H1N1 Menyerang Istana

 

Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1

http://www.bharian.com.my/

KUANTAN: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAF) kerana dijangkiti Influenza A (H1N1).

Lima anakanda baginda yang berumur tujuh hingga 14 tahun, termasuk pasangan kembar yang berusia sembilan tahun dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu, manakala baginda dimasukkan keesokan harinya.

Pengarah hospital, Datuk Dr Ardi Awang ketika dihubungi, berkata keadaan baginda dan semua anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sedang dirawat di wad diraja hospital berkenaan sudah diberikan antiviral.

Kita membuat pengawasan dan baginda serta anakanda akan dibenarkan keluar daripada hospital apabila pulih sepenuhnya,” katanya.

Mereka ialah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14; Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, 12; pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9; dan Tengku Puteri Jihan Khalsom ‘Athiyatullah, 7 tahun.

Sementara itu, Tunku Azizah Aminah berkata, keluarga baginda dipercayai dijangkiti daripada anakandanya, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah yang mendapat jangkitan di Sekolah Kebangsaan St Thomas, di sini.

 

Baginda berkata, Tengku Hassanal Ibrahim dan Tengku Muhammad Iskandar yang bercuti daripada belajar di luar negara turut dijangkiti.

“Apa yang merisaukan saya adalah Tengku Ahmad Ismail yang menghidap asma dan radang paru-paru ringan. Anak saya juga kadang-kadang muntah dan meracau. Selain itu, tujuh pekerja istana telah dikuarantin kerana ada tanda-tanda penyakit itu,” katanya.

Baginda juga meminta kerajaan dan rakyat lebih serius menangani wabak itu yang kini mengorbankan banyak nyawa di negara ini.

“Saya bimbang kerana pihak tertentu dan orang ramai seolah-olah tidak memandang serius wabak ini. Kesedaran kurang dan majlis yang membabitkan orang ramai masih dianjurkan walaupun penyakit mudah merebak,” katanya.

 Towardsmardhatillah: Pepatah Arab mengatakan “al-Wiqoyah khairun min al-‘ilaj. Maksudnya “Mencegah lebih baik daripada mengubat“. Usaha kerajaan Barisan Nasional membelanjakan wang berjuta-juta untuk membekalkan ubat vaksin hanyalah usaha mengubat penyakit dan bukannya usaha mencegah penyakit. Kalau ingin mencegah penyakit selesema babi, maka segala usaha peternakan babi di Malaysia perlu diharamkan.

3 responses to this post.

  1. Posted by NERAKA on 28 August 2009 at 8:27 pm

    Babi makanan orang bukan islam, ade di dalam islam yang membolehkan babi dibela dalam jumlah yang tertentu.. persoalannya kuasa menternak babi ada pada kerajaan negeri, kenpa sehingga hari ini negeri2 yang ditadbir pas tidak melaksana pun pengharaman babi seacara total.. persoalannya boleh atau tidak diharamkan secara keseluruhan?

    Reply

    • sama ada mampu ataupun tidak untuk mengharamkan babi secara total sebenarnya bergantung kepada kecerdikan, keperihatinan dan keikhlasan seseorang politician dalam pentadbiran sesebuah negeri. Namun lebih baik jika kerajaan pusat sendiri memulakan dahulu dengan mengharamkan perniagaan eskport import daging babi diperingkat international.

      Reply

    • Dalam situasi sekarang, babi adalah punca penyakit kronik. Oleh itu, adalah wajar bagi kerajaan pusat campur tangan dengan mengharamkan ternakan babi demi kesejahteraan negara.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: