Hukuman Sebat Kartika ditangguh

gambar dipetik dari Berita Harian online

Gambar dipetik dari Berita Harian online

Pada 20 Julai lepas, Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel pada 11.40 malam 11 Julai 2008.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Pada 18 Ogos lepas, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika ditahan berkuatkuasa hari ini bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu.
http://www.sinarharian.com.my/

towardsmardhatillah:

Minggu lepas, rakyat Malaysia dikejutkan dengan keputusan hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pahang. Macam-macam persoalan, takwilan dan andaian yang terbit dari otak rakyat Malaysia yang boleh dianggap kreatif berfikir dalam soal-soal begini. Ada yang tertanya-tanya sejak bila Mahkamah Syariah di Malaysia berminat mengadakan hukuman sebat? Adakah sebelum ini sudah termaktub hukuman sebat bagi peminum arak dalam setiap enekmen rang Undang-Undang Keluarga Islam di setiap negeri di Malaysia terutama sekali di Pahang ? Adakah pengaruh PAS yang sentiasa memperjuangkan hukuman hudud sudah mempengaruhi Ketua Hakim Syarie di negeri berkenaan? dan entah apa-apa lagi andaian yang munasabah dan juga tidak munasabah.

Minggu ini rakyat Malaysia sekali lagi gempar bila  keputusan penangguhan hukuman berkenaan dikeluarkan di Kuantan, Pahang atas nasihat Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadhan. Ada yang mengatakan kartika terlalu berani kerana tidak mahu menarik kembali pengakuan salahnya seolah-olah mencabar mahkamah syariah. Sebelumnya, alasan penangguhan kerana menghormati bulan Ramadhan merupakan satu alasan yang tidak kukuh. Dari sudut syarak, hukuman hanya boleh ditangguhkan sekiranya individu berkenaan mengalami masalah kesihatan  (sama ada dari segi mental dan fizikal) sahaja. Namun mengikut Kartika, fizikal dan mentalnya sudah bersedia. Terdahulu daripada penangguhan ini, Datuk Shahrizzat Abdul Jalil telah meminta Kartika menarik balik pengakuan salahnya tapi beliau tetap enggan berbuat demikian. Penangguhan hukuman ini seolah-olah membuka peluang kepada Kartika untuk menarik kembali pengakuannya. Dalam perkembangan seterusnya, Datuk Hishamuddin Hussein Onn pula membuat pengakuan ikhlasnya bahawa kes sebegini adalah yang pertama kali berlaku di Malaysia. Beliau juga mengatakan hingga kini hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno terpaksa ditangguh kerana Jabatan Penjara di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mempunyai jurusebat bertauliah untuk laksana hukuman syariah.

Bagi saya sepatutnya sudah lama pihak JAKIM mengutarakan permasalahan tauliah ini. Lagikan imam-imam masjid yang terpilih boleh ditauliahkan sebagai juru nikah, mengapa pula tidak ditauliahkan juga juru sebat syariah?

Dalam suasana kalut dan kecoh ini, ramai dikalangan ahli-ahli UMNO tidak senang dengan keputusan hukuman sebat dan keberanian Kartika untuk dihukum. Bagaimana pula jika hukuman ini lama-kelamaan menjadi kebiasaan dalam kehidupan rakyat Malaysia? Bagaimana pula nasib pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak boleh lekang dengan arak? Adakah mereka juga akan turut dijatuhkan hukuman sebat sama seperti Kartika jika tembalang mereka pecah?

2 responses to this post.

  1. Posted by NERAKA on 28 August 2009 at 8:37 pm

    Saya setuju dengan apa saja hukuman, tetapi jika mengikut cara rasulallah saw baginda lebih mengutamakan taubat itu sendiri.. hukuman adalah jalan yang terakhir.. pada hari ini kita lebih mengajar orang menghukum orang yang lain daripada menegur dan menasihati secara baik..

    Saya ada membuat pengajian dan pembacaan tentang hukum hudud, hukum yang dilaksanakan pada zaman rasulallah saw dan yang hendak dilaksanakan oleh pas tidak sama.. byk tokok tambahnya..
    dan penjelasan hukum hudud di dalam Al-quran adalah samar, oleh itu pada hari ini banyak kaedah atau cara yang dibuat dalam melaksanakannya tetapi dibuat atas tujuan yang sama..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: