Tanda-tanda Lailatul-Qadar

 

Surah al-Qadar, ayat 1-5

Surah al-Qadar, ayat 1-5

Petikan al-Tafsir al-Wajiz ala Hamisy al-Quran al-`Azim

Petikan al-Tafsir al-Wajiz ala Hamisy al-Quran al-`Azim

Lailatul-Qadar adalah satu malam yang lebih baik serta mulia jika dibandingkan dengan seribu bulan. Malam berkenaan amat sempit daripada kebiasaannya kerana ramainya para malaikat turun ke bumi. Berdasarkan hadis daripada  Aisyah r.a, beliau berkata : “Sesungguhnya Rasulullah apabila hampir dengan sepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan, dia berpesan “Bersungguhlah (dalam ibadah) atau berwaspadalah kerana Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam yang terakhir dari Ramadhan.” Keistimewaan bulan ini turut dinyatakan oleh Rasulullah “Sesiapa mendirikan LailatulQadar dengan penuh keimanan dan kesungguhan maka diampunkan segala dosanya yang lalu”.

Umm Mukminin Aisyah r.a bertanya Rasulullah apakah yang perlu dibaca (diucapkan) pada malam Lailatul Qadar jika beliau menjumpainya. Lalu  Rasulullah jawab “Katakanlah Wahai Tuhanku! sesungguhnya Engkau Maha Pengampun yang suka mengampunkan para hambaMu, maka ampunilah aku.”

Jika seseorang individu itu lemah atau tidak mampu berusaha gigih pada sepuluh malam itu keseluruhannya, maka wajarlah dia menumpukan usaha ibadahnya pada malam 23 berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada  Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah pernah bersabda “ Hendaklah kamu bersungguh mendapatkannya Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir dan sekiranya kamu dilemahkan atau menjadi letih maka janganlah kamu ditewaskan pada tujuh hari yang baki.”

Berasaskan dalil-dalil berkenaan, jumhur ulama menyimpulkan; malam yang paling khas dan kemungkinan berlakunya Lailatul Qadar ialah pada malam 23, 25 dan 27 serta 29 secara berselang-seli dan berbeza-beza atau mungkin bersamaan pada setiap tahun. Justeru, bagaimana lailatul-Qadar dicam atau dikenali? Dalam sebuah riwayat shahih yang disebutkan petandanya dalam riwayat Abu Hurairah r.a; Rasulullah bersabda “ Keesokan pagi Lailatul Qadar itu ialah (dapat dilihat) apabila mataharinya muncul dengan lemah cahaya dan kurang panasnya seolah-olah ia redup sehingga terbit meninggi.”

Sehubungan ini juga, menurut riwayat Ibn Abbas r.a berkata “Rasululllah bersabda “Lailatul Qadar itu malam rahmah lagi berkat dan bercahaya (berseri-seri indah), tidak panas dan tidak pula sejuk dan pada paginya matahari menjadi lemah (cahaya dan bahang panasnya) kemerah-merahan.”
Kebiasaannya jika hujan turun pada waktu siang, maka suhu malamnya adalah sederhana dan tidak panas serta tidak sejuk. Malah keesokkan harinya menjadi redup menurut fenomena kebiasaan. Walaubagaimanapun hanya Allahlah yang mengetahui secara tepat dan hendaklah umat Islam berusaha beribadah setiap malam dan waktu sedaya yang mampu  demi meraih keredhaanNya.  

Fenomena Lailatul-Qadar itu pernah disusuli hujan dan kejadian ini dinyatakan dalam sebuah hadis ketika mana Rasulullah s.a.w beri’tikaf pada 10 hari awal di bulan Ramadhan kerana inginkan malam Lailatul Qadar.  Kemudian beliau beri’tikaf pada 10 hari pertengahannya dan mengatakan (yang ertinya): “Sesungguhnya Lailatul Qadar itu jatuh pada 10 hari akhir di bulan Ramadhan”. Beliau melihatnya dan beliau sujud di waktu subuh di tempat yang berair bercampur tanah. Kemudian pada malam ke-21 di saat beliau i’tikaf, turunlah hujan dan ia mengalir pada atap masjid Nabi yang dibuat daripada pelepah tamar. Beliau (Rasulullah) menunaikan solat subuh bersama para sahabatnya kemudian beliau sujud. Anas bin Malik berkata: ‘Aku melihat bekas air dan tanah dikeningnya. Beliau sujud ditempat yang berair bercampur tanah.”

Situasi ini juga tergambar dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin Shomit, Rasulullah bersabda “Alamat Lailatul-Qadar itu ialah malam yang cerah dan terang seakan-akan nampak di dalamnya bulan bersinar terang, tetap dan tenang, tidak dingin dan tidak panas. Haram bagi bintang-bintang melempar (tahi bintang tidak gugur) pada malam itu sampai waktu subuh. Termasuk dalam tandanya; matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tegak lurus, tidak tersebar sinarnya seperti bulan pada malam purnama, haram bagi syaitan keluar bersamanya (terbitnya matahari) pada hari itu”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: