Archive for August 22nd, 2009

Rohaizat abaikan isteri kedua?

 

Rohaizat

Rohaizat

Macam-macam cerita di musim pilihanraya yang dimainkan oleh PAS dan UMNO untuk menang pilihanraya di Permatang Pasir. Namun harus diingat; nak berjihad pun jangan sampai boleh merosakkan rumahtangga orang lain. Soal rumah tangga adalah soal peribadi yang hanya boleh diselesailkan oleh suami isteri yang berkenaan dan juga pihak mahkamah syariah ataupun pejabat kadi. Mengapa isu rumahtangga diungkit-ungkitkan?? Tidak memadai lagikah Rohaizat kalah di Permatang Pasir dengan tekanan  isu pengguguran dirinya daripada Majlis Peguam?? Bagi saya dengan sebab berlakunya pengguguran itu, Rohaizat sudah sukar untuk menang di Permatang Pasir.

 

Tidak mengaku beristeri dua? Cuba faham elok-elok. Bukankah tindakan Rohaizat menyembunyikan isteri kedua dengan cara dia sendiri tidak mengaku di khalayak itu adalah demi maslahat agar perkara ini tidak diketahui oleh isteri pertamanya?  Bukankah nabi Ibrahim a.s juga menyembunyikan tentang perkahwinannya dengan isteri keduanya, Siti Hajar (ibu Nabi Ismail) agar tidak diketahui oleh isteri pertamanya Siti Sarah? Oleh itu, dalam soal berpoligami rumah tangga orang lain, tak usahlah kita nak tunjuk lagak hero macam Nasaruddin Tantawi jadi pembela wanita kononnya dia dizalimi. Perkara ini (masalah nafkah) hanya boleh diselesaikan di mahkamah syariah ataupun di pejabat kadi saja. Tahukah kita semua bahawa dikalangan para pemimpin PAS pun ramai yang kahwin sembunyi-sembunyi dan mengalami kes macam Rohaizat tapi akhirnya pecah diketahui orang ramai juga. Malah ada pemimpin PAS yang abaikan isterinya yang diimport dari negara lain kemudian diceraikan dan hingga kini kesnya masih tersangkut di mahkamah. Sebenarnya selepas berlaku berpoligami, adalah menjadi hak suami untuk mengangkat status mana-mana isterinya yang dipoligami dan dianggap sebagai “isteri rasmi/official”. Malah diharuskan oleh syarak agar si suami menyembunyikan perkahwinan keduanya demi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, tak timbul soal tidak adil ataupun berlaku zalim dalam masalah ini (siapa lebih official). Saya memang menyokong agar Ustaz Salleh Man menang di Permatang Pasir tapi biarlah kena dengan cara atau kaedah berkempen. Janganlah hentam peribadi lawan hingga boleh menyebabkan laki bini berkelahi dan sekali gus merosakkan rumahtangga mereka. Jangan pula kita  gunakan alasan UMNO pernah hentam peribadi pemimpin kita , lalu kita pun boleh hentam peribadi  calon Barisan Nasional sesuka hati kita aje.  Sepatutnya dalam masalah ini, PAS memberi contoh terbaik sebagai langkah mendakwah golongan non-muslims untuk lebih mengenali Islam dan bukannya menghentam sehentam-hentam mengikut nafsu ammarah.