Hj.Hadi dan konco-konconya wajar berundur

Dato' Ishak Lutfi Omar

Dato' Ishak Lutfi Omar

Selepas PAS tewas dalam pilihanraya umum 1978, struktur organisasi parti diubah secepat mungkin. Allahyarham Dato’ Ishak Lutfi (mantan Menteri Besar Kelantan) dan beberapa orang wakil rakyat PAS yang difitnah sebagai pemakan balak dan dicop sebagai putar ranggas (individu yang memelihara hantu) secara rela hati memberi laluan kepada generasi muda demi kebaikan parti untuk mengangkat semula imej PAS di mata rakyat khususnya di Kelantan.  Dengan ini ini, Dato’ Ishak sanggup mengundurkan dirinya daripada jawatan Pesuruhjaya PAS negeri Kelantan pada ketika itu. Kepimpinan  Dato’ Ishak Lutfi sudah dipandang buruk di mata rakyat Kelantan dan situasi ini perlu diubah dengan menampilkan golongan generasi pelapis muda yang baru . Generasi muda ini dilabelkan sebagai golongan pro tajdid (pembaharuan) dalam PAS dengan menampilkan Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai pimpinan ulama’. Malah demi menyokong pembaharuan ini , Tuan Haji Mohd.Amin bin Yaakub (bekas  Ahli Exco kerajaan Negeri Kelantan bagi DUN Bachok Tengah) sanggup mengosongkan jawatan pesuruhjaya PAS negeri Kelantan kerana memberi laluan kepada Ustaz Nik Abdul Aziz menjawat jawatan tersebut. Tolaransi dikalangan pimpinan PAS dalam masalah jawatan demi kemaslahatan parti sentiasa diutamakan. Begitu juga kisahnya dengan kekalahan PAS di Terengganu yang hanya menang sepenggal sahaja  iaitu semasa Hj. Hadi Awang berperanan sebagai Menteri Besar Terengganu.

Faktor sama ada kekalahan kerajaan Hj.Hadi disebabkan oleh sikap sombong dan angkuh beliau bersama wakil-wakil rakyat PAS Terengganu yang lain atau memang kerana difitnah oleh Barisan Nasional bukanlah topic utama untuk diulas dalam artikel ini. Namun secara rasionalnya, semua mereka yang kalah di Terengganu sebenarnya sudah amat buruk dari segenap aspek di mata rakyat Terengganu itu sendiri. Lantaran ini, amat sukar sekali Hj.Hadi dan konco-konconya untuk bangkit meraih kemenangan sekali lagi di Terengganu. Lain ceritalah kalau memang salah satu puak yang bertelagah sama ada puak Idris Jusoh ataupun puak Dato’ Ahmad Said berlembut hati untuk bergabung tenaga serta fikrah bersama Hj.Hadi dan konco-konconya.  Namun hingga kini, kedua-dua pihak bertelagah tetap enggan bekerjasama dengan PAS Terengganu meskipun Hj. Hadi sudah lama mengutarakan idea Kerajaan Perpaduan. Ketika Hj.Hadi beria-ia dengan idea kerajaan perpaduan, Najib Tun Razak dan saf pimpinan yang merasakan status UMNO semakin tenat turut sama menyahut saranan Hj.Hadi tetapi tidak bagi Dato’ Ahmad Said dan Dato’ Idris Jusoh.  Dato’ Ahmad Said dan Dato’ Idris Yusof faham benar mengapa Hj.Hadi, Nasharuddin Mat Isa, Mustafa Ali dan Nasaruddin Tantawi   ingin sangat berbaik dengan UMNO. Secara ikhlas dinyata, kerajaan Ahmad Said di Terengganu amat sukar untuk digugat kerana sikap dan kesungguhan beliau sendiri dalam mengambil kira kemaslahatan rakyat Terengganu. Tidak keterlaluan jika dinyatakan di sini bahawa kepimpinan Dato’ Ahmad Said lebih berwibawa dan lebih perihatin tentang kesusahan serta penat jerih rakyat Terengganu jika dibandingkan dengan kerajaan Hj.Hadi, Abu Bakar Chik, Harun Taib dan juga Mustafa Ali.  Pemilihan yang berlaku dalam Muktamar baru-baru ini di Shah Alam sebenarnya dilakukan oleh para perwakilan yang tidak masak dalam pemikiran politik. Mereka memilih atas dasar mereka yang dipilih itu dilabelkan sebagai ulama’ meskipun kemampuan sebenar mereka sebagai ulama yang berwibawa adalah begitu amat terbatas. Cuma lazimnya diketengahkan mereka yang pandai berceramah memaki hamun UMNO, berserban besar serta berjanggut macam Nasaruddin at-Tantawi dan kadang kala kena berjubah kalau tak ingin berbaju melayu serta berkopiah meskipun tidak mengaji sedalam mana. Itulah penilaian perwakilan PAS dalam Muktamar baru-baru ini. Oleh itu, mereka yang terpilih dengan cara sedemikian amat mustahil dapat menarik hati para pengundi untuk mengundi PAS bagi menawan Malaysia dalam PRU-13 akan datang. Macam mana mereka yang sudah tidak diterima di Terengganu dan amat dibenci oleh masyarakat bukan Islam mampu memimpin PAS untuk menewaskan kerajaan Najib Tun Razak yang amah lemah sekarang???? Jika benar Hj.Hadi dan “angkatan Terengganu” mengutamakan kepentingan PAS, sepatutnya Hj.Hadi dan konco-konconya itu bermuhasabah diri dan mengundur diri bagi memberi peluang kepada generasi pelapis baru PAS di Terengganu untuk kembali bergiat menawan negeri Penyu bertelur itu. Jangan haraplah kalau Hj.Hadi dan konconya sekarang dapat menumbangkan kerajaan Dato’ Ahmad Said. Justeru juga, jangan haraplah Hj.Hadi dan konco-konconya yang dibenci oleh rakyat Terengganu akan diterima sebagai pemimpin utama negara Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: