Apa Salah Rakyat?

Lautan manusia yang sukar dianggar jumlahnya. Bukan berarak beramai-ramai untuk merusuh. Bukan berdemostrasi untuk merosakkan harta benda awam. Mereka hanya ingin berjalan beramai-ramai menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum mansukh ISA. Itulah hasrat hati mereka. Salahkah rakyat yang ingin mengunjungi pintu Istana Negara demi menyerahkan memorandum sebagai tanda bantahan terhadap akta zalim itu? “Perarakan demostrasi kita adalah secara aman. Jangan ada dikalangan kita yang bertindak agresif merosakkan harta benda awam dan juga  harta benda orang awam seperti permis-permis  perniagaan dan juga kenderaan-kenderaan yang diletakkan di pinggir-pinggir jalan. Sesiapa yang melakukan tindakan-tindakan negatif ini, maka itu adalah laisa minna (bukan daripada kalangan kita)”. Itulah antara rangkap pesanan yang biasa kedengaran setiap kali sebelum demostrasi aman berjalan. Namun mengapakah meraka diperlakukan sedemikian rupa? Mengapakah mereka semua disekat dan beratus-ratus daripada kalangan mereka  ditahan? Mengapa mereka dianggap ingkar mematuhi larangan sedangkan demostrasi mereka dilakukan secara aman? Mengapa mereka dihujani dengan air pancut dan tin-tin gas pemedih mata?.

anti ISA

FRU anti demostrasi

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen,  kerajaan sepatutnya membenarkan rakyat berarak secara aman menuju ke Istana Negara. Jika ada sesiapa yang bertindak agresif dan merosakkan harta benda awam barulah pihak polis berhak menahan individu tersebut untuk dikenakan tindakan yang sepatutnya. Tak perlu polis bertindak memukul orang ramai dengan cotar kerana mereka tidak bersurai. Memang mereka enggan bersurai sebab mereka hanya berdemostrasi secara aman…. tapi mengapa mereka dihalau sedemikian rupa?. Apa salahnya jika memorandum tersebut dibenarkan sampai ke pintu Istana tanpa sebarang sekatan. Soal ingin bersetuju ataupun tidak dengan memorandum berkenaan adalah soal lain. Terserahlah kepada pihak Istana memikirkannya. Mengapakah begitu sekali kejam pencabulan ke atas hak-hak rakyat Malaysia ini?  Berbagai lapisan masyarakat majmuk yang turut serta berdemostrasi.  Ada yang berkopiah berjanggut, ada yang tidak berkopiah langsung, ada yang berseluar pendek, ada yang bertudung, ada yang tidak bertudung dan lain-lain lagi. Walau apapun penampilan mereka, semua mereka adalah satu rakyat Malaysia yang sudah merasai diri mereka ditindas oleh Akta ISA.

Advertisements

One response to this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: