Enakmen No.8 tahun 1998 (Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan) Negeri Kelantan

Merujuk kepada fatwa Ayatullah Khomaniee dalam kitab Ajwibah al-Istiftaat, jilid dua (al-Muamalat), antaranya ialah; Muzik yang melalaikan yang dimainkan dalam majlis-majlis berbentuk lagho (lalai) termasuklah muzik klasik adalah haram (hlm 20). Khomaniee juga menegaskan; jika sesuatu tarian itu mendatangkan syahwat dan dipenuhi dengan perbuatan haram yang membawa keburukan, maka ia tidak harus . Adapun menghadiri majlis tarian sekadar menyokong tindakan haram orang lain, maka ia juga tidak harus (hlm 34).  

 

Sebelum dihurai dengan detail lagi mengenai hukum-hukum  fiqh berkaitan dengan muzik dan nyanyian, ingin saya tegaskan disini iaitu; pembentukan hukum fiqh adalah berasaskan kaedah Usul-Fiqh. Hukum adalah flexible (tidak jumud) dan ia berubah dengan berubahnya masa, lokasi dan situasi. Meskipun Khomaniee merupakan seorang Mujtahid Kontemporari yang lazim ditaqlid oleh masyarakat awam Syiah, namun berasaskan situasi semasa di Malaysia, fatwa beliau yang mengharamkan mendengar muzik  termasuk muzik klasik adalah amat sukar diterima oleh majority masyarakat majmuk negara ini. Begitu juga halnya dengan perselisihan pendapat di kalangan ulama’ yang mengharamkan penggunaan alat-alat muzik bertali seperti guitar  dan berlubang dengan berpandukan hadis-hadis Rasululah tanpa dihuraikan sebab musababnya( Sebab mengapa Rasulullah bersabda sedemikian).  Lain ceritalah pula dengan tarian yang mengghairahkan serta boleh menimbulkan syahwat yang mana mengikut ijma’ ulama’ ia adalah haram. Berkaitan dengan nyanyian dan muzik, al-Ghazali membenarkan;

i)                    Mendengar nyanyian daripada seorang penyanyi keliling yang membawa alat muzik.

ii)                   Nyanyian yang bertemakan perjuangan.

iii)                 Nyanyian ratapan dan tangisan akibat dosa dan kesalahan.

iv)                 Nyanyian yang didendangkan pada hari raya, majlis perkahwinan, aqiqah, kelahiran bayi, majlis berkhitan, menghafal al-Quran dan menyambut kedatangan golongan musafir.

v)                  Nyanyian dan mendengar nyanyian berunsur cinta dan kasih sayang demi melahir serta menambahkan rasa cinta terhadap isteri.

vi)                 Nyanyian dan mendengar suara kerinduan orang yang sedang merindui Allah dan mengharapkan pertemuan denganNya[1].

 

Apa yang dinyatakan setakat ini hanyalah fatwa Khomaniee dan pendapat al-Ghazali berkaitan dengan fiqh dalam masalah muzik serta nyanyian dan bukannya menyentuh soal syariah (perundangan). Adapun dari sudut syariah (perundangan), enakmen kawalan hiburan perlu diwujudkan berasaskan kaedah Usul-Fiqh dan ia perlu sesuai dengan situasi budaya masyarakat majmuk di Kelantan.

 

Dalam soal ini, allahamdulillah kerajaan Kelantan telah maju selangkah ke depan dengan mewujudkan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Kelantan, iaitu Enakmen No.8 tahun 1998 (Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan). Dinyatakan dalam bahagian IV, perkara 35. Pihak berkuasa Kerajaan Negeri boleh mengikut budi bicaranya mengecualikan;

a)      Mana-mana hiburan atau kelas hiburan[2] atau

b)      Mana-mana tempat hiburan atau kelas tempat hiburan daripada mana-mana peruntukkan Enakmen ini atau mana-mana peraturan.

Dalam perkara 36 (1) Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki oleh Enakmen ini supaya ditetapkan dan bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini dengan lebih baik.

 

Dalam perkara 36(2) : Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan boleh dibuat bagi maksud;

 

a)                  Melarang atau mengawalselia apa-apa jenis hiburan atau penggunaan apa-apa jenis alat atau kelengkapan atau peranti di mana-mana tempat hiburan.

b)                  Mengkehendaki ada jalan keluar, pengudaraaan, pencahayaan, langkah-langkah pengcegahan kebakaran, kemudahan-kemudahan kebersihan dan kemudahan-kemudahan awam yang lain yang munasabah yang mencukupi ditempat-tempat hiburan.

c)                  Mengawalselia perilaku pelakon, penyanyi dan penghibur.

d)                  Memastikan orang-orang yang mengunjungi mana-mana tempat hiburan berkelakuan sopan dan teratur.

e)                   Menetapkan langkah-langkah yang mesti diambil oleh pemegang lesen  sesuatu tempat hiburan  demi keselamatan orang-orang di tempat hiburan termasuk melarang dibawa masuk ke tempat itu apa-apa jua yang boleh membahayakan orang atau harta.

f)                    Menetapkan jenis-jenis kesalahan yang boleh dikompaunkan (ta`zir) oleh prosedur-prosedur bagi mengkompaunkan kesalahan-kesalahan.

g)                  Menetapkan apa-apa fee yang perlu bagi maksud-maksud enakmen ini.

h)                  Menetapkan borang-borang bagi permohonan untuk mendapatkan lesen dan bentuk lesen-lesen yang akan dikeluarkan dibawah ini.

 

Dalam perkara 36(3) peraturan-peraturan yang dibuat dibawa ini seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu adalah suatu kesalahan dan bahawa mana-mana orang yang disabitkan dengan kesalahan itu boleh didenda atau dipenjarakan atau kedua-duanya tetapi penalty tidak boleh melebihi;

a)                  Bagi denda dua ribu ringgit dan

b)                  Bagi tempoh pemenjaraan satu tahun.

 

 

 

 


[1] Al-Ghazali(1981), Ajaran-ajaran Akhlak, terj. Hussein Bahreisj: Penerbitan al-Ikhlas, hlm 72.

[2] Termasuk  mana-mana konsert hiburan seperti Mawi dan M.Nasir yang pernah dibenarkan oleh kerajaan negeri Kelantan suatu ketika dulu.

One response to this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: