Tok Guru Contohi Methodologi Dakwah Rasulullah

Tok Guru Nik Aziz

Tok Guru Nik Aziz

Ada dikalangan ahli-ahli politik khususnya pihak UMNO mempersendakan Tok Guru Nik Aziz kononnya beliau sanggup membiarkan DAP menghina Islam. Bagi saya, kenyataan sebegini hanya keluar daripada mereka yang memang anti-Islam dan tidak pernah berusaha berubah ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah Taala. Sehubungan dengan isu yang ditimbulkan oleh UMNO, methodology dakwah Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan risalah Ilahi kepada masyarakat manusia dan juga jin perlu diberikan perhatian serius sebagai tauladan kepada generasi kini dan seterusnya. Antara contoh methodology dakwah Rasulullah ialah;

i)                    Penggunaan bahasa yang sesuai dengan masyarakat setempat. Sebagai contoh; dalam sebuah mafhum hadis; Daripada Umm Salamah r.a (isteri beliau sendiri), Umm Sulaim datang menemui Rasulullah dan bertanya “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Allah tidak malu mengatakan perkara yang benar. Wajibkah ke atas seorang perempuan mandi jika dia bermimpi?”. Jawab Rasulullah “Ya Wajib ! Apabila dia melihat air maninya keluar”. Umm Sulaim merasa malu lalu menutup mukanya dan bertanya lagi “Wahai Rasulullah! Adakah perempuan keluar mani juga?”. Jawab Rasulullah “Ya betul! Tanganmu berlumur dengan tanah! (Taribat yaminuk) Kalau tidak mengapa anaknya menyerupainya”. Dalam majlis ilmu secara spontan ini, Rasulullah diajukan soalan berkaitan dengan fiqh nisa’ (fiqh tentang perihal kaum wanita). Rasulullah menggunakan perkataan Tanganmu berlumur dengan tanah! (Taribat yaminuk), iaitu perkataan yang digunakan oleh masyarakat Arab bagi tujuan mengherdik dengan maksud “Kenapalah engkau nih begitu bodoh sekali!”. Dengan kata lain, ia juga bermaksud “Mengapalah soalan sebegini pun ditanya juga”.  

ii)                   Bersikap sabar dan berusaha gigih secara beransur-ansur.  Dalam usaha dakwahnya di Taif, beliau pernah dihalau dan dilontar dengan batu. Lalu Jibrail a.s muncul menawarkan tenaganya untuk “mengajar” kembali tindakan penduduk Taif yang begitu kurang ajar terhadap Rasulullah. Namun Rasulullah menolak tawaran Jibrail r.a  dan terus berdoa “Wahai Tuhanku !Ampuni umatku sesungguhnya mereka tidak mengetahui!”. Beliau yakin satu hari pintu hati masyarakat Taif akan terbuka menerima ajarannya meskipun mereka semua pernah menghina serta membaling batu terhadap beliau. Meskipun begitu, dalam situasi lain di mana sesetengah kaum musyrikin seperti Abu Jahal dan konco-konconya yang menghina Islam tetapi pintu hati mereka tidak terbuka untuk menerima serta memahami Islam, Rasulullah mengarah kaum muslimin memerangi golongan ini setelah mereka diberikan kebenaran untuk berjihad (surah al-Hajj, ayat 39).           

Berdasar dua methodology ini, Tok Guru Nik Aziz juga berpegang dengan kaedah yang sama. Dari sudut penggunaan bahasa, Tok Guru lebih petah menggunakan loghat Kelantan yang lebih menarik dan lebih sedap didengar untuk berdakwah terutama sekali bagi rakyat Kelantan dan  mereka mudah memahaminya. Sepanjang berdakwah (mengajar tentang kebaikan dalam aspek agama dan politik) juga, sama ada untuk mengkritik, menyindir dan sebagainya loghat Kelantan digunakan. Namun ada sesetengah pihak yang mati hati mereka terhadap kebaikan sentiasa mengejek dan mempersendakan niat baik Tok Guru melalu bermacam-macam jenis propaganda politik. Ada yang mempersendakan Tok Guru kerana menggunakan istilah Allah mencarut, Allah Samseng  dan sebagainya. Dari sudut sabar dan berusaha gigih secara beransur-ansur, Tok Guru sememangnya bersikap sedemikian sejak dari usia mudanya hingga kini. Bagi beliau, berdamping dengan DAP adalah satu rahmat kerana mereka tidak memahami Islam dan ini adalah  satu peluang keemasan untuk berdakwah. Namun terhadap UMNO yang sudah jelas lagi nyata menolak Islam sebagai way of life, Tok Guru bersikap dingin serta sentiasa memerangi parti politik ini.

Bila memperkatakan tentang perlaksanaan hukum Islam,  PAS mengemukakan beberapa petikan akhbar lama yang memaparkan kenyataan-kenyataan beberapa orang pemimpin UMNO sejak dulu hingga kini mempersendakan perundangan Islam. Memang jelas semua kenyataan politik yang berbau penghinaan tersebut bercanggah dengan syarak. Sebagai tindak balas, UMNO mulai menyelongkar kes-kes yang mungkin pernah dilakukan atau dilafazkan oleh mana-mana pemimpin PAS yang dulu hingga kini. Namun satu kenyataan pun yang boleh dianggap lebih kurang dengan kenyataan dahsyat pemimpin-pemimpin UMNO tak ada. Akhirnya selepas lama menyelongkar kisah silam, mereka teringatkan kenyataan Karpal Singh yang pernah mencabar “Langkah mayat aku dulu” kalau PAS berhasrat menubuhkan negara Islam. Jika diteliti, hanya Lim Kit Siang dan karpal Singh saja daripada kalangan pucuk pimpinan DAP yang pernah bersifat keras membuta tuli secara lantang menentang hasrat penubuhan negara Islam. Adapun bagi pihak UMNO pula, jumlah mereka itu terlalu ramai.

2 responses to this post.

  1. Posted by NERAKA on 28 August 2009 at 8:44 pm

    Satu soalan sahaja yang saya ingin bertanya kepada tuan, adakah betul hanya 2 atau tiga orang sahaja dikalangan dap yang menolak cara islam? saya berharap tuan dapat bertanya terus kepada mereka ^^ dan membuat lebih banayak pembacaan tentang apa yang berlaku pada hari ini..

    saya hanya ingin mencari kebenaran, saya harap apa yang ditulis saudara bukan lah untuk kepentingan parti atau diri sendiri, tetapi untuk umat manusia keseluruhannya ^^
    kerana kita di bawah pencipta yang sama jgn tipu diri sendiri kerana kamu lebih mengetahui 🙂

    Reply

    • Maksud saya, Lim Kit Siang dan Karpal saja yang pernah menentang hasrat PAS dengan suara lantang. Namun kini mereka berdua dah nampak slow down. Sila amati dengan teliti tulisan saya. Yang tidak bersuara lantang dalam DAP tak ada siapa yang tahu. Tapi pemimpin UMNO yang bersuara lantang menolak perundangan syariah secara syumul didapati lebih ramai.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: