Huraian tambahan: “Tok Guru nak berkongsi kuasa politik dengan UMNO?”

Selepas disiarkan artikel “Tok Guru nak berkongsi kuasa politik dengan UMNO?”, saya dihubungi oleh salah seorang kenalan yang inginkan penjelasan tentang maksud potongan tulisan saya Islam menganjurkan kerjasama dalam semua hal kebaikan meskipun dengan kumpulan ajaran sesat seperti Ayah Pin, Mat Laksamana dan lain-lain lagi termasuklah juga UMNO. Katanya “Kalau setakat kerjasama dalam semua kebaikan dengan UMNO kawe boleh faham dan mudah terima….tapi kalau kerjasama dengan kumpulan ajaran sesat Ayah, Mat Laksamana dan lain-lain lagi macam mana pula……???” 

Kalau ditinjau dari sudut sejarah Islam; selepas kewafatan Rasulullah, Abu Bakar mengambil langkah drastik memerangi golongan yang ingkar membayar zakat setelah beberapa kali diberi amaran keras supaya bertaubat. Keingkaran mereka untuk menunai zakat kerana mereka tidak mengiktirafkan zakat sebagai salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap orang muslim yang mukallaf meletakkan diri mereka berada dalam status murtad. Perlu difahami, kemampuan Abu al-Siddiq berbuat demikian kerana beliau memiliki mandat politik untuk menerajui sebuah kerajaan Islam yang kuat pada masa itu. Ditambah pula perundangan pada masa itu di kota Madinah ialah perundangan Islam yang mewajibkan kekuasaan politik kerajaan berkenaan memerangi golongan murtad.

Jika dilihat dalam konteks perundangan Malaysia sekarang; adakah kerajaan Malaysia memerangi gejala murtad mengikut guideline syariat Islam? Sudah tentu jawabannya tidak. Seterusnya, adakah mungkin gerakan Islam seperti PAS yang tidak mempunyai authoriti sebagai sebuah kerajaan pusat mampu memerangi golongan murtad seperti Ayah Pin serta para pengikutnya dan Mat Laksamana bersama pengikutnya yang mempertikaikan tentang keEsaan Allah? Jawabannya juga sudah tentu PAS tidak mampu. Ini kerana tindakan memerangi golongan murtad secara sembrono sebegitu adalah menyalahi undang-undang Malaysia.  Namun apakah langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini jika hukum bunuh ke atas golongan murtad masih tidak dapat dilaksanakan? Bagi saya, jalan atau kaedah yang terbaik sekali bagi PAS  sebagai satu gerakan Islam yang juga berperanan sebagai badan dakwah ialah; bekerjasama dengan semua perkara kebaikan demi mendampingi dan mendekatkan diri mereka semula dengan Islam.  Tidak wajar sama sekali bagi ahli-ahli PAS untuk hanya berkempen masyarakat majmuk di Malaysia demi hanya untuk meraih undi semata-mata tapi dalam masa yang sama membiarkan kemungkaran yang hingga kini tidak mampu dibendung oleh kerajaan Barisan Nasional berleluasan begitu saja. Dalam masa yang sama, PAS juga wajar bertindak tegas dengan tidak menjalinkan kerjasama dengan mana-mana penganut ajaran sesat yang suka berperanan sebagai batu api melalui penulisannya terhadap beberapa orang pemimpin PAS tanpa segan silu serta hujjah yang kukuh. Ini kerana tindakan itu sebenarnya buat merupakan salah satu kebaikan setelah perbuatan beliau berkali-kali ditegur oleh orang ramai. Itulah sebenarnya maksud saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: