Tazkirah di Musim Perang Pilihanraya.

Sunset

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam keghairahan dan situasi bersemangat sepanjang kempen pilihanraya ini adakalanya berlaku perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku jika nafsu ammarah yang lebih diutamakan. Bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja umat Islam dituntut menjaga lidah, malah demikian juga di bulan-bulan lain. Dalam mafhum hadis di atas, ada 3 perkara yang wajar dilakukan oleh seseorang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, iaitu;

i)                    Memperkatakan perkara yang baik atau diam saja kalau perlu.

ii)                   Memuliakan jiran tetangga.

iii)                 Memuliakan tetamu.

Dalam memperkatakan perkara baik;  Sepanjang kempen pilihanraya, diharuskan bagi seseorang penceramah ataupun seorang daie (pendakwah) memperkatakan tentang amar maaruf dan nahi mungkar dengan menyelar dasar-dasar parti lawan yang bercanggah dengan Islam. Dalam masa yang sama, hindarilah sikap suka mengaibkan individu lain dengan menghentam badan tubuhnya dengan mendedahkan perkara-perkara aib yang belum dapat dipastikan kebenarannya ataupun sudah dapat dipastikan kebenarannya dan sebagainya. Setidak-tidaknya, ambillah  jalan berkecuali dengan cara berdiam diri saja. 

Memuliakan jiran tetangga; Sentiasa memuliakan jiran tetangga lebih-lebih lagi jika jiran itu seorang pejuang Islam yang sanggup mempertahankan kedaulatan Islam dengan nyawa dan harta bendanya dengan cara hikmah (bijaksana). Jika jiran itu seorang individu yang memusuhi Islam ataupun tidak memahami Islam, maka muliakanlah dia dengan memberinya kefahaman tentang Islam.

Memuliakan tetamu; Jika tetamu yang datang bertandan ke rumah pada musim pilihanraya membawa messages Amar Maaruf dan nahi Mungkar, maka bukakanlah pintu rumah kepada tetamu berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap mereka. Namun jika tetamu itu adalah sebaliknya atau hanya datang berbuat baik pada musim pilihanraya, maka adalah wajar jika pintu rumah ditutup rapat dan jangan dipedulikan walaupun pihak berkenaan memberi salam berulang kali.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: