Virus H1N1 (Part 2)

Babi jantan dewasa

Babi jantan dewasa

Sudah hampir berbulan-bulan lama wabak selsema babi merebak ke serata dunia. Malaysia juga tidak terkecuali dilanda wabak ini. Entah dari mana punca asalnya tapi amat susah untuk dipercayai jika ada pendapat yang mengata selsema babi ini bermula dari Mexico dan terus menular dan berjangkit dari seekor babi kepada seorang manusia dan seterusnya kepada manusia lain pula. Cuba perhati dan amati dengan teliti; hanya negara yang membenarkan peternakan babi saja yang amat betul-betul kronik dengan wabak ini termasuklah negara kita Malaysia yang tercinta. Pada awal penularannya di Malaysia, pemeriksaan kesihatan yang rapi boleh dikatakan diadakan di setiap pintu masuk sama ada di semua sempadan negara dengan negara jiran ataupun di setiap lapangan terbang. Semua langkah ini adalah bagi mengelak selsema babi daripada babi-babi di luar negara masuk ke negara ini. Dalam masa yang sama, media massa seperti radio dan televisyen pula sibuk mengumumkan bahawa babi-babi yang diternak di seluruh Malaysia berada dalam keadaan sihat dan tidak perlu dikhuatiri oleh rakyat Malaysia. Hanya beberapa buah kandang sahaja yang hampir kronik tetapi tidak perlu dibimbangi kerana semuanya sedang berada dalam usaha baik pulih.

Anak-anak babi sedang menyusu

Anak-anak babi sedang menyusu

Anak-anak babi membesar

Anak-anak babi membesar

Selepas pengumuman tersebut, ini para pengusaha babi merasa lega dan cerita kandang-kandang ternak babi di Malaysia mulai lenyap dan terus lenyap untuk dianggap sebagai punca penyakit. Hanya babi dari luar negara saja yang jadi punca segala-gala. Dalam pada itu, segala usaha menyekat penyakit dan kawalan ketat akan sentiasa dipertingkatkan.  Namun wabak ini terus menular dan tentunya situasi ini amat mencurigakan. Betulkah babi-babi yang diternak secara kormisial di tanahair kita benar-benar sihat ???? Kalau ada pengusaha babi yang sanggup mengatakan babi-babi ternakannya sihat dan bersih daripada penyakit itu, ketahuilah bahawa itu adalah langkah-langkah promosi perniagaan oleh peniaga yang hanya tahu keuntungan di muka dunia saja. Susah untuk diterima kenyataan “Babi di Malaysia tak pernah kena selsema”. Kalau pun betul haiwan ini tidak kena selsema babi, namun dari sudut penemuan saintifik; babi memang punca segala penyakit kroni. Dari aspek penemuan saintifik: Daniel S.Shapiro (M.D), Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachussets dan juga selaku Penolong Professor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts merumuskan terdapat lebih daripada   25 penyakit yang boleh dijangkiti daripada babi. Antaranya ialah; Anthrax, Ascaris Suum, Botulism, Brucella suis, cryptosporidiosois, Erysipelothrix, shusiopathie, Flavobacterium, influenza, scabies, swine vesicular dan lain-lain lagi. Berdasarkan kajian Alix Fano (M.A), Murry J.Cohen (M.D), Marjorie Cramer (M.D, F.A.C.S), Ray Greek (M.D) dan Stephen R.Kaufman (.M.D) mendapati antara penyakit-penyakit ini ada yang boleh membawa maut disamping menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

 Alix Fano, pengarang buku Lethal Laws – Animal Testing, Human Health and Environmental Policy, merangkap Pengarah Medical Research Modernisation Committee mengesahkan; kuman-kuman virus daripada babi mampu berubah dan menjadi lebih merbahaya (mutations) dari masa ke semasa. Pada Mac, 1997,  ahli-ahli sains Britain melaporkan penemuan kuman berbahaya retroviruses PERVS dari babi. Virus ini membiak di dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkan ia mudah menjangkiti orang lain. Pada bulan November, 1997, Dr. Robin Weiss dari Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERV dalam babi. Penemuan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti  pembedahan pemindahan alat / organ dari babi kepada manusia. Pada bulan Ogos 1997, pakar-pakar sains dari Australia menemui satu lagi virus baru yang menjangkiti babi sebelum menyerang manusia. Ia amat merbahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui sebelum ini dan dikenali sebagai virus menangle dari kumpulan paramyxovirus.

Babi yang dilapah

Babi yang dilapah

Pada tahun 1997, para saintis telah menemui beberapa kuman virus keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah; Porcine Torovirus, Porcine Rotavirus (Variant 4F), PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus) dan H3N2 Swine Flu Virus. Dalam Journal of Virology 1997, seramai 12 orang pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin melaporkan; pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang merbahaya. Pakar-pakar sains menganggap babi sebagai mixing vessel atau tempat pelbagai kuman bertakung sebelum diubah ke bentuk yang lebih merbahaya. Mengikut kajian itu juga virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang merbahaya yang boleh berjangkit dan membunuh manusia. Penemuan ini mampu memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selesema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ini. Ia bermula dengan serangan Spanish flu pada tahun 1918, diikuti dengan Asian flu pada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977. Kajian-kajian oleh para ahli sains menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini ada pada babi sebelum ia menjangkiti manusia. Menurut Dr. Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison; virus babi sentiasa berubah kepada bentuk yang lain dan babi merupakan satu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain itu. Yang paling  membimbangkan ialah, sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini. Malah terdapat virus dari keluarga HIV yang wujud dalam babi. Virus ini di bawa oleh DNAnya dan ia tidak boleh dipisahkan. Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virology dari Institut Kajian Kanser, London menegaskan “Babi mempunyai banyak kuman(virus). Salah satu masalah yang kita hadapi ialah babi mempunyai kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retro virus ini adalah daripada keluarga yang sama dengan kuman HIV.” Jelas sekali babi merupakan ancaman besar terhadap kehidupan manusia kerana haiwan ini bukan hanya punca virus H1N1 saja yang memudaratkan manusia tetapi lebih daripada itu.

Setakat ini, sudah 4 orang didapati meninggal dunia kesan wabak selsema babi H1N1 ini di Malaysia. Kemungkinan besar jumlah mangsa korbannya akan terus meningkat. Bagaimana pula situasi dengan Singapura yang semenjak dulu lagi mengharamkan ternakan babi secara total???? Bukankah penularan wabak selsema ini mampu dikawal dengan begitu baik sekali di pulau berkenaan berbanding dengan Malaysia?? Majority penduduk Singapura yang berbangsa Cina tidak memberontak sebagai tanda tidak puas hati kerana babi tidak dibenarkan diternak di sana. Tahap kesedaran mereka tentang kesihatan dan ancaman babi lebih maju ke depan jika dibandingkan dengan sesetengah masyarakat majmuk di Malaysia yang masih mempertahankan ternakan “lembu berkaki pendek” ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: