Archive for August 12th, 2009

Kenyataan Tok Guru disokong

 

PAS tak mudah dipengaruhi keluar Pakatan Rakyat – Tok Guru Nik Aziz

PAS tidak akan melayan sebarang gesaan Umno supaya ia keluar daripada Pakatan Rakyat (PR), kata Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata PAS tidak mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak dalam menentukan pendiriannya berhubung semangat setia kawan dalam pakatan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian hari ini ketika diminta mengulas cabaran Pergerakan Pemuda Umno supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat berikutan kemelut yang melanda dalam gabungan itu sejak kebelakangan ini.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, telah menggesa PAS supaya keluar dari pakatan itu ekoran tindak-tanduk DAP terhadap PAS.

Tok Guru Nik Aziz berkata keputusan PAS tidak mahu keluar daripada Pakatan Rakyat sudahpun dibuat dalam Muktamar Pas di Ipoh tidak lama dahulu. – BERNAMA

 

Towardsmardhatillah: Kenyataan Tok Guru wajar disokong. Dalam masa yang sama semua aktivis PAS di semua peringkat perlu berperanan aktif dari sudut pergaulan disamping mempamerkan akhlak yang baik sebagai pendakwah yang sentiasa menjelas serta menerangkan peranan syariat Islam dalam masyarakat majmuk. Ini kerana PAS bukan hanya mengharapkan undi golongan mereka yang belum memahami Islam secara mendalam semata-mata  inginkan kuasa politik. Malah PAS mengharapkan golongan berkenaan mampu memahami reaksi politik Islam. Amat tidak wajar sama sekali semua ahli PAS berdiam diri jika Islam dihina. Kebanyakkan tentangan dan juga rasa tidak puas hati dikalangan segelintir mereka ini muncul kerana mereka tidak begitu faham mengenai keadilan perlaksanaan perundangan Islam. Dalam masa yang sama golongan ini juga bencikan kezaliman UMNO dan Barisan Nasional. Oleh itu,  usaha memberi kefahaman kepada golongan ini wajar dipertingkatkan dari masa ke semasa. Tidak sebagaimana ahli-ahli UMNO yang mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi hanya sanggup menerima beberapa aspek berkaitan agama saja. Ahli-ahli UMNO juga mengaku memahami Islam tetapi tidak menerima Islam sebagai way of life. Lain ceritalah pula jika sekiranya DAP dan PKR yang bertindak keluar lebih awal daripada Pakatan Rakyat.  

 

Isu Arak di Selangor

Orang ramai daripada kalangan non-muslims dan muslimin masih minum arak dan berjudi  hinggalah saat penghijrahan Rasulullah dari kota Mekah ke Madinah.  Setelah sebahagian besar daripada para sahabat mulai peka dan sedar tentang keburukan dan kesan negatif arak, mereka mulai mempersoalkan tentang minuman itu dan juga mengenai keburukan judi. Lalu Allah Taala turunkan ayat 219, surah al-Baqarah : “Mereka bertanya kepada mu (Muhammad) tentang minuman keras dan judi. Katakan ;”Pada kedua-duanya ada dosa besar dan manafaat kepada manusia tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manafaatnya”.

Berkaitan dengan arak, kemudian diturunkan pula ayat 43 surah al-Nisa “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu hampiri sembahyang sedangkan kamu dalam keadaan mabuk hinggalah kamu mengetahui apa yang kamu katakan”.  Ayat ini diturunkan susulan salah seorang daripada kaum muslimin yang menjadi imam sembahyang sedangkan dirinya dalam keadaan mabuk. Lalu dia membaca surah al-Kafirun (ayat 1-6) bermula dengan ayat “Qul ya ayyuha kafirun. A’budu ma ta’budu (Wahai orang-orang kafir Aku sembah apa yang kamu sembah) hingga ke akhir ayat dengan meninggalkan (tidak membaca) perkataan La yang bermaksud “tidak”.

Peristiwa ini juga merupakan sebab penurunan  ayat  90, surah al-Maidah yang merupakan tegahan pengharaman arak secara mutlak; “Wahai orang-orang yang beriman ! Minuman keras, main judi, berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan kotor daripada pekerjaan syaitan. Oleh itu tinggalkanlah semua itu mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan”.

Sebelum dihurai tentang petikan ayat-ayat di atas, perlu difahami bahawa kesalahan-kesalahan jenayah yang wajib dikenakan hukuman had (hudud) ialah kesalahan membunuh (dikenakan qisas), zina, menuduh zina atau perkara-perkara lain yang menjatuhkan maruah seseorang tanpa bukti seperti liwat, mencuri, minum arak, memerangi negara Islam dan hukum Allah, murtad dan tindakan-tindakan melampaui batasan yang memporak perandakan masyarakat seperti pengedaran dadah, rogol, rompak dan juga samun. Ada pun kesalahan merempit, mengungut serta menganggu ketenteram orang lain tanpa mendatangkan kecederaan (sila rujuk ayat 33, surah al-Maidah), judi, menjual arak, menuang arak  dan apa saja yang berkaitan dengan arak tanpa meminumnya akan dikenakan hukuman ta’zir mengikut budi bicara hakim sama ada di buang daerah, dipenjarakan, dikenakan denda kompaun ataupun ketiga-tiganya sekali.

Dr.Hasan Ali

Dr.Hasan Ali

Ayat-ayat berkaitan dengan arak dan judi ini Allah Taala turunkan secara beransur-ansur. Dia Yang Maha Pencipta sekalian makhluk pasti sekali lebih memahami jiwa serta perangai semua makhluk ciptaanNya. Situasi beransur-ansur (tadarruj) inilah sepatutnya disedari dan difahami oleh Dr.Hasan Ali. Di samping itu, dalam kaedah perkongsian kuasa berteraskan politik kepartian, kaedah usul-fiqh dan usul-dakwah tidak boleh dipinggirkan begitu saja semata-mata ingin cepat melaksanakan perkara ma’ruf. Berkaitan dengan masalah perlaksanaan pengharaman arak di kawasan majority umat Islam, sepatutnya Dr.Hasan lebih peka dan teliti sebelum mendesak Tan Seri Khalid Ibrahim melucutkan jawatan Ronnie Liu. Perlu difahami; seorang anak yang berumur 7 tahun wajib diajar dan disuruh supaya menunaikan solat. Jika si anak ingkar arahan itu hinggalah umurnya meningkat 10 tahun, maka dia wajib dipukul (dirotan sebagai hukuman) sekadar peringatan agar tidak melanggar peraturan yang ditetapkan. Namun  jika si anak itu tidak pernah diajar solat sejak ketika dia berumur 7 tahun tetapi kemudiannya dirotan oleh si bapa ketika usianya meningkat 10 tahun, sudah tentu kedua-dua belah pihak akan menanggung konflik dalaman yang agak serius. Dengan kata lain, yang menghukum anaknya dengan rotan kerana tidak menunaikan solat pada usia 10 tahun tetapi sebelum ini si anak tidak pernah diajar untuk solat  adalah seorang bapa yang jahil tentang psikologi manusia dan agama.

Keadaan jadi lebih rumit jika Hasan Ali menuntut agar seorang Exco non muslim melepaskan jawatannya yang didakwa tidak menyelaraskan tugasnya berkaitan dengan arak dengan sempurna sedangkan sebelum ini dia (Ronnie Liu) tidak pernah diberikan kefahaman mendalam tentang arak dari sudut pandangan syarak. Situasi bertambah celaru bila Dr.Hasan Ali mengatakan dia sanggup dipecat demi mempertahankan pendapatnya. Bagi meredakan keadaan tanpa bermaksud mencampuri urusan pentadbiran negeri Selangor, Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz  berbesar hati mempelawa Ronnie Liu ke Kelantan. Tujuan utama pelawaan itu menambahkan kefahaman Ronnie Liu mengenai perlaksanaan pengharaman arak dan judi di Kelantan. Arak dan judi di Kelantan berjaya dibenteras  dengan berkesan di Kelantan. Kalau adapun peminum arak di Kelantan sekarang ini, itu semua hanyalah kes-kes terpencil secara sorok-sorok sepertimana yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan Islam Madinah pada zaman Rasulullah dan juga Khulufa al-Rasyidin. Begitulah juga dengan amalan berjudi di Kelantan.  Dalam masalah ini, saya cukup kagum dengan Tok Guru Nik Aziz yang begitu bersungguh-sungguh membenteras jenayah arak dan judi sejak mula dia menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan. Langkah pelawaan Tok Guru Nik Aziz ini mengandungi unsur-unsur psikologi manusia serta agama berlandas hikmah (kebijaksanaan). Sekalian para sami Buddha, sami-sami Hindu dan pembesar-pembesar agama lain terlebih dahulu dipanggil duduk semeja demi menjelaskan dasar-dasar disamping mencari titik persamaan dalam perkara-perkara positif  yang bakal dilaksanakan di Kelantan.

YB Khalid Samad

YB Khalid Samad

Dr.Hasan Ali juga sepatutnya bertanya Tok Guru Nik Aziz terlebih dahulu kaedah penyelesaian masalah arak di Kelantan sebelum mendesak Khalid Ibrahim memecat Ronnie Liu.  Tindakan Dr.Hasan Ali ini turut diragui sama ada disebabkan oleh kejahilan beliau tentang usul dakwah dan juga usul fiqh ataupun memang dia sengaja bertindak demikian kerana ini memporak perandakan Pakatan Rakyat. Terdahulu sebelum timbul tentang kontroversi masalah arak ini pun, beliau pun pernah diura-urakan ingin bekerjasama dengan YB Khir Toyo. Yang lebih memeranjatkan lagi menyedihkan ialah; YB Khalid Samad yang konsisten dengan perjuangan PAS sejak awal tahun 1980 an lagi pernah dipecat oleh Dr.Hasan Ali yang baru muncul meminati PAS sekitar tahun 1999 dengan alasan yang tidak begitu konkrit.