Susah sangat ke nak kawal arak nih?

Ahad September 13, 2009
Kedah sudah ada undang-undang penjualan arak – MB

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak mengetahui mengenai cadangan kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat seperti dibangkitkan oleh Dewan Pemuda Pas.

“Semalam saya bermesyuarat dengan Dewan Pemuda Pas Pusat tapi tiada yang membangkitkan perkara ini. Saya kena dapatkan maklumat mengenainya terlebih dahulu,” katanya ketika ditanya mengenai cadangan dewan berkenaan.

Azizan berkata beliau tidak melihat cadangan itu sebagai satu keperluan mendesak memandangkan Kedah sudah ada undang-undangnya sendiri berhubung kaedah penjualan arak.

“Di sini hanya kedai-kedai tertentu sahaja yang diberikan lesen penjualan arak kerana ada penganut agama lain yang minum arak kerana agama mereka tidak mengharamkannya.

“Saya rasa tiada masalah bagi orang Islam kerana mereka tahu memang haram minum arak,” katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kulim, Lim Soo Nee sebagai anggota Exco Negeri yang baru di Istana Anak Bukit, di sini Ahad.

Azizan bagaimanapun melahirkan rasa terkejutnya mengenai cadangan supaya kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat mengharamkan terus penjualan arak di negeri yang mempunyai majoriti umat Islam.

“Bila pula Dewan Pemuda Pas ada kuasa ke atas kerajaan negeri,” kata Azizan.

Timbalan Pengerusi Dewan Pemuda Pas, Azman Shapawi Abd Rani berkata semalam mereka akan menyediakan kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak itu.  BERNAMA

 

Towardsmardhatillah: Saya tak tahu sejauh mana kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak yang akan dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Pusat  tapi saya nak bercerita sikit; Masa duk ngaji di Sudan, saya diajar subjek Muqaranah al-Adyan (Perbandingan Agama) oleh Dr.Saiful Islam (orang Sudan). Manakala semasa di Universiti Malaya pula, Dr. Che Zarrina Shaari adalah pensyarah saya bagi subjek ini (Muqaranah al-Adyan). Dalam subjek ini, didapati agama Buddha, Hindu, Kristian dan agama Yahudi juga melarang para penganutnya minum arak. Cuma mereka yang sentiasa melanggar peraturan agama-agama berkenaan  saja yang sanggup minum arak. Oleh itu,  saya berpendapat langkah bijak dan terbaik yang pernah diambil Tok Guru Nik Aziz ialah menjelaskan dasar Islam kepada para pembesar agama terbabit disamping mencari titik persamaan dalam perkara-perkara positif. Langkah ini memudahkan lagi kerja-kerja amar maaruf dan nahi mungkar di Kelantan. Mengapa perlu ada kelab malam untuk minum arak?  Dulu semasa Barisan Nasional memerintah Kelantan, berhadapan dengan Pejabat PAS Kota Bharu wujud sebuah kelab malam yang menyediakan  pelbagai jenis minuman keras. Biasanya lepas selesai mesyuarat waktu tengah malam, Ahli-ahli badan Perhubungan PAS pada masa itu dapat lihat dengan mata kepala mereka sendiri kaki-kaki arak yang merapu keluar dari kelab tersebut dalam keadaan mabuk. Tak kira Melayu, Cina ataupun India, kalau dah memang kaki botol maka itulah tabiat mereka. Namun kini semua itu telah dibasmikan oleh PAS Kelantan dengan menutup kelab-kelab malam yang merosakkan minda manusia tanpa mengira agama.  Kalau siapa nak mabuk arak juga, hah ! pergi mabuk lah sorang-sorang kat rumah dalam bilik!!!Begitu jugalah nasibnya bagi kedai-kedai  judi di Kelantan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: