Respon terhadap perakexpress.com: Salah faham tentang sahur

Allahamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana ramai di kalangan bloggers memanafaatkan blog mereka dengan agenda dakwah sepanjang bulan Ramadhan yang mulia termasuklah blogger Perak Express yang mengutarakan kepada masyarakat awam dalil-dalil hadis bagi mengharuskan sahur dalam situasi yang dinyatakan dalam blog beliau ini;

 http://perakexpress.com/www/2009/09/12/salah-faham-tentang-sahur/

Cuma saya berpendapat, Saudara perak express sebenarnya silap membuat andaian terhadap  Sayyid Sabiq dengan kenyataan berikut:

Dalam masyarakat Melayu khususnya di bulan Ramadan, apabila bersahur seolah-olah diharamkan segala makan dan minum tatkala telah memasuki waktu Imsak, iaitu kira-kira 10 minit sebelum masuk waktu fajar (subuh). Amat malang bagi mereka terlewat bangun, terjaga di waktu Imsak kerana tidak boleh lagi makan. Ini adalah salah faham yang berlaku bukan sahaja di kalangan orang awam malah berlaku juga kepada alim ulama yang tidak mengambil petunjuk dari Nabi SAW.

Syeikh Sayyid Sabiq dalam kitab Fiqhus Sunnah mengatakan : ”Maka apabila telah terbit fajar sedang di mulutnya masih ada sesuatu makanan, wajiblah baginya untuk membuang (mengeluarkan dari mulut) makanan itu”

Sebagaimana Sayyid Sabiq, ramai para pendakwah baik dari kalangan ustaz mahupun tuan guru membuat hukum sendiri, mengatakan batal puasa sekiranya tertelan makanan di dalam mulut itu apabila sudah masuk waktu fajar (subuh).

Saudara Perak Express perlu faham, perselisihan pendapat dalam masalah fiqh Islam adalah rahmat dan pendapat Sayyid Sabiq juga adalah berasaskan dalil yang kuat dan bukannya main ikut suka hati dia aje. Sila lihat Kitab Fiqh Sunnah, jilid satu, hlm 483 dalam masalah syak (tidak yakin) terbit fajar. Beliau mengatakan jika seseorang itu syak sama ada sudah terbit fajar ataupun tidak, makan dia diharuskan makan sehinggalah dia yakin kemunculan fajar (waktu subuh) dan tidak boleh beramal dalam keadaan syak kerana Allah Taala telah tetapkan tempoh tamat makan dan minum untuk sahur itu berasaskan tabayyun (jelas/nyata) berpandukan firman Allah “Makan dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang putih dari benang hitam bagi waktu fajar” (surah al-Baqarah, ayat 187).

Dalam masalah sahur, Sayyid Sabiq juga memaparkan kenyataan  seorang lelaki kepada Ibn Abbas  r.a “ Sesungguhnya aku bersahur. Apabila aku merasa syak (tidak yakin), lalu aku berhenti makan. Lantas Ibn Abbas r.a berkata kepada lelaki itu “Makanlah, jangan berhenti hinggalah engkau sudah yakin masuk waktu fajar”.

Menurut Abu Daud, Abu Abdullah berkata “Apabila seseorang itu syak tentang masuk waktu fajar, makanlah sehingga dia yakin masuk waktu itu”. Hadis ini juga dipegang oleh Ibn Abbas r.a, Imam Atha’, al-Auza’ie dan juga Imam Ahmad bin Hanbal. Manakala menurut Imam Nawawi: Para pengikut Imam Syafie bersepakat bahawa orang yang syak (tidak yakin)terbit fajar diharuskan makan .    

 

 

Mengenai Sahur Kitab Fiqh Sunnah, jilid 1. hlm 483

Mengenai Sahur Kitab Fiqh Sunnah, jilid 1. hlm 483

Semua dalil ini membuktikan bahawa Sayyid Sabiq berpegang dengan nas al-Quran (surah al-Baqarah, ayat 187) bagi menentukan sama ada masih boleh diteruskan makan sahur ataupun tidak dan berpegang dengan nas al-hadis shahih bagi menyelesaikan masalah tidak yakin sama ada masuk ataupun tidak waktu fajar.  Perselisihan pendapat di kalangan para intelektual Islam dalam permasalahan agama berasaskan nas-nas al-Quran dan hadis shahih yang berbeza adalah satu rahmat bagi umat Islam dan janganlah dijadikan punca pertelingkahan yang merugikan semua pihak.  Perlu juga diketahui, mengikut kaedah asas usul fiqh; sesuatu hukum itu berubah dengan berubahnya masa, lokasi dan situasi.

 

Petikan Kitab al-Tahzib fi Adillah matan al-Ghayah wa al-Taqrib, huraian tentang melewatkan sahur

Petikan Kitab al-Tahzib fi Adillah Matan al-Ghayah wa al-Taqrib, huraian tentang melewatkan makan sahur

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: