Tuntut aje ganti rugi daripada pihak polis!

 

 Rabu Ogos 5, 2009

Himpunan ISA: Pemuda Umno WP tawar khidmat guaman kepada peniaga

KUALA LUMPUR:

Pemuda Umno Wilayah Persekutuan menawarkan khidmat bantuan guaman secara percuma kepada penjaja dan peniaga di Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya bagi menuntut ganti rugi daripada penganjur demonstrasi membantah Akta Keslematan Dalam Negeri (ISA) di sini Sabtu lepas.

Ketuanya Rizalman Mokhtar berkata tuntutan boleh dilakukan bagi kerosakan harta benda, kerugian perniagaan dan kehilangan pelanggan pada hari berkenaan.

“Di atas kesedaran untuk membantu para peniaga dan penjaja yang mengalami kerugian daripada perhimpunan yang dicetuskan oleh (GMI) Gerakan Mansuh ISA itu, kami mengambil pendekatan menyediakan peguam mencukupi, membiayai perkhidmatan peguam termasuk menyediakan khidmat nasihat dalam bentuk perundangan.

“Kita ajukan saman kepada penganjur utama iaitu GMI dan saman boleh dikemukakan terhadap parti pembangkang juga jika pihak peguam mendapati terdapat penglibatan mereka dalam demonstrasi itu berdasarkan kehadiran pemimpin utama mereka pada hari berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau permasalahan peniaga dan penjaja di Jalan Masjid India, di sini semalam.

Rizalman berkata melalui tuntutan saman itu diharapkan ia dapat memberi pengajaran dan amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mencegah kejadian seumpama itu berlaku pada masa akan datang. Katanya peniaga boleh mengemukakan bukti anggaran kerugian penjualan pada hari berkenaan kepada Sekretariat Penjaja dan Peniaga Kecil Umno Wilayah Persekutuan atau menghubungi Penolong Setiausaha Mohd Taufik Hussain di talian 019-3389876.

Presiden Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Rosli Sulaiman, berkata tiga persatuan peniaga kecil yang mewakili 1,000 ahli di sekitar Jalan Masjid India akan mengemukakan tuntutan kerugian sebanyak RM3 juta kepada penganjur demonstrasi haram itu).

“Kebanyakan gerai pada hari tersebut mengalami kerugian besar kerana ia berlaku pada hari hujung minggu, mereka tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan dan sekaligus terpaksa menutup premis mereka apabila keadaan menjadi tidak terkawal,” katanya.

Seorang peniaga, Mohd Hafifudin Nordin, 65, berkata kebanyakan peniaga terpaksa menutup kedai dan gerai kerana keadaan ketika itu boleh mengancam keselamatan manakala seorang pengurus kedai, Faizal Abdul Rahman, 40, berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi membela nasib mereka yang teraniaya akibat demonstrasi haram itu.

Kira-kira 10,000 penyokong GMI mengadakan demonstrasi jalanan di beberapa lokasi sehingga menyebabkan kesesakan teruk di sekitar bandar manakala beberapa premis perniagaan terpaksa ditutup. BERNAMA

Towardsmardhatillah: Sama ada pihak Persatuan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan keliru ataupun sengaja ingin mengelirukan orang ramai, para peniaga mulai heboh ingin menuntut sejumlah besar wang daripada Gerakan Mansukh ISA (GMI) yang kononnya sebagai gantu rugi. Sukar sekali untuk menyokong tuntutan ini kerana perarakan demostrasi baru-baru ini (1hb.Ogos 2009) adalah bersifat aman tanpa sebarang rusuhan yang  merosakkan harta awam dan hak milik orang ramai. Pihak yang bertanggungjawab dalam soal ini ialah pihak polis kerana menyebabkan orang ramai tidak sempat melanggan .  

Mana ada peniaga yang tidak sukakan tempat orang ramai. Di mana ada orang ramai berkumpul, maka di situlah para peniaga akan muncul di beberapa lokasi untuk  mencari rezeki. Ada yang menjual air batu, ada yang menjual buah-buahan dan lain-lain lagi. Hanya para peniaga atau penjaja yang khuatir dan takutkan risiko buruk saja yang tidak mahu berniaga dalam situasi barang perniagaan mereka dikerumuni orang ramai. Dengan kata lain, golongan yang berniaga dan membuka permis perniagaan mereka pada 1hb.Ogos 2009 sudah sedia maklum bahawa hasil keuntungan mereka akan meningkat kerana orang ramai akan berarak berjalan perlahan-lahan menuju ke Istana Negara. Dalam perarakan sepanjang jalan itu, pasti keuntungan berlipat ganda akan berpihak kepada mereka. Terdahulu daripada itu, tarikh, lokasi dan tujuan demostrasi ini sudah lama dimaklumkan melalui poster-poster yang ditampal di beberapa lokasi yang sering dikunjungi oleh orang ramai sebagai satu pengumuman. Malangnya, apa yang dicita-citakan oleh golongan peniaga musnah apabila para peserta demostrasi yang sepatutnya menjadi pelangggan mereka sepanjang jalan mulai berundur apabila pihak polis mulai bertindak kasar dan tidak berperikemanusiaan. Mereka terpaksa berundur apabila tembak gas pemedih mata dan water canon digunakan untuk mengugut rakyat. Tindakan polis ini secara langsung  telah menyekat rezeki para peniaga tersebut. Oleh itu kepada sesiapa yang tidak berpuasa hati kononnya mengalami  kerugian, buat aje tuntutan berkenaan kepada pihak polis yang menghalau para  peserta demostrasi hinggakan tidak sempat membeli apa-apapun daripada para penjaja.  

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: