Lagi cerita Israeliyyat tentang Umar al-Khattab

Perjalanan di padang pasir

Sayidina Umar sememangnya terkenal dengan sikap adil, tetapi kadang-kadang beliau dikaitkan dengan perkara atau kisah yang tidak benar bagi menguatkan riwayat tentang keadilannya. Sehubungan ini, sebuah majalah Islam telah mengeluarkan kenyataan mengenainya, berbunyi: “Abu Farj Abdul Rahman bin al-Juzi menyebut di dalam kitabnya Sirah Umar Al-Khattab bahawa Abdul Rahman bin Umar dan Abu Saru’ah Uqbah bin Harith mabuk tanpa sengaja setelah meminum `nabiz’ (air rendam atau jeruk buah-buahan yang belum menjadi arak atau arak selain anggur) semasa berada di Mesir dengan sangkaan ianya tidak memabukkan.

“Walaupun cukup dengan hanya menginsafi kesalahan itu dan bertaubat kepada Allah s.w.t bagi menebus dosa tersebut, tetapi kerana rasa bersalah kepada Allah s.w.t, kedua-duanya telah melaporkan perbuatan itu kepada pemerintah Mesir, Amru bin `As dan meminta supaya dilaksanakan hukum hudud ke atas mereka.

“Kejadian itu diketahui oleh saudara Abdul Rahman, Abdullah bin Umar yang kemudiannya pergi ke Mesir dan menyaksikan pelaksanaan hukum tersebut di rumah Amru.

“Apabila Umar Al-Khattab mengetahui kejadian itu, beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Amru dengan menggunakan bahasa yang keras.

“Dalam surat tersebut, Umar mempersoalkan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Amru kepada Abdul Rahman apabila tidak melaksanakan hukuman tersebut di tempat terbuka seperti yang perlu dilakukan kepada orang awam.

Umar kemudiannya meminta Amru supaya menghantar balik Abdul Rahman ke Madinah dalam keadaan berpakaian dan berkenderaan buruk.

Umar bertindak memukul anaknya apabila mengetahui apa yang berlaku di Mesir. Abdul Rahman yang kemudian itu dikurung akhirnya jatuh sakit dan membawa kepada kematiannya.”

Penjelasan:

Dalam pada itu, al-Dailami dalam kitabnya (al-Muntafa) sebagaimana yang diceritakan oleh tuan kitab (al-Riyadhu Nadhrah) berkata bahawa hukum yang dilaksanakan oleh Umar pada ketika itu adalah berkaitan jenayah zina, bukannya kesalahan meminum arak.

Hakikatnya, tidak ada kitab-kitab sahih yang menceritakan tentang kejadian berkenaan. Ibn Jauzi di dalam karangannya berkata: “Sesungguhnya Umar tidak pernah melaksanakan hukum hudud ke atas anaknya. Pukulan beliau pada waktu itu bukannya hudud tetapi kerana marah dan sebagai didikan kepada anaknya.”

Ibn Jauzi kemudiannya menambah: “Hadis berhubung peristiwa itu telah diberikan keutamaan oleh penulis-penulis cerita  yang kemudiannya menambah dan mengulanginya berkali-kali. Inilah yang menyebabkan sesekali kisah itu dikaitkan dengan hukuman minum arak dan pada masa yang lain ia dikaitkan dengan hukuman berzina”. Selain itu, mereka juga turut mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya dikaitkan dengan Sayidina Umar.”

Setiap kejadian atau kenyataan  yang menyentuh peribadi seseorang yang mulia harus dikaji dengan teliti biar apapun tujuan di sebalik penyampaian cerita tersebut, terutamanya peristiwa yang menyentuh keperibadian para Khulafa’ al-Rasyidin.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: