Archive for September, 2009

Kerana sayangkan Tok Guru desakan dibalas juga dengan desakan?

 

Brahim Ali

Adakah semua kenyataan yang dibuat oleh Pemuda PAS Kelantan ini semata-mata untuk membela dan mempertahankan batang  tubuh Tok Guru setelah beliau mendesak buat kali kedua agar  Ibrahim Ali mengundur diri daripada kerusi Parlimen Pasir Mas? Atau Pemuda PAS Kelantan hanya sekadar mencari publisiti di sebalik kekecohan politik yang tidak seberapa?  Sila klik di sini  http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22603&Itemid=1 

Dan juga sila klik di sini 

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/02/21/tidak-patut-cabar-dato-ibrahim-ali-letak-jawatan/

Sewajarnya pihak Pemuda PAS Kelantan mengkaji dengan lebih lanjut mengapa kerusi Parlimen Pasir Mas diberi kepada Ibrahim Ali untuk beliau bertanding. Tidak salah untuk membela sesiapa saja demi keadilan dengan syarat hujjah yang dikemukakan itu adalah betul dan bernas. Respon politik Ibrahim Ali terhadap desakan kedua Tok Guru (dulu desakan pertama bersama YB Takiyuddin Hasan)  adalah dengan desakan juga, iaitu  dengan mengemukakan sebanyak 10 hujjah yang otaknya fikir munasabah dan logic supaya Tok Guru meletakkan jawatan tapi tidak pula bagi ahli-ahli PAS yang masih taksubkan Tok Guru.

Klik juga di sini

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/04/11/tunggu-pinangan-umno/

Iran tests most advanced missiles

 

Dr.Mahmoud Ahmadinejad

Dr.Mahmoud Ahmadinejad

By ALI AKBAR DAREINI, Associated Press Writer.

TEHRAN, Iran – Iran tested its most advanced missiles Monday to cap two days of war games, raising more international concern and stronger pressure to quickly come clean on the newly revealed nuclear site Tehran was secretly constructing.

State television said the powerful Revolutionary Guard, which controls Iran’s missile program, successfully tested upgraded versions of the medium-range Shahab-3 and Sajjil missiles. Both can carry warheads and reach up to 1,200 miles (2,000 kilometers), putting Israel, U.S. military bases in the Middle East, and parts of Europe within striking distance.

The missile tests were meant to flex Iran’s military might and show readiness for any military threat.

“Iranian missiles are able to target any place that threatens Iran,” said Abdollah Araqi, a top Revolutionary Guard commander, according to the semi-official Fars news agency.

Iran conducted three rounds of missile tests in drills that began Sunday, two days after the U.S. and its allies disclosed the country had been secretly developing an underground uranium enrichment facility. The Western powers warned Iran it must open the site to international inspection or face harsher international sanctions.

Iran’s Foreign Ministry spokesman Hasan Qashqavi said the missile tests had nothing to do with the tension over the site, saying it was part of routine, long-planned military exercises.

European Union foreign policy chief Javier Solana said he was concerned about the missile tests. He said Iran must immediately resolve issues surrounding its second nuclear enrichment facility with the U.N.’s nuclear agency.

Iranians' Mission

The newly revealed nuclear site has given greater urgency to a key meeting on Thursday in Geneva between Iran and six major powers trying to stop its suspected nuclear weapons program. Solana said those talks are now taking place “in a new context.”

U.S. Secretary of State Hillary Clinton said she doesn’t believe Iran can convince the U.S. and other world powers at the upcoming meeting that its nuclear program is for peaceful purposes, as Tehran has long claimed. That puts Tehran on a course for tougher economic penalties beyond the current “leaky sanctions,” she said.

The nuclear site is located in the arid mountains near the holy city of Qom and is believed to be inside a heavily guarded, underground facility belonging to the Revolutionary Guard, according to a document sent by President Barack Obama’s administration to lawmakers.

Qashqavi, the Foreign Ministry spokesman, identified the site as Fordo, a village located 180 kilometers south of the capital Tehran. The site is 100 kilometers away from Natanz, Iran’s known industrial-scale uranium enrichment plant.

After strong condemnations from the U.S. and its allies, Iran said Saturday it will allow U.N. nuclear inspectors to examine the site.

Israel has trumpeted the latest discoveries as proof of its long-held assertion that Iran is seeking nuclear weapons.

By U.S. estimates, Iran is one to five years away from having nuclear weapons capability, although U.S. intelligence also believes that Iranian leaders have not yet made the decision to build a weapon.

Iran also is developing ballistic missiles that could carry a nuclear warhead, but the administration said last week that it believes that effort has been slowed. That assessment paved the way for Obama’s decision to shelve the Bush administration’s plan for a missile shield in Europe, which was aimed at defending against Iranian ballistic missiles.

Iranian missile

The Sajjil-2 missile is Iran’s most advanced two-stage surface-to-surface missile and is powered entirely by solid-fuel while the older Shahab-3 uses a combination of solid and liquid fuel in its most advanced form, which is also known as the Qadr-F1.

Solid fuel is seen as a technological breakthrough for any missile program as solid fuel increases the accuracy of missiles in reaching targets.

Experts say Sajjil-2 is more accurate than Shahab missiles and its navigation system is more advanced.

State media reported tests overnight of the Shahab-1 and Shahab-2 missiles, with ranges of 185 miles (300 kilometers) and 435 miles (700 kilometers) respectively.

That followed tests early Sunday of the short range Fateh, Tondar and Zelzal missiles, which have a range of 120 miles (193 kilometers), 93 miles (150 kilometers) and 130 miles (200 kilometers) respectively.

Iran’s last known missile tests were in May when it fired its longest-range solid-fuel missile, Sajjil-2. Tehran said the two-stage surface-to-surface missile has a range of about 1,200 miles (1,900 kilometers) — capable of striking Israel, U.S. Mideast bases and southeastern Europe.

 Picked from: http://news.yahoo.com/

Islam Boleh…

Pada hari raya keempat (mengikut kiraan hari yang ditetapkan oleh masyarakat Melayu), saya meluangkan masa membelek-belek semula buku politik “Islam Boleh”. Sebenarnya Islam Boleh sudah saya baca selepas penerbitannya dulu lagi (1995). Cuma sebagai imbasan, ia diperlukan untuk dibandingkan dengan perjalanan politik tanahair dan isu-isu semasa kini. Buku ini merakamkan tujuh ceramah Tok Guru tanpa teks ucapan ketika menyambut bulan Ramadhan 1415 Hijrah. Satu dipetik di penghujung Syaaban, tiga di pertengahan Ramadhan dan empat lagi di awal Syawal. Ringkasnya, ia merupakan sebuah buku yang memaparkan ideology politik Tok Guru Nik Aziz sebagai seorang intelektual Islam merangkap Menteri Besar Kelantan. Apa yang paling menarik bagi saya ialah beberapa keping photo berikut yang turut dimuatkan dalam buku tersebut. 

Majlis Perasmian Jambatan Pasir Mas, 1991.

Majlis Perasmian Jambatan Pasir Mas, 1991.

 

Di Majlis Penyampaian Watikah di Kg.Teresek, 1994.

Di Majlis Penyampaian Watikah di Kg.Teresek, 1994.

 

Berucap di rapat umum mengutuk kezaliman Serbia ke atas Bosnia, 1994.

Berucap di rapat umum mengutuk kezaliman Serbia ke atas Bosnia, 1994.

 

Mendekati masyarakat Cina demi menjelaskan kepada mereka apa itu Islam...

Mendekati masyarakat Cina demi menjelaskan kepada mereka apa itu Islam...

 

Mesyuarat dengan Ketua-ketua Agama bukan Islam, 1993.

Mesyuarat dengan Ketua-ketua Agama bukan Islam, 1993.

Paku dulang …Paku Serpih….

Paku dulang…paku serpih…mengata orang….Tantawi yang lebih. Inilah rangkap pantun yang semakin dipopularkan oleh golongan muda-mudi masa kini. Rasanya tak perlulah saya kupas dan huraikan maksud yang tersirat dalam rangkap-rangkap pantun ini. Memadailah jika anda semua klik di sini; 

http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/09/27/25476/

Majlis Mesra Anak Kelantan celaru…..

Photo oleh The Star dan Bernama

Photo oleh The Star dan Bernama

Kebanyakkan anak-anak Kelantan di perantauan yang sanggup hadir setiap kali dijemput ke Majlis Mesra Anak Kelantan pada  hari raya kedua setiap tahun terdiri daripada kalangan mereka yang terpelajar dan juga golongan usahawan berjaya di rantau orang. Rata-rata mereka ini sanggup meninggalkan tugasan masing-masing pulang ke Kelantan setiap kali musim pilihanraya untuk mengundi PAS. Walaupun sebahagian mereka dibayar harga transport, namun ia bukanlah bererti jasa mereka mengundi PAS sudah dibalas dan tak perlu lagi mereka ini dihiraukan sehinggalah menjelang musim pilihanraya akan datang.

 

Di Lebuh raya Karak

Di Lebuh raya Karak

Rata-rata mereka semua itu sanggup hadir ke majlis tersebut kerana ini bersama saf pimpinan negeri Kelantan yang mereka pilih. Mereka ingin berdiolog, ingin berbual mesra, ingin mengetahui perancangan masa depan kerajaan Kelantan di bawah PAS dan ingin mengemukakan cadangan serta pendapat demi kemaslahatan bersama dalam tempoh beberapa jam yang terhad itu. Apakah semua ADUN Kelantan tidak boleh meluangkan masa lebih kurang 2-3 jam untuk bersoal jawab bagi menguraikan permasalahan yang mengaburi fikiran rakyat? Buruk sungguh perangai wakil rakyat sedemikian jika ada dikalangan mereka yang hanya inginkan undi rakyat tapi tak sanggup bersoal jawab dan beramah mesra dengan rakyat untuk tempoh beberapa jam di musim hari raya!!!!

Ajaran Sesat Hj.Ahmad Laksamana (Part 2)

Masih ada pihak yang ragu-ragu tentang status ajaran Hj.Ahmad yang diisytihar sebagai salah satu ajaran sesat yang didapati menular hebat dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Meskipun telah disiarkan semua bahan-bahan (kitab-kitab dan pita rakaman) berkaitan dengan ajaran sesat ini dalam posting yang lepas (13 Jun 2009), namun masih ada rakyat Malaysia yang belum jelas mengenainya. Bagi menjelaskan serta menguraikan kekusutan ini, disyorkan kepada semua pihak yang masih samar-samar dalam masalah ini agar merujuk buku AbdulFatah Haron Ibrahim (Ahli Sunnah dan Wujudiah Bathiniah mengenai ajaran sesat (halaman 213-251) terbitan JAKIM dan juga buku Ajaran Sesat oleh Abdul Fatah Haron Ibrahim terbitan DBP .  Buku ini turut memperkatakan tentang hujjah-hujjah Batiniyah dan Wujudiyah dalam buku Hakikat Insan yang ditulis oleh Ahmad Laksamana satu ketika dulu (buku Hakikat Insan mengandungi 23 bab). Antaranya ialah;

i)  Dalam ruangan pendahuluan buku Hakikat Insan, hlm ii-iv, Hj.Ahmad Laksamana mengatakan; Buku Hakikat Insan boleh dijadikan formula dan panduan terbaik dalam pengajian ilmu tasawwuf untuk mengenal Tuhan.

ii) Kata Ahmad Laksamana “Tak payah mengaji, sir tajalli datang sendiri”

iii)  Ilmu ini daripada datuknya dan datuknya pula belajar ilmu ini daripada Tok Kenali dan juga Tok Kemuning. Pusaka daripada moyangnya Raden Warjono.

Dalam bab pertama, buku Hakikat Insan halaman 1-7;

i) Ahmad Laksamana membahagikan ilmu pengetahuan kepada ilmu  qalam, ilmu ghaib dan ilmu syahadah. Dia maksudkan ilmu qalam sebagai ilmu teknologi dalam zaman moden sekarang. Beliau juga memperkecilkan sektor ilmu ini kerana golongan non muslims lebih menguasainya  dibandingkan dengan umat Islam. Dia juga mendewa-dewakan ilmu ghaib dan syahadah, iaitu mukjizat dan juga keramat.

ii) Dalam buku yang sama halaman 95, Ahmad Laksamana mengatakan “Kita adalah Allah semata-mata tiada suatu pada kita hanya Allah semata-mata. Siapa kita kalau bukan Ahmad sendiri ? Allah bertempat dalam dirinya ? Jadi kalau sembahyang dia membaca اياك نعبد , bererti dia sembah dirinya sendiri. Apakah hukum dalam Islam jika seseorang itu menyembah dirinya sendiri????

Itulah antara permasalahan yang beliau timbulkan dalam bukunya, Hakikat Insan yang sesat lagi menyesatkan.

Ada sesuatu yang tak kena……

Bila sambutan Majlis Mesra Anak Kelantan dipertikai dan didapati semakin merosot dari tahun ke tahun, pasti sekali ada sesuatu yang tak kena perlu diperbetulkan serta diperkemaskinikan . Cuba lihat  http://jiwokelate.wordpress.com/2009/09/23/2-syawal-1430-majlis-mesra-anak-kelantan-sekadar-memenuhi-rutin-tahunan/

Towardsmardhatillah: Teringin sangat nak dengar hujjah Dato’ Nik Amar  secara detail berkaitan dengan pembinaan asrama pelajar Malaysia di Mesir. Ada kemungkinankah ia akan jadi tempat tidur yang paling nyaman bagi para pelajar Malaysia khususnya dari Kelantan???

Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS

 gambar mb kelate

Assalamu’alaikum wa Rahmatullah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu.” (Surah Al Baqarah : 185)

 

 
   
   

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud “Allah Adalah Yang Terbesar”. Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta’ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka’at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka’at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua’alam._

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI AL-MUBARAK

myself

Mengikut budaya masyarakat Melayu Islam, pada hari raya terutama sekali di pagi raya merupakan masa yang terbaik sekali untuk saling bermaafan dan bersalaman dengan mengucapkan “selamat hari raya aidil fitri …maaf zahir dan batin”. Meskipun budaya itu tidak salah di sisi syarak, namun sebenarnya mengikut  ajaran Islam, selain ucapan “Ramadhan karim” dan juga “Aid Mubarak”,  disunatkan juga ke atas sekalian umat Islam pada hari raya untuk saling mengucapkan tahniah di atas kejayaan dan kesungguhan diri masing-masing dalam mengerjakan berbagai ibadat sunat disamping ibadat fardhu di bulan Ramadhan.  Dalam ruangan ini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pengunjung blog ini  atas segala situasi yang dilalui sepanjang Ramadhan tahun ini.

Hj.Hadi dan konco-konconya wajar berundur

Dato' Ishak Lutfi Omar

Dato' Ishak Lutfi Omar

Selepas PAS tewas dalam pilihanraya umum 1978, struktur organisasi parti diubah secepat mungkin. Allahyarham Dato’ Ishak Lutfi (mantan Menteri Besar Kelantan) dan beberapa orang wakil rakyat PAS yang difitnah sebagai pemakan balak dan dicop sebagai putar ranggas (individu yang memelihara hantu) secara rela hati memberi laluan kepada generasi muda demi kebaikan parti untuk mengangkat semula imej PAS di mata rakyat khususnya di Kelantan.  Dengan ini ini, Dato’ Ishak sanggup mengundurkan dirinya daripada jawatan Pesuruhjaya PAS negeri Kelantan pada ketika itu. Kepimpinan  Dato’ Ishak Lutfi sudah dipandang buruk di mata rakyat Kelantan dan situasi ini perlu diubah dengan menampilkan golongan generasi pelapis muda yang baru . Generasi muda ini dilabelkan sebagai golongan pro tajdid (pembaharuan) dalam PAS dengan menampilkan Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai pimpinan ulama’. Malah demi menyokong pembaharuan ini , Tuan Haji Mohd.Amin bin Yaakub (bekas  Ahli Exco kerajaan Negeri Kelantan bagi DUN Bachok Tengah) sanggup mengosongkan jawatan pesuruhjaya PAS negeri Kelantan kerana memberi laluan kepada Ustaz Nik Abdul Aziz menjawat jawatan tersebut. Tolaransi dikalangan pimpinan PAS dalam masalah jawatan demi kemaslahatan parti sentiasa diutamakan. Begitu juga kisahnya dengan kekalahan PAS di Terengganu yang hanya menang sepenggal sahaja  iaitu semasa Hj. Hadi Awang berperanan sebagai Menteri Besar Terengganu.

Faktor sama ada kekalahan kerajaan Hj.Hadi disebabkan oleh sikap sombong dan angkuh beliau bersama wakil-wakil rakyat PAS Terengganu yang lain atau memang kerana difitnah oleh Barisan Nasional bukanlah topic utama untuk diulas dalam artikel ini. Namun secara rasionalnya, semua mereka yang kalah di Terengganu sebenarnya sudah amat buruk dari segenap aspek di mata rakyat Terengganu itu sendiri. Lantaran ini, amat sukar sekali Hj.Hadi dan konco-konconya untuk bangkit meraih kemenangan sekali lagi di Terengganu. Lain ceritalah kalau memang salah satu puak yang bertelagah sama ada puak Idris Jusoh ataupun puak Dato’ Ahmad Said berlembut hati untuk bergabung tenaga serta fikrah bersama Hj.Hadi dan konco-konconya.  Namun hingga kini, kedua-dua pihak bertelagah tetap enggan bekerjasama dengan PAS Terengganu meskipun Hj. Hadi sudah lama mengutarakan idea Kerajaan Perpaduan. Ketika Hj.Hadi beria-ia dengan idea kerajaan perpaduan, Najib Tun Razak dan saf pimpinan yang merasakan status UMNO semakin tenat turut sama menyahut saranan Hj.Hadi tetapi tidak bagi Dato’ Ahmad Said dan Dato’ Idris Jusoh.  Dato’ Ahmad Said dan Dato’ Idris Yusof faham benar mengapa Hj.Hadi, Nasharuddin Mat Isa, Mustafa Ali dan Nasaruddin Tantawi   ingin sangat berbaik dengan UMNO. Secara ikhlas dinyata, kerajaan Ahmad Said di Terengganu amat sukar untuk digugat kerana sikap dan kesungguhan beliau sendiri dalam mengambil kira kemaslahatan rakyat Terengganu. Tidak keterlaluan jika dinyatakan di sini bahawa kepimpinan Dato’ Ahmad Said lebih berwibawa dan lebih perihatin tentang kesusahan serta penat jerih rakyat Terengganu jika dibandingkan dengan kerajaan Hj.Hadi, Abu Bakar Chik, Harun Taib dan juga Mustafa Ali.  Pemilihan yang berlaku dalam Muktamar baru-baru ini di Shah Alam sebenarnya dilakukan oleh para perwakilan yang tidak masak dalam pemikiran politik. Mereka memilih atas dasar mereka yang dipilih itu dilabelkan sebagai ulama’ meskipun kemampuan sebenar mereka sebagai ulama yang berwibawa adalah begitu amat terbatas. Cuma lazimnya diketengahkan mereka yang pandai berceramah memaki hamun UMNO, berserban besar serta berjanggut macam Nasaruddin at-Tantawi dan kadang kala kena berjubah kalau tak ingin berbaju melayu serta berkopiah meskipun tidak mengaji sedalam mana. Itulah penilaian perwakilan PAS dalam Muktamar baru-baru ini. Oleh itu, mereka yang terpilih dengan cara sedemikian amat mustahil dapat menarik hati para pengundi untuk mengundi PAS bagi menawan Malaysia dalam PRU-13 akan datang. Macam mana mereka yang sudah tidak diterima di Terengganu dan amat dibenci oleh masyarakat bukan Islam mampu memimpin PAS untuk menewaskan kerajaan Najib Tun Razak yang amah lemah sekarang???? Jika benar Hj.Hadi dan “angkatan Terengganu” mengutamakan kepentingan PAS, sepatutnya Hj.Hadi dan konco-konconya itu bermuhasabah diri dan mengundur diri bagi memberi peluang kepada generasi pelapis baru PAS di Terengganu untuk kembali bergiat menawan negeri Penyu bertelur itu. Jangan haraplah kalau Hj.Hadi dan konconya sekarang dapat menumbangkan kerajaan Dato’ Ahmad Said. Justeru juga, jangan haraplah Hj.Hadi dan konco-konconya yang dibenci oleh rakyat Terengganu akan diterima sebagai pemimpin utama negara Malaysia.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.