Archive for August 15th, 2009

Tok Guru Contohi Methodologi Dakwah Rasulullah

Tok Guru Nik Aziz

Tok Guru Nik Aziz

Ada dikalangan ahli-ahli politik khususnya pihak UMNO mempersendakan Tok Guru Nik Aziz kononnya beliau sanggup membiarkan DAP menghina Islam. Bagi saya, kenyataan sebegini hanya keluar daripada mereka yang memang anti-Islam dan tidak pernah berusaha berubah ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah Taala. Sehubungan dengan isu yang ditimbulkan oleh UMNO, methodology dakwah Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan risalah Ilahi kepada masyarakat manusia dan juga jin perlu diberikan perhatian serius sebagai tauladan kepada generasi kini dan seterusnya. Antara contoh methodology dakwah Rasulullah ialah;

i)                    Penggunaan bahasa yang sesuai dengan masyarakat setempat. Sebagai contoh; dalam sebuah mafhum hadis; Daripada Umm Salamah r.a (isteri beliau sendiri), Umm Sulaim datang menemui Rasulullah dan bertanya “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Allah tidak malu mengatakan perkara yang benar. Wajibkah ke atas seorang perempuan mandi jika dia bermimpi?”. Jawab Rasulullah “Ya Wajib ! Apabila dia melihat air maninya keluar”. Umm Sulaim merasa malu lalu menutup mukanya dan bertanya lagi “Wahai Rasulullah! Adakah perempuan keluar mani juga?”. Jawab Rasulullah “Ya betul! Tanganmu berlumur dengan tanah! (Taribat yaminuk) Kalau tidak mengapa anaknya menyerupainya”. Dalam majlis ilmu secara spontan ini, Rasulullah diajukan soalan berkaitan dengan fiqh nisa’ (fiqh tentang perihal kaum wanita). Rasulullah menggunakan perkataan Tanganmu berlumur dengan tanah! (Taribat yaminuk), iaitu perkataan yang digunakan oleh masyarakat Arab bagi tujuan mengherdik dengan maksud “Kenapalah engkau nih begitu bodoh sekali!”. Dengan kata lain, ia juga bermaksud “Mengapalah soalan sebegini pun ditanya juga”.  

ii)                   Bersikap sabar dan berusaha gigih secara beransur-ansur.  Dalam usaha dakwahnya di Taif, beliau pernah dihalau dan dilontar dengan batu. Lalu Jibrail a.s muncul menawarkan tenaganya untuk “mengajar” kembali tindakan penduduk Taif yang begitu kurang ajar terhadap Rasulullah. Namun Rasulullah menolak tawaran Jibrail r.a  dan terus berdoa “Wahai Tuhanku !Ampuni umatku sesungguhnya mereka tidak mengetahui!”. Beliau yakin satu hari pintu hati masyarakat Taif akan terbuka menerima ajarannya meskipun mereka semua pernah menghina serta membaling batu terhadap beliau. Meskipun begitu, dalam situasi lain di mana sesetengah kaum musyrikin seperti Abu Jahal dan konco-konconya yang menghina Islam tetapi pintu hati mereka tidak terbuka untuk menerima serta memahami Islam, Rasulullah mengarah kaum muslimin memerangi golongan ini setelah mereka diberikan kebenaran untuk berjihad (surah al-Hajj, ayat 39).           

Berdasar dua methodology ini, Tok Guru Nik Aziz juga berpegang dengan kaedah yang sama. Dari sudut penggunaan bahasa, Tok Guru lebih petah menggunakan loghat Kelantan yang lebih menarik dan lebih sedap didengar untuk berdakwah terutama sekali bagi rakyat Kelantan dan  mereka mudah memahaminya. Sepanjang berdakwah (mengajar tentang kebaikan dalam aspek agama dan politik) juga, sama ada untuk mengkritik, menyindir dan sebagainya loghat Kelantan digunakan. Namun ada sesetengah pihak yang mati hati mereka terhadap kebaikan sentiasa mengejek dan mempersendakan niat baik Tok Guru melalu bermacam-macam jenis propaganda politik. Ada yang mempersendakan Tok Guru kerana menggunakan istilah Allah mencarut, Allah Samseng  dan sebagainya. Dari sudut sabar dan berusaha gigih secara beransur-ansur, Tok Guru sememangnya bersikap sedemikian sejak dari usia mudanya hingga kini. Bagi beliau, berdamping dengan DAP adalah satu rahmat kerana mereka tidak memahami Islam dan ini adalah  satu peluang keemasan untuk berdakwah. Namun terhadap UMNO yang sudah jelas lagi nyata menolak Islam sebagai way of life, Tok Guru bersikap dingin serta sentiasa memerangi parti politik ini.

Bila memperkatakan tentang perlaksanaan hukum Islam,  PAS mengemukakan beberapa petikan akhbar lama yang memaparkan kenyataan-kenyataan beberapa orang pemimpin UMNO sejak dulu hingga kini mempersendakan perundangan Islam. Memang jelas semua kenyataan politik yang berbau penghinaan tersebut bercanggah dengan syarak. Sebagai tindak balas, UMNO mulai menyelongkar kes-kes yang mungkin pernah dilakukan atau dilafazkan oleh mana-mana pemimpin PAS yang dulu hingga kini. Namun satu kenyataan pun yang boleh dianggap lebih kurang dengan kenyataan dahsyat pemimpin-pemimpin UMNO tak ada. Akhirnya selepas lama menyelongkar kisah silam, mereka teringatkan kenyataan Karpal Singh yang pernah mencabar “Langkah mayat aku dulu” kalau PAS berhasrat menubuhkan negara Islam. Jika diteliti, hanya Lim Kit Siang dan karpal Singh saja daripada kalangan pucuk pimpinan DAP yang pernah bersifat keras membuta tuli secara lantang menentang hasrat penubuhan negara Islam. Adapun bagi pihak UMNO pula, jumlah mereka itu terlalu ramai.

Jangan Mengejek Tuhan- Tok Guru Nik Aziz

Ustaz Salahuddin

Ustaz Salahuddin

Dua minggu lepas, Ustaz Salahuddin Abdullah memimjamkan kepada saya koleksi himpunan Majalah Kelantan (majalah lama dalam tulisan jawi pada zaman Dato’ Asri dan Dato’ Ishak Lutfi menerajui PAS di Kelantan).  Antara isikandungannya yang menarik perhatian ialah Majalah Kelantan bilangan 4, Jun 1971, jilid 3, halaman 7; iaitu satu artikel berkaitan pendapat Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat  (kini Tok Guru Nik Aziz, MB Kelantan) berkaitan sambutan maulidur Rasul yang bertajuk “Jangan Mengejek Tuhan”. Antara isikandungannya (disalin semula dalam tulisan rumi);

Ustaz Nik Abdul Aziz mengatakan lagi “Jangan jadikan perayaan-perayaan maulid sebagai perayaan mengejek Tuhan kerana terlalu berat kemurkaan Tuhan dan terlalu buruk pula padahnya”. Kata beliau “Jangan jadi seperti orang yang menjemput Dato’ Asri ke rumahnya tapi disambut dengan poster-poster kapal layar (simbol parti Perikatan pada masa itu) yang bertaburan di sekeliling rumahnya. Ataupun menjemput Tun Razak di mana disambut dengan pintu gerbang bulan bintang (simbol PAS pada masa itu). Atau menyambut Baginda Yang di Pertuan Agong ke rumah tetapi dengan mengibarkan bendera-bendera komunis dan gambar-gambar Mao Tze Tong. Marilah sama-sama kita renungkan bagaimanakah perasaan orang yang dijemput itu ? Tentulah orang yang disambut itu merasakan bahawa perbuatan itu bukan sambutan lagi tetapi ialah ejek dan penghinaan. Begitulah juga dengan sambutan maulidul Nabi ….kita berselawat, kita berkumpul dan menjamu selera dengan makanan yang sedap-sedap tetapi kita terus melanggar ajaran-ajaran  agama. Kita berbuat sesuka hati kita. Maka berertilah kita menempelak Rasulullah dan mengejek Tuhan ………..Kalau begitulah jalannya maka bersedialah untuk menerima balasanNya”.

Ustaz Nik Abdul Aziz

Ustaz Nik Abdul Aziz

 

Petikan Majalah Kelantan

Petikan Majalah Kelantan