untuk mendera yang boleh menyiksa dan juga membunuh si pesalah. Beza antara hukuman zina bagi yang belum berkahwin dengan peminum arak hanyalah dari segi bilangan sebatan sahaja.  Penzina berkenaan tetap dikenakan sebanyak 100 sebatan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran. Manakala bagi peminum arak pula, hukumannya adalah mengikut perundangan yang ditetapkan oleh sesebuah kerajaan Islam. Dengan kata lain, al-Quran dan juga hadis Rasulullah tidak menetapkan kadar had pembalasan tersebut. Adakala Rasulullah menyebat si peminum dengan semaksimum sebatan iaitu sebanyak 40 sebatan dan adakalanya dengan sebatan yang sedikit[1].  Manakala Umar al-Khattab pula menetapkan sebanyak 80 sebatan. Bagi Mazhab Hanafi dan Maliki; pembalasan hadnya adalah 80 sebatan dan mazhab Syafie pula sebanyak 40 sebatan.

Seterusnya, beberapa perkara perlu diberi perhatian berkaitan dengan perlaksanaan hukuman sebat ini, iaitu;

i)                    Jika pesalah itu adalah lelaki, maka dia disebat dalam keadaan dia berdiri. Namun jika si pesalah itu seorang perempuan, maka hukuman sebat perlu dijalankan dalam keadaan dia duduk agar auratnya lebih terpelihara daripada sebarang pendedahan.

ii)                  Dari segi pakaian; bagi  Imam Malik dan Abu Hanifah, pakaian pesalah lelaki perlu dilucutkan agar sebatan itu menyentuh kulit  kecuali dibahagian aurat sahaja wajib dijaga. Manakala bagi Imam Syafie dan Ahmad bin Hanbal, si pesalah dibenarkan memakai ba

Huraian tambahan: “Tok Guru nak berkongsi kuasa politik dengan UMNO?”

Selepas disiarkan artikel “Tok Guru nak berkongsi kuasa politik dengan UMNO?”, saya dihubungi oleh salah seorang kenalan yang inginkan penjelasan tentang maksud potongan tulisan saya Islam menganjurkan kerjasama dalam semua hal kebaikan meskipun dengan kumpulan ajaran sesat seperti Ayah Pin, Mat Laksamana dan lain-lain lagi termasuklah juga UMNO. Katanya “Kalau setakat kerjasama dalam semua kebaikan dengan UMNO kawe boleh faham dan mudah terima….tapi kalau kerjasama dengan kumpulan ajaran sesat Ayah, Mat Laksamana dan lain-lain lagi macam mana pula……???” 

Kalau ditinjau dari sudut sejarah Islam; selepas kewafatan Rasulullah, Abu Bakar mengambil langkah drastik memerangi golongan yang ingkar membayar zakat setelah beberapa kali diberi amaran keras supaya bertaubat. Keingkaran mereka untuk menunai zakat kerana mereka tidak mengiktirafkan zakat sebagai salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap orang muslim yang mukallaf meletakkan diri mereka berada dalam status murtad. Perlu difahami, kemampuan Abu al-Siddiq berbuat demikian kerana beliau memiliki mandat politik untuk menerajui sebuah kerajaan Islam yang kuat pada masa itu. Ditambah pula perundangan pada masa itu di kota Madinah ialah perundangan Islam yang mewajibkan kekuasaan politik kerajaan berkenaan memerangi golongan murtad.

Jika dilihat dalam konteks perundangan Malaysia sekarang; adakah kerajaan Malaysia memerangi gejala murtad mengikut guideline syariat Islam? Sudah tentu jawabannya tidak. Seterusnya, adakah mungkin gerakan Islam seperti PAS yang tidak mempunyai authoriti sebagai sebuah kerajaan pusat mampu memerangi golongan murtad seperti Ayah Pin serta para pengikutnya dan Mat Laksamana bersama pengikutnya yang mempertikaikan tentang keEsaan Allah? Jawabannya juga sudah tentu PAS tidak mampu. Ini kerana tindakan memerangi golongan murtad secara sembrono sebegitu adalah menyalahi undang-undang Malaysia.  Namun apakah langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini jika hukum bunuh ke atas golongan murtad masih tidak dapat dilaksanakan? Bagi saya, jalan atau kaedah yang terbaik sekali bagi PAS  sebagai satu gerakan Islam yang juga berperanan sebagai badan dakwah ialah; bekerjasama dengan semua perkara kebaikan demi mendampingi dan mendekatkan diri mereka semula dengan Islam.  Tidak wajar sama sekali bagi ahli-ahli PAS untuk hanya berkempen masyarakat majmuk di Malaysia demi hanya untuk meraih undi semata-mata tapi dalam masa yang sama membiarkan kemungkaran yang hingga kini tidak mampu dibendung oleh kerajaan Barisan Nasional berleluasan begitu saja. Dalam masa yang sama, PAS juga wajar bertindak tegas dengan tidak menjalinkan kerjasama dengan mana-mana penganut ajaran sesat yang suka berperanan sebagai batu api melalui penulisannya terhadap beberapa orang pemimpin PAS tanpa segan silu serta hujjah yang kukuh. Ini kerana tindakan itu sebenarnya buat merupakan salah satu kebaikan setelah perbuatan beliau berkali-kali ditegur oleh orang ramai. Itulah sebenarnya maksud saya.