Demostrasi Anti ISA tetap secara aman

Kekecohan berlaku sepanjang demostrasi pada 1hb.Ogos 2009 adalah ekoran sikap ganas dan biadap pihak polis terhadap rakyat yang berarak secara aman. Tidak timbul masalah kerugian rakyat  yang bekerja sebagai peniaga kerana terpaksa tutup permis-permis perniagaan dan juga pemandu teksi yang tidak dapat melalui jalan berkenaan kerana ditutup oleh pihak polis.  Mereka semua sudah maklum jika demostrasi aman berjalan, pihak polis yang ditunggang oleh UMNO akan bertindak di luar batasan peri kemanusiaan. Segala sebaran cerita mengenai kerugian golongan tersebut kerana terpaksa “ambil cuti” pada hari berkenaan oleh akhbar-akhbar tempatan dan blog-blog persendirian  hanyalah propanganda-propaganda  mereka yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan Barisan Nasional ataupun baru bercita-cita untuk meraih sesuatu daripada kerajaan Barisan Nasional.

Memang mereka yang berdemostrasi berbangga dapat muncul sebagai hero menentang kezaliman ISA kerana bukan semua rakyat Malaysia sanggup menentang kemungkaran dengan cara demikian. Itulah luahan hati-hati mereka yang peka dengan penindasan ISA. Tidak mahu menyertai demostrasi pun tak mengapa asalkan ada perasaan benci terhadap ISA di jiwa masing-masing dan sanggup bekerjasama menggulingkan kerajaan Barisan Nasional melalui pilihanraya kelak kerana kerajaan ini masih mempertahankan akta ini. Jangan tunggu sampai terkena kepada anak cucu kita sendiri barulah kita sanggup membenci akta kejam ini. Kepada mereka yang masih tidak peka, yang sudah mati hati atau juga yang suka buat-buat mati hati agar dapat projek daripada Barisan Nasional……Insaflah jangan biarkan diri kita semua berkompromi  dengan pengekalan dan perlaksanaan akta ini. Biarlah bloggers Meli Kapak Jangak, MSO dan para sekutunya sahaja mempertahankan ISA yang jelas bertentangan dengan Syarak dan kebebasan hak asasi manusia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: