
Demostrasi yang memalukan umat Islam. Gambar oleh malaysianinsider
Sudah seminggu lebih demostrasi mengarak kepala lembu berlalu, namun ceritanya masih belum selesai apabila beberapa orang ahli UMNO yang dipercayai mendalangi demostrasi tersebut mulai didedah nama-nama mereka untuk tindakan selanjutnya http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/09/03/24828/. Memang wajar pun dalang-dalang tersebut dikenakan tindakan kerana mencetuskan huru-hara kononnya ingin membela Islam. Yang menyedihkan sekali; mengapakah kepala lembu yang jadi mangsa?
i) Jika kepala lembu itu diambil daripada lembu yang mati tanpa disembelih mengikut kaedah syarak, maka ia adalah bangkai (najis) yang perlu ditanam di dalam tanah dan dibubuh kapur barus agar kuman dan baunya tidak menganggu ketenteraman manusia. Lembu juga makhluk Allah yang perlu disempurnakan segala haknya.
ii) Sebaliknya, jika kepala lembu itu diambil daripada lembu yang telah disembelih mengikut syarak, maka ia adalah halal untuk dimakan sebagaimana dagingnya yang lain. Oleh itu, mengapa kepala lembu itu perlu diludah dan dipijak dengan perasaan geram sekali? Tidakkah tindakan sedemikian itu menghina rezeki? Bukankah tindakan menghina rezeki halal sebegitu rupa haram di sisi syarak? Sampai kini masih belum dapat dipastikan adakah kepala lembu itu bangkai ataupun kepala lembu yang disembelih……