At-Tantawi dah acap kali merapu!

Al-Adil adalah salah satu daripada 99 Asma’ al-Husna bagi Allah Taala. Lantaran adil ini, segala ciptaanNya adalah berpasangan dan juga berlawanan. Ada lelaki dan ada perempuan. Dia ciptakan siang dan juga malam, baik dan jahat. Diwujudkan syurga dan juga neraka dan sebagainya. Berlandaslah konsep keadilan inilah tokoh falsafah Islam termuka, al-Farabi mengatakan; keadilan dikalangan manusia itu wujud dalam pertarungan atau perlawanan antara manusia yang terbabit itu sendiri. Ini kerana gejala pertarungan atau perlawanan (persaingan) adalah gejala fitrah semulajadi manusia dan sifat fitrah kejadian itulah keadilan yang dimaksudkan.

Dalam konteks perkembangan politik Islam di Malaysia, UMNO perlu wujud seperti mana kewujudannya sekarang sebagai saingan atau lawan bagi PAS. Tidak perlu menukar dasar dan haluan perjuangan kerana UMNO adalah lawan PAS. Dalam perlawanan antara PAS dan UMNO inilah terhasilnya keadilan. Justeru, tindakan meminta agar parti UMNO mengubah dasarnya menjadi baik adalah satu tindakan yang zalim. Keadilan itu ialah proses persaingan antara parti politik yang terbabit mengajak orang ramai agar mereka meninggal serta tidak menyokong perjuangan parti lawan masing-masing. Atau setidak-tidaknya berlaku proses mengajak ahli-ahli parti politik berkenaan agar meninggalkan serta menyertai parti yang lebih advance dalam segenap bidang. Itu saja! Tak perlu nak tukar dasar parti dan tak perlulah kita semua bersusah payah menyokong saranan mengarut Nasrudin Hasan yang suka dirinya digelar at-Tantawi ini;

 

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/9/8/mstar_berita/20090908162059&sec=mstar_berita

TantawiBagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, beliau menyambut baik hasrat berkenaan namun berharap Umno benar-benar ikhlas tanpa mempunyai maksud yang terselindung.

“Dalam Islam sememangnya kita dituntut untuk mengadakan perbincangan demi menyelesaikan pelbagai perkara yang boleh membawa kepada kebaikan.

“Tapi walaubagaimanapun kita berharap Umno ikhlas dengan hasrat mereka itu, jangan pula ada maksud yang tersembunyi untuk kepentingan politik… ataupun untuk raih sokongan menghadapi pilihan raya,” katanya kepada mStar Online.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Umno bersedia untuk berunding dan mengadakan perbincangan dengan PAS demi membangunkan umat Islam.

Beliau yang juga presiden Umno bagaimanapun melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Umno.

Tambah Nasarudin, beliau percaya hanya melalui perbincangan dan rundingan dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang wujud di kalangan umat Islam dan rakyat di negara ini secara keseluruhannya.

“Saya percaya semua masalah dapat diselesaikan dengan perbincangan, sebab itu kita bersikap terbuka tentang soal ini…itu yang terbaik,” katanya.

Ditanya sama ada keterbukaan PAS untuk mengadakan perbincangan dan rundingan dengan Umno akan mengundang reaksi negatif daripada rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nasarudin berkata mereka seharusnya akan menyokong jika ia membawa kebaikan kepada rakyat.

“Jika hasilnya nanti untuk kebaikan umat Islam dan negara, mereka sepatutnya akan terus menyokong walaupun perbincangan ini hanya melibatkan PAS dan Umno.

“Dalam soal kebaikan semua pihak perlu akur, kita harus tahu bezakan antara kepentingan politik dan juga kepentingan umat Islam dan rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: